Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Nikah 16 September Ini Posted: 04 Sep 2011 07:55 PM PDT EKSKLUSIF: Eira Syazira & Azad Jazmin Bakal Nikah 16 September Ini Beberapa hari lepas, Budiey ada menerima e-kad jemputan untuk menghadiri majlis pernikahan antara pelakon, dramatis & penyanyi jelita, Eira Syazira & pelakon Azad Jazmin yang akan diadakan di kediaman keluarga Eira di Putrajaya. Terima kasih banyak-banyak Eira kerana sudi menghantar jemputan. Insyaallah, jika tiada aral melintang, Budiey akan hadir dan menyaksikan penyatuan dua jiwa yang bercinta ni. Syukur. Alhamdulilah, 3 tahun usia percintaan pasangan selebriti ini, akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin jugak tak lama lagi. Majlis nikah akan diadakan pada 16 September 2011 dan majlis akan bermula pada jam 8 malam. Majlis yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak & media ini bertemakan Cermin & Kristal dengan warna temanya Red White dan Silver. Mesti happening dan glam majlis tu nanti, kan? Menurut Eira, pelamin berkonsep cermin & crystal dengan diserikan lagi dengan bunga-bungaan ros yang segar. Pelamin pula direka khas oleh Zaha Wedding Planner dari Ipoh. Tentang tajaan, Eira Syazira juga turut menerima tajaan namun belum memutuskan apa-apa lagi. Namun, untuk majlis sambut menantu di Pulau Pinang pada 26 November nanti akan mendapat tajaan sepenuhnye oleh Butik Jalinan Kasih. Eira Syazira & Azad Jazmin bakal mengenakan persalinan rekaan dan ditaja oleh pereka fesyen Hairi Tajuddin & Wanpa. Pihak lelaki bakal membawa 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pihak perempuan. Manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan oleh pasangan ini. Elok jugak tu ya. Yang penting, majlis nikah nanti berlangsung dengan lancar dan tenang. Menurut Eira yang baru sahaja menjemput rakan media untuk menghadiri dan membuat liputan majlis ini semalam, "Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat restu ibu bapa akhirnye kami bersatu juga setelah mengharungi pelbagai dugaan dalam perhubungan kami." Majlis Resepsi pula akan diadakan pada bulan November nanti. Tarikhnya masih belum diputuskan. Budiey doakan semoga majlis nikah Eira Syazira & Azad Jazmin nanti berlangsung dengan lancar dan selamat. Oh ya, selamat hari raya juga buat pasangan ini. Maaf Zahir & Batin. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro Posted: 04 Sep 2011 07:06 PM PDT Jika Media Prima ada Jom Heboh, Astro pula buat julung kalinya akan mengadakan karnival yang sama dan dengarnya, karnival ini adalah yang terhebat pernah dianjurkan oleh Astro. Astro bakal menghimpunkan para artis dalam dan luar negara di konsert dan karnival terhebat tahun 2011, Suara Kami. Satu Majlis Sidang Media Suara Kami yang akan diadakan tak lama lagi. Konsert ini akan dihiburkan oleh artis seperti Hujan, Pop Shuvit, Faizal Tahir, Stacy, Psycho Unit, Altimet, Point Blanc, Ila Damia, Dj Fuzz and Rabbit Mac (Malaysian Boy), Soul Krazy, Ruffneckz, Man Kidal, Joe Wings, Kit Search, Hillary Ang dan Lan Typewriter. Untuk info lanjut, sila layari: Tags: Astro, KonsertClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |