Adsense

Ahad, 4 September 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Anak Perempuan Linda Jasmine Sudah Pandai Bersolek

Posted: 03 Sep 2011 10:57 AM PDT


PETALING JAYA: Anak perempuan pelakon Que Haidar dan koreografer Linda Jasmine iaitu Tengku Ratu Haidar, 2, sudah pandai melaram dan menari seperti ibunya.

Linda berkata Ratu selalu menggunakan alat solek milik dia dan mengenakan solekan sendiri tanpa bantuan orang lain.

"Dia suka bersolek dan pantang melihat orang lain bersolek, pasti dia akan menyibuk dan minta untuk dimekapkan," kata Linda mengenai telatah Ratu yang semakin membesar.

Tambahnya: "Dia juga sudah pandai menari memandangkan dia selalu mengikut dan menonton saya menari."

Pada Hari Raya Aidilfitri ini, Linda membawa keluarganya pulang ke kampung Que di Felda Taib Andak, Kulai, Johor selama enam hari.

"Selain kami anak-beranak, saya juga membawa kedua ibu bapa saya ke sana untuk sama-sama meraikan hari raya ini.

"Kami pulang ke sana tiga hari sebelum Hari Raya sehingga Hari Raya ketiga. Selepas itu, kami akan sambung beraya di Kuala Lumpur," katanya.

Selain bersemangat untuk pulang beraya ke rumah mertua, memandangkan tahun lalu mereka tidak sempat beraya bersama-sama, Linda turut menceritakan semangatnya membeli baju raya anak-anak.

"Saya rasa tahun ini baju kurung dan kebaya Ratu paling banyak sehingga mencecah 20 pasang. Saya juga membeli banyak baju Melayu untuk Qalif.

"Mungkin sebab terlalu bersemangat untuk beraya, jadi saya tidak sedar yang pakaian mereka sudah banyak," kata Linda lagi.

Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril

Posted: 03 Sep 2011 10:57 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata kembar mereka, Iman Lilly dan Tiara Rose yang berusia empat bulan.

Akui Sazzy, kedatangan lebaran ini dirasakan berbeza dan istimewa kerana buat julung kalinya mereka membuat persiapan untuk dua puteri kembar itu selepas hampir lima tahun berkahwin.

"Sambutan Hari Raya kali ini memang berbeza. Kehadiran Iman Lilly dan Tiara Rose membuatkan saya dan Nazril seronok hendak beraya. Kalau dulu buat persiapan raya untuk kami berdua sahaja tapi kali ini untuk si kembar juga.

"Saya sediakan dua pasang baju sahaja untuk mereka. Selain seronok buat persiapan raya, saya juga seronok apabila memikirkan saya akan tolong anak-anak untuk kutip duit raya mereka juga," katanya secara berseloroh.

Menyelak ringkas perkembangan kerjayanya, pelakon Tolong! Awek Aku Pontianak ini berkata, dia lebih selesa untuk berehat pada waktu ini memandangkan dia sedang menyusukan kedua puterinya itu.

"Buat masa ini saya memang tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Begitu juga dengan tawaran mengacara. Anak-anak saya masih kecil dan rasa kasihan pula kalau ditinggalkan lama-lama.

"Lagipun, saya sedang menyusu badan, jadi leceh sikit kalau hendak bekerja. Kalau saya mula bekerja pun, mungkin saya akan terima tawaran mengacara dulu selepas Hari Raya ini," katanya yang beraya di rumah keluarganya di Ampang dan keluarga Nazril di Negeri Sembilan.

Sabhi Saddi Sediakan Duit Raya Untuk Peminat

Posted: 03 Sep 2011 10:56 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi Sabhi Saddi yang menyambut tahun kedua berhari raya sebagai seorang artis mengakui teruja untuk melayan para peminat dan sanak saudara yang mahu beraya dengannya.

Katanya, sambutan Aidilfitri pada tahun ini menjadi lebih meriah kerana ramai peminat yang mahu berkunjung ke rumah keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah untuk bertemu mesra.

"Saya cukup terharu dan gembira apabila para peminat sudah bertanyakan kepada saya untuk bertandang ke rumah sejak awal-awal lagi.

"Yang kelakarnya, bukan setakat hendak beraya, mereka juga meminta duit raya daripada saya. Sebab itu, saya kena berbelanja lebih sikit pada tahun ini," katanya dengan nada ketawa.

Mengulas lanjut tentang sambutan perayaan itu, Sabhi turut merancang untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat ketika pergi bercuti ke Abu Dhabi tidak lama lagi.

"Sebenarnya, saya ada memenangi tiket percutian ke Abu Dhabi. Sudah alang-alang berada di tanah Arab, mengapa tidak saya mengerjakan umrah sekali gus. Lagipun, jarak dan kosnya juga tidak banyak mana.

"Cuma, kalau diikutkan, saya merancang ke sana pada awal Hari Raya ini tetapi selepas berfikir semula rasa kurang sesuai pula tinggalkan keluarga pada waktu begini semata-mata untuk pergi bercuti

"Jadi, mungkin saya akan berangkat ke sana selepas selesai musim Hari Raya," katanya.

Usai sambutan Aidilfitri, Sabhi akan memulakan proses rakaman untuk dua lagu "single" terbarunya yang merupakan versi nyanyian semula lagu Azmil Mustapha dan Zulkifli Ahmad

Hazama & Iqa Suka Bersederhana

Posted: 03 Sep 2011 10:55 AM PDT


PERTAMA kali digandingkan pada sesi fotografi di perkampungan negeri di Menara Kuala Lumpur membuatkan Hazama dan Iqa (Mentor) begitu teruja bercerita tentang lebaran.

Hazama dan Ika yang baru sahaja menamatkan program realiti popular Akademi Fantasia 9(AF9) dan Mentor 5 mengakui perayaan kali ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Namun dalam keterujaan tersebut mereka memilih beraya dalam kesederhanaan. Bukan tidak mampu beraya sakan tapi tidak mahu ia berlebih-lebihan.

Hazama mahu rai peminat

Dipilih sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9, Hazama Ahmad Azmi, 26, merancang untuk membuat majlis rumah terbuka bagi meraikan peminatnya pada akhir Syawal ini.

Katanya, inilah masa yang paling sesuai untuk dia meraikan mereka yang telah banyak membantu dan memberi sokongan kepadanya ketika berada di AF9.

"Saya sudah merancang dengan keluarga untuk adakan rumah terbuka selepas kami pulang beraya di Kuala Lumpur nanti. Mungkin pada hari-hari terakhir bulan Syawal nanti.

"Inilah masa yang tepat untuk berterima kasih kepada peminat-peminat yang menyokong saya selama ini. Lagi pula secara tidak langsung saya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka," katanya.

Jadual seni yang sentiasa sibuk menjadi kekangan kepada Hazama untuk mengenal lebih dekat peminat-peminatnya. Walaupun sering menghadiri majlis berbuka puasa bersama peminat, ia tidak sama seperti mengeluarkan duit hasil titik peluhnya sendiri.

"Sepanjang bulan Ramadan, memang banyak jemputan berbuka puasa bersama peminat tapi tidak sama dengan majlis yang dianjurkan menggunakan duit saya sendiri," katanya.

Bercerita tentang Hari Raya, Hazama berkata seminggu sebelum Ramadan berakhir dia membeli beberapa helai baju Hari Raya untuk keluarga.

"Sejak berumur 21 tahun lagi saya sudah membantu keluarga terutamanya menyediakan barangan keperluan Hari raya. Kebiasaannya kami adik beradik akan sama-sama berkongsi menyediakan kuih muih dan baju raya untuk ibu dan ayah," katanya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hazama berkata dia dan keluarga balik beraya di Ipoh, Perak selama empat hari sebelum kembali beraya di Kuala Lumpur.

Iqa (Mentor) terharu terima kad Hari Raya

Pertama kali menyambut Syawal sebagai artis, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Iqa (Mentor) mengakui terharu apabila menerima kad raya daripada peminat-peminatnya.

"Saya terima banyak kad raya daripada peminat dari Sabah, Sarawak, dan Johor, bukan sahaja kad Hari Raya malah mereka beri duit raya, kerongsang dan hadiah sekali.

"Saya sangat terharu kerana ini pertama kali saya terima kad raya dan hadiah daripada peminat," katanya.

Menurut Iqa, untuk tidak menghampakan peminatnya, dia turut membalas kad Hari Raya tersebut sebagai tanda terima kasih.Bercerita tentang raya, Iqa mengakui sambutannya pada tahun ini sedikit suram kerana terpaksa beraya di Bukit Jelutong, Shah Alam.

"Biasanya kami beraya di Ulu Tiram, Johor tapi selepas nenek meninggal dunia dua tahun lalu kami sekeluarga hanya beraya di Shah Alam sahaja.

"Memang banyak kelainan beraya di kampung berbanding di bandar. Sudah tentu kampung lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan jiran-jiran," katanya.

Selain itu, kata Iqa, raya kali ini berbeza apabila giliran dia untuk mengeluarkan duit raya kepada keluarga dan sanak saudara.

'Beraya Di Bandar Pun Seronok' - Tam Suhaimi

Posted: 03 Sep 2011 10:54 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penulis skrip Tam Suhaimi, 32, menganggap sambutan Hari Raya di bandar tetap menggembirakan dirinya yang tidak pernah meraikan perayaan itu dalam suasana kampung sejak kecil lagi.

Kata pelakon siri Gaia ini, kemeriahan Hari Raya tetap dirasai apabila mereka mula berkumpul seisi keluarga di rumah neneknya di Setiawangsa, di sini, saban tahun.

"Hakikatnya raya tetap raya dan tiada beza apa pun, tidak kiralah di mana juga kita meraikannya. Ia menjadi bermakna apabila perayaan itu dapat diraikan bersama ahli keluarga tersayang.

"Bagi kes saya, kami terdiri daripada keluarga kecil dan hanya ada tiga adik beradik saja tetapi setiap kali berkumpul di rumah nenek, kami tetap merasakan kemeriahannya," katanya.

Tambah Tam lagi, memandangkan dia sudah terbiasa dengan sambutan Aidilfitri di ibu kota sejak kecil, justeru dia tidak pernah berasa sebarang kekurangan atau bosan apabila kebanyakan warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Sebenarnya beraya di bandar juga ada banyak keseronokannya. Ia bergantung pada penilaian masing-masing. Saya yang sudah terbiasa dengan keadaan ini dan tiada masalah apa pun.

'Selepas pagi 1 Syawal, saya akan menziarahi teman-teman dan rakan artis yang menyambut Hari Raya di sini. Tidak timbul isu sunyi atau bosan," katanya bakal bergandingan dengan syarikat produksi aktres Liyana Jasmay untuk sebuah projek telefilem selepas Hari Raya nanti.

google: tam suhaimi, tam suhaimi facebook, tam suhaimi blog, tam suhaimi twitter, tam suhaimi myspace, tam suhaimi blog, tam suhaimi profile, tam suhaimi bio, gambar terbaru terkini tam suhaimi, tam suhaimi terkini, tam suhaimi 2011