Adsense

Ahad, 4 September 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Kisah lara empat bintang realiti

Posted:

Kisah lara empat bintang realiti

Kisah lara empat bintang realiti

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


Bintang-bintang realiti TV berkongsi kisah duka di Aidilfitri. (Duduk dari kiri) Salma dan Iqa, (berdiri belakang) Azri dan Hazama.


SABAN tahun, kehadiran Syawal sememangnya dinantikan oleh semua muslimin memandangkan ketika itulah semua sanak saudara berkumpul untuk memohon ampun dan maaf selain merapatkan hubungan ukhuwah sesama keluarga dan sahabat handai.

Dalam pada itu, Hari Raya Aidilfitri juga membawa seribu satu kenangan dan pengertian bagi setiap insan yang menyambutnya. Ada yang gembira malah ada juga yang meraikannya dalam tangisan mengenangkan mereka yang sudah tiada.

Berbual mesra dengan empat bintang baru yang lahir daripada dua program realiti berbeza iaitu Mentor musim kelima (Mentor 5) dan Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9), definisi Syawal antara mereka adalah sama, tapi tidak serupa.

Mereka yang dimaksudkan ialah Hazama Ahmad Azmi, 26 (Hazama), Mohamad Azri Abdullah, 23 (Azri), Salma A. Asis, 21 (Salma) dan Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor, 25 (Iqa).

Keempat-empat anak muda itu dipertemukan buat pertama kalinya dalam satu sesi fotografi untuk berkongsi kisah suka duka mereka serta kenangan pahit manis yang pernah dihadapi tatkala meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Anak peneman Abby di pagi Syawal

Posted:

Anak peneman Abby di pagi Syawal

Anak peneman Abby di pagi Syawal

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


ABBY bersama dengan permata hatinya (dari kiri) Marissa Dania Hakim, Maria Danisha Hakim dan Mohamed Danish Hakim.


TIADA apa yang menggembirakan hati seorang ibu dalam meraikan Syawal selain melihat anak-anaknya gembira dan berada di sisi.

Malah telatah dan kelibat anak-anak yang tersenyum di sebalik pakaian baru dan sampul hijau yang dikumpul membuatkan hatinya menjadi terhibur.

Itulah antara rasa yang dikongsi bersama oleh pemegang watak Inspektor Aleeza dalam drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi.

Baginya melihat Mohamed Danish Hakim 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3 , gembira di pagi syawal sudah cukup membuatkan hatinya tenang.

"Perhatian saya kini lebih kepada anak-anak, saya tidak mahu mereka merasa kekurangan ketika menyambut Syawal.

"Lagipun dalam menyambut hari raya, anak-anaklah yang akan teruja dan tidak sabar-sabar.

"Jadi sebagai ibu, saya akan cuba menyerikan Syawal mereka sebaik mungkin," cerita Abby mengenai hari raya bersama anak-anaknya yang disambut di rumahnya di Keramat, Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai destinasi rayanya tahun ini, pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 34 memberitahu, dia dan anak-anaknya beraya di teratak mereka terlebih dahulu.

"Kami beraya dirumah saya dahulu memandangkan ibu dan ayah saya juga ada di sini.

"Tetapi selepas itu, kami semua pulang ke kampung ibu di Sepang, Selangor untuk mengunjungi sanak-saudara di sana.

"Saya berkonvoi pulang ke Sepang bersama dengan adik-beradik yang lain," cerita Abby.

Bagaimanapun apabila bercerita tentang persiapan rayanya, Abby menegaskan dia tidaklah bersungguh dalam membeli kelengkapan raya.

Baginya, cukup sekadar bersederhana dan membeli mengikut keperluan serta kemampuan diri.

"Saya tidaklah bersungguh sangat dalam membuat persiapan hari raya. Bagi saya beli apa yang diperlukan sahaja.

"Selain itu saya juga seorang yang suka membeli pakaian untuk anak-anak. Jadi ada lagi pakaian baru mereka yang masih belum digunakan dan saya hanya menambah apa yang kurang sahaja," jelas Abby yang cantik berbaju kurung biru petang itu.

Tambah Abby lagi, setiap kali menjelangnya Syawal, dia tidak akan melepaskan peluang untuk berbelanja di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Ujarnya, suasana malam raya di jalan berkenaan yang meriah dengan kebanjiran warga kota menarik perhatiannya.

"Setiap tahun saya pasti akan berkira-kira untuk pergi ke sana terutamanya pada malam raya kerana suasananya yang sungguh meriah.

"Kita boleh tengok pelbagai gelagat orang tidak kiralah yang menjual ataupun membeli, kadang-kadang kelakar pun ada apabila melihat mereka.

"Namun, jika saya pergi ke sana, saya akan pastikan ada orang yang menemani saya untuk mengawal anak-anak.

"Maklumlah tiga orang sekali, tidak larat untuk saya menjaga seorang diri dan untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara tidak diingini," jelas Abby.