Adsense

Khamis, 27 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Belajar Betulkan Bahasa Secara Santai Di TV2

Posted: 27 Oct 2011 11:00 PM PDT

BELAJAR BETULKAN BAHASA SECARA SANTAI DI TV2

Penggunaan bahasa rojak digunakan secara berleluasa dan langkah segera perlu diambil untuk mengatasinya. Situasi ini disokong Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memandang serius terhadap penggunaan 'bahasa rojak' di kalangan pengamal media radio dan televisyen tempatan. Malah Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kerajaan amat memandang serius terhadap fenomena itu dan menyarankan semua media penyiaran termasuk semua stesen radio dan televisyen agar dapat membetulkannya segera.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam menyahut seruan mendidik masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul menerusi sebuah sitkom terbaharu yang disampaikan secara santai, Bahasa Biar Betul mulai 5 November ini, setiap Sabtu, jam 5.00 petang menerusi TV2.

NDI_0504

Sepanjang 13 episod siarannya, sitkom yang menampilkan pelakon Zaibo (Iqbal), Dilla Ahmad (Rose), Darling Ngasri (Lin Sofea), Mandy Chong (Irene Law), Shashi Taran (Prakash), Ngasrizal Ngasri (Upi) Sofian Bujang (Kay) dan Kazarudin Saisi (Zaman) ini mengajak penonton kembali menilai sejauh mana penggunaan bahasa rojak yang digunakan dalam pergaulan seharian.

Menariknya, sitkom arahan Noor Azizah Mohamad, Unit Drama TV RTM ini menyampaikan usaha memperbaiki bahasa pertuturan secara santai dalam dialog yang digunakan pelakonnya di samping mengetengahkan tajuk dan topik yang berbeza dalam setiap episod siarannya.
Menerusi episod pengenalannya, Bahasa Biar Betul mengetengahkan tajuk Hari Pertama di mana plot cerita lebih kepada memperkenalkan watak dan perwatakan setiap orang dalam siri ini. Setiap pelajar memiliki sebab tersendiri kenapa mereka mengikuti program kelas bahasa. Masing-masing menceritakan peristiwa yang telah mereka lalui hingga membawa mereka ke kelas bahasa ini. Pembelajaran kelas bahasa bermula dengan pembetulan salah bahasa yang digunakan setiap orang semasa menceritakan latar belakang mereka. Mereka mempunyai kelemahan penggunaan bahasa yang berbeza mengikut perwatakan masing-masing.

Pembelajaran di kelas semakin berkembang menerusi episod Hari Jadi Pengetua yang membawa situasi Cikgu Rose meminta setiap orang menyediakan satu catatan mengenai sesuatu peristiwa yang dialami oleh mereka pada hujung minggu ini dan membawa catatan tersebut pada hari Isnin nanti. Hari Isnin itu juga merupakan hari jadi Encik Iqbal, jadi dia berpakat dengan Zaman supaya Zaman menghebohkan tarikh hari jadinya supaya semua orang tahu dan orang akan membuat kejutan parti hari jadinya.

Pada hari Isnin itu semua orang termasuk Zaman sendiri lupa pasal hari jadi Encik Iqbal kerana sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Rose. Encik Iqbal kecewa kerana semua orang tidak pedulikannya. Rupanya itulah kejutan kepada En. Iqbal, apabila dia rasa semua orang tidak mempedulikan dia, semua orang muncul dengan kejutan hari jadi.

Saksikan juga episod Buat Bisnes apabila kelas digemparkan dengan watak Kay yang menjual barang terpakai di internet. Dia membeli barang terpakai daripada kenalannya dengan harga murah kemudian menjual dengan harga mahal di laman sesawangnya. Di dalam kelas Kay menjadi sibuk, telefonnya selalu berdering dan dia akan keluar untuk menghantar barang.

Melihat Kay berjaya dengan bisnes laman sesawangnya, Zaman meminta Kay memasukkan barang terpakai miliknya untuk dijual dengan cara sama. Lin Sofea datang ke kelas dengan menunjuk pakaian serta aksesori berjenama yang kononnya dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Dia memperlekehkan barang orang lain. Pengetua memanggil Kay kerana masalah Kay yang selalu ponteng kelas. Pengetua mengugut, jika Kay tidak berubah dia akan memberitahu orang tua Kay. Kay memberi satu barang jualannya kepada pengetua sebagai ganjaran Pengetua tidak memberitahu orang tuanya.

Satu hari Lin membawa beg tangan yang dikatakan dibeli dengan harga mahal dari luar negara. Rupanya beg tangan itu milik isteri Zaman. Lin membeli dari beg tangan itu daripada laman sesawang. Zaman datang meminta beg tangan itu kembali kerana isterinya mengamuk mahukan beg tangan itu semula. Pengetua pula dikejar oleh seorang lelaki kerana barang yang diberi oleh Kay ialah barang milik lelaki tersebut yang telah dicuri. Rupanya barang yang Kay beli daripada kenalannya untuk dijual di internet ialah barang-barang curi.

SWN_1892

SWN_2009

SWN_2117

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA
  • Hujah di Tv9 Bincang Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan
  • Advertorial: Santai Sahur Bersama Dayu (D'Henna Artiste)
  • Soalan Pembaca: Mengapa Guna Bahasa Melayu Skema?
  • Dafi AF, Rahim Maarof, Ogy Ahmad Daud di Laman Santai
  • Gambar Pelakon Drama KAMI Nas-T Pegang Anjing
  • Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun
  • Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?
  • Aizat Teruja Mahu Belajar Muzik di United Kingdom
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

    Posted: 27 Oct 2011 10:49 PM PDT

    RTM SIAR PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2011 MENERUSI TV1

    Faham dengan kehendak rakyat, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) berusaha sedaya upaya memastikan siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 disiarkan di saluran televisyen percuma itu dan ianya telah pun direalisasikan sepanjang berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia tahun ini.

    Kemuncaknya RTM bakal menyiarkan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Terengganu yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu depan ekoran kerja penyelenggaraan sedang dijalankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    Siaran langsung disiarkan bermula jam 8.40 malam ini menyaksikan kejayaan mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun ini menyaksikan pertembungan kali ke 5, Terengganu dengan Negeri Sembilan. Kedua-dua pasukan semestinya sudah mengenali antara satu sama lain. Namun demikian, strategi dan kekuatan mental pemain sudah semestinya akan dijadikan sebagai senjata utama untuk memburu gelaran Juara Piala Malaysia 2011.

    Pengendali pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yakin Skuad Penyu mampu membawa pulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir ini. Keyakinan ini berdasarkan prestasi dan komitmen skuad bimbingannya itu bermula awal musim lagi dan momentum itu konsisten sehingga menghampiri kemuncak apabila semalam berjaya menyekat kemaraan Selangor, juara 32 kali.

    Negeri Sembilan pula sedang melakukan percaturan penuh teliti dalam merencana skuad terbaik bagi menghadapi Terengganu pada perlawanan akhir ini. Jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah meluahkan kegembiraannya kerana semua pemain skuad 'Hoben Jang Hoben' itu bebas dari sebarang kecederaan.

    Justeru kepada penyokong dua pasukan ini pastikan anda berkongsi babak-babak menarik aksi tendangan, asakan, pertahanan dan jaringan sang juara dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 antara pasukan Negeri Sembilan menentang pasukan Terengganu, jam 8.40 malam hanya di TV1.

    Sukan Terbaik Hanya di RTM

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • FINAS Tayang Piala Dunia FIFA 2010
  • Siaran Langsung Kejohanan Piala Thomas Uber 2010
  • Hujan Lawan One Buck Short di Piala Rakyat Pagi X
  • Santai Tonton Piala Dunia di i-CITY Shah Alam
  • Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA Afrika Selatan 2010™ in 3D
  • Jumaat Cuti Umum Malaysia Menang Piala Suzuki AFF2010
  • E-Toyol.com – Promosi Piala Dunia 2010
  • Perlawanan Bowling Piala Apa-Apa Aje & Remaja
  • Sokker Koors Semarakkan Sambutan Piala Dunia FIFA 2010
  • Perlawanan Persahabatan Bolasepak Sorakan Emosi FC VS UITM
  • Full content generated by Get Full RSS.