Berita Harian: Hip |
Posted: 26 Oct 2011 03:46 PM PDT Hip SELAMA ini dia adalah antara pelakon yang agak sukar untuk diajak berbicara soal hati dan perasaan. Apa saja cerita peribadi terutama yang berkaitan dengan kisah cinta, jejaka berkulit hitam manis ini lebih selesa memberi jawapan berkias. Walaupun sampai satu peringkat ramai yang merungut dengan sikapnyayang dikatakan gemar berahsia itu, namun prinsipnya itu tetap dipertahankan. Namun, petang kelmarin, segala-galanya berubah. Entah kuasa apa yang meresap dalam diri pelakon Remy Ishak ini, dia tiba-tiba sedikit terbuka apabila ditanyakan mengenai kisah hubungannya dengan pelakon Tiz Zaqyah Razak. Lenyap semua spekulasi dan teka-teki yang selama ini bermain-main dalam minda. Segala persoalan mengenai apakah benar antara Remy dengan Tiz ada ikatan yang menyatukan mereka, akhirnya terjawab apabila pelakon itu secara jujur menyatakan mereka memang sedang bercinta. "Ya, saya memang sedang berpacaran dengan Tiz. Bukan niat saya untuk menyorokkan perkara ini. Selama ini saya memang tidak mahu bercerita secara terbuka mengenai hal ini kerana tidak mahu menguar-uarkan perkara yang kita tidak tahu kesudahannya. Bagi mereka yang tahu mengenai hubungan kami, tahulah. "Lagi pun, perkara ini terlalu awal untuk kongsi dengan semua orang. Saya tak mahu disebabkan terlalu terbuka bercerita soal percintaan, jika perkara itu tidak berakhir, ia akan memalukan banyak pihak," luah Remy ketika ditemui di lokasi penggambaran babak terakhir filem 29 Februari arahan Edry Abdul Halim di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Menurut Remy, memandangkan benih cinta yang dibaja itu masih belum mekar sepenuhnya, jadi dia tidak berani menjanjikan apa-apa yang membabitkan mengenai masa hadapan mereka berdua.
Menjawab gosip aksi mesra mereka apabila dilihat makan bersuap di lokasi penggambaran, sambil tergelak, Remy menyifatkan perkara itu ialah pemandangan biasa untuk pasangan yang bercinta. "Sejujurnya, saya ini romantis orangnya. Biasalah, kalau dah public figure pastinya perkara seperti itu akan menjadi perhatian," jelasnya yang bakal kembali bergandingan dengan buah hatinya itu menerusi drama terbaru arahan Kabir Bhatia berjudul Cinta Jangan Pergi. Hubungan intim membabitkan pasangan ini mula diperkatakan selepas kedua-duanya terbabit dalam drama bersiri Nur Kasih. Dihambat dengan pelbagai gosip panas antaranya didakwa tinggal serumah, namun mereka menafikan perkara itu. Tidak gemar dipertandingkan TIDAK dinafikan, Remy ialah antara pelakon pelapis lelaki yang hebat ketika ini. Lakonannya yang meruntun jiwa menerusi drama Nur Kasih suatu ketika dulu masih melekat dalam jiwa penggemarnya sehingga kini. Justeru tidak hairanlah andai dia terus menjadi rebutan penerbit atau pengarah yang mahukan wajahnya
Disebabkan hasil kerjanya yang tidak pernah mengecewakan itu, dia dikatakan antara calon kegemaran yang bakal menerima anugerah pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2011 yang bakal berlangsung minggu depan. Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri, tanpa berselindung Remy
"Apabila saya mengatakan yang saya tidak gemar dipertandingkan dalam mana-mana majlis anugerah, bukanlah bermakna saya berlagak ataupun takut pada kekalahan. Sebaliknya, saya tidak suka pada tekanan yang terpaksa dihadapi. Jika saya menang, pastinya harapan terhadap saya akan menjadi lebih tinggi. Jika tewas, lagilah ia memberi tekanan kepada saya. "Saya sebenarnya lebih suka jika hasil kerja saya itu mendapat maklum balas dan komen secara langsung tanpa mengira kritikan atau pujian. Ia sudah memadai bagi saya," katanya yang dicalonkan menerusi filem Nur Kasih, Cun! dan juga telefilem Air Mata Nursalina serta Masihkah Ada Sinar. |
Posted: 26 Oct 2011 03:43 PM PDT Hip Sanggul Beracun diramal beri saingan sengit pada ASK 2011DI sebalik sisi komedi seorang insan bernama Sabri Yunus, terselit kebolehan yang barang kali tidak diketahui ramai. Hampir tiga dekad memperjudikan nasibnya sebagai pelakon, Sabri akhirnya memperlihatkan kemampuannya sebagai pengarah. Sanggul Beracun yang membariskan Erra Fazira, Namron, diri sendirinya serta beberapa pelakon lain menjadi taruhan sulung anak seni kelahiran Kelantan itu dalam dunia pengarahan. Ketika telefilem itu menemui penonton di saluran Astro Citra, Mei lalu, ramai mengagumi kehebatan sentuhan sulung Sabri. Malah ramai yang tidak menyangka seorang pelawak sepertinya mampu mengarah sebuah drama serius dengan cukup baik. Justeru, ramai mengandaikan Sanggul Beracun berpotensi membawa pulang anugerah utama pada acara Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, 4 November ini. Drama berkenaan dilihat mempunyai kekuatan seimbang, dari aspek pengarahan, penceritaan, lakonan mahupun videografi.Bagi Sabri, walaupun berjinak-jinak dalam dunia pengarahan pada usia 50 tahun, dia tidak berasakan keputusannya itu terlambat. Dia menganggap pengalaman yang ditimba sedari usia 24 tahun dalam dunia lakonan adalah proses pembelajaran yang sangat membantu ketika menyiapkan drama pertama arahannya itu. "Rakan-rakan yang mengenali saya tahu sejauh mana kemampuan saya. Mereka tidak terperanjat dengan hasil kerja saya kerana mereka mengenali siapa saya. Sebelum mengarahkan telefilem ini, saya pernah mengarahkan VCD Bukan Pi Mai Pi Mai, sewaktu VCD sedang popular. Tapi saya menganggap Sanggul Beracun sebagai karya pertama sebab kehadiran VCD itu tidak disedari. "Saya bersyukur hasil kerja saya diiktiraf, walaupun ramai tidak tahu drama itu arahan saya. Ketika yang sama, saya tidak meletakkan sebarang harapan. Namun apabila pihak stesen mencalonkan drama ini untuk dipertandingkan di ASK, satu saja harapan saya. Kalau boleh, biarlah Erra Fazira yang menang (kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama).
Sekiranya Namron juga berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik, tambah Sabri, itu adalah satu bonus. Dia memang berpuas hati dengan kesemua mereka yang menjayakan telefilem ini, sama ada pelakon mahupun pekerja belakang tabir, kerana berjaya melunaskan setiap kehendaknya dengan baik. Menyorot kembali detik pembabitannya dalam dunia pengarahan, artis yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Komedi TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa dan Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) itu pada mulanya hanya mengolah kembali skrip Sanggul Beracun kerana tidak berpuas hati dengan skrip asal. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |