Adsense

Ahad, 25 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Muzikon Lancar Single AYU & Gary V LIVE in Malaysia 2011 Tour

Posted: 25 Sep 2011 06:39 PM PDT

MUZIKON MELANCARKAN SINGLE TERBARU SERANTAU BERSAMA DiGi Mempersembahkan JELAJAH LANGSUNG GARY V di Malaysia 2011

MUZIKON, sebuah label muzik Serantau yang berpusat di Malaysia melancarkan Single terbaru Serantau, "Ayu" dengan siri jelajah yang ditaja oleh DiGi Telecommuncations Sdn Bhd (DiGi) yang menampilkan Pop Ikon Filipina, Gary Valenciano (atau lebih dikenali sebagai Gary V).

DiGi mempersembahkan Gary V LIVE in Malaysia 2011 Tour akan merangkumi two Jelajah Persembahan Ringkas di Kota Kinabalu bertempat di Horizon Hotel 12 November 2011 dan pada hari seterusnya di Kuala Lumpur yang bertempat di Wisma Fui Chiu (13 november).

Di sidang media, Richard Voon, Pengarah Pengurusan, MUZIKON berkata, "Single terbaru serantau, "Ayu" oleh Gary V, adalah kesinambungan misi kita untuk mempromosikan artis dan muzik Malaysia di seluruh rantau ASEAN. Kami mengalakkan artis ASEAN untuk meneroka pasaran antara satu sama lain dan mengalakkan mereka untuk menyanyi lagu-lagu mereka dalam bahasa yang berbeza. Kami bernasib baik kerana mempunyai Gary V, salah satu artis Filipina yang paling popular dan legenda yang masih hidup untuk mengambil bahagian di dalam misi ini."

GARY V 1

Gary Valenciano

Turut hadir di siaran akhbar adalah DiGi Ketua Acara, Tajaan & Pengaktifan, Pearly Lim, bersama dengan Gary V.

Menurut Pearly, "DiGi berasa teruja kerana dapat berkerjasama dengan Muzikon sekali lagi dan menawarkan pelanggan kami satu pengalaman yang tidak patut dilepaskan dengan artis Filipino yang terunggul, Gary V yang akan mengadakan persembahan live pertama di Malaysia."

"Berdasarkan sambutan hangat yang diterima dari Jelajah Persembahan Ringkas Jed Madela dan Nikki Palikat yang ditaja oleh DiGi, ini adalah penting bagi kami untuk memastikan bahawa pelanggan kami akan terus menikmati pengalaman muzik yang ekslusif supaya kawan-kawan mereka berasa iri hati dengan mereka. Ini termasuk membawakan peluang-peluang kepada pelanggan kami untuk mendapatkan akses ekslusif ke sesi autograph dan sesi pertemuan & sambutan," tambah beliau.

"Sejak perlancarannya tahun lepas, Muzikon telah melancarkan "Anugerah Cinta" oleh Noryn Aziz dan Christian Bautista di Malaysia, "Hanggang Wakas" oleh Hazami dan Kyla di Filipina dan "Antara Kita" oleh Jed Madela dan Nikki Palikat di Malaysia. "Hanggang Wakas" merupakan adaptasi lagu Bahasa Malaysia, "Tekad" yang dicipta oleh Hazami dan dinyanyikan semula dalam bahasa Tagalog bersama Kyla. Lagu ini telah dilancarkan di Fiilipina pada bulan November 2010 dan dalam masa hanya dua minggu telah mencapai No.1 di carta radio Filipina.

Projek ini merupakan yang pertama bagi Gary V sejak penglibatan beliau dalam industri hiburan, selama dua puluh lapan tahun, dua puluh tujuh album dan sebelas Anugerah AWIT (Anugerah Grammy buat Filipina) untuk Rakaman Lelaki Terbaik dipegang olehnya. Walaupun sibuk dengan kariernye sebagai penyanyi, pelakon, dan juga pengacara TV, Gary masih dapat membahagikan masanya untuk menjadi UNICEF National Ambassador of Goodwill yang pertama bagi negara Filipina (semenjak 1998). Walaupun dengan jadual yang padat, Gary V berada di Malaysia untuk mempromosikan single pertama beliau dalam Bahasa Malaysia yang ditulisnya sendiri dan berkerjasama dengan artis, komposer dan pemuzik Malaysia untuk album seterusnya yang akan dipromosikan di Malaysia dan Filipina. "Single saya yang bertajuk "Ayu" ini memberikan satu kepuasan dalam diri saya kerana ianya merupakan ciptaan pertama yang saya hasilkan dalam Bahasa Malaysia. Saya selalu teringin untuk mencuba menulis dan menyanyikan lagu di dalam bahasa yang berlainan dan Bahasa Malaysia selalu menjadi pilihan utama saya. Saya ingin berterima kasih kepada MUZIKON untuk memberi pengalaman yang baik, Sharon Paul bagi menghasilkan susunan muzik dan Fatin yang memberi lagu saya dengan nafas baru dan lirik lagu yang menyentuh di dalam Bahasa Malaysia" kata Gary V.

Tambah Gary, "Kini, ramai artis Filipina telah melawat Malaysia dan mula untuk mendalami musik Malaysia. Ini adalah konsep yang bagus, untuk kita menyanyikan lagu satu sama lain dengan bahasa yang berbeza. Ia merupakan satu penghormatan yang besar buat diri saya untuk berjumpa dan bekerjasama dengan individu berbakat besar dan berjaya sebagai pemuzik, komposer dan penyanyi di Malaysia. Saya berharap untuk memilihkan komposisi lagu Bahasa Malaysia untuk dipersembahkan bersama artis Malaysia dan melancarkannya di Filipina. Saya akan pulang semula di bulan November, dimana saya akan mempersembahkan dua persembahan ringkas besar untuk peminat saya dan melancarkan album saya pertama kalinya di Malaysia."

Pelanggan DiGi berpeluang untuk mendapat tiket percuma ke persembahan ringkas apabila mereka mendapatkan reload antara 26 Sept hingga 13 Nov, 2011. Tiket-tiket dapat ditebus di Kedai Khusus DiGi bertempat di Low Yat Plaza, Kuala Lumpur dan di Pusat DiGi bertempat di Api-Api dan 1 Borneo di Kota Kinabalu. Mereka juga akan mendapatkan poster autograf Gary apabila membelikan CallerTunes™ Gary berharga RM3.

Tambahan pula, 10 pelanggan bertuah DiGi bersama temannya akan juga mendapat peluang untuk meluangkan masa bersama Gary V di sesi minum petang selepas persembahan. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah yang akan diadakan di persembahan. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, pelanggan DiGi perlu menunjukkan SMS yang mengesahkan pembelian CallerTunes™ dan mendaftar nama mereka di waktu persembahan.

Untuk dapatkan CallerTunes™ DiGi secara percuma bagi bulan pertama untuk lagu-lagu Gary V "Natutulog Ba Ang Diyos", "Sana Maulit Muli" dan "Ayu", hantar GV ke 2016.

GARY V 2

GARY V 3

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • DIGI presents JED MADELA & NIKKI Promo Tour
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil
  • Concert Bruno Mars Kuala Lumpur Malaysia 2011
  • Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL
  • Star World Presents Lee DeWyze Live in Kuala Lumpur
  • JEFF TIMMONS OF 98 DEGREES JEFF TIMMONS OF 98 DEGREES
  • Westlive Live In Kuala Lumpur Gravity Tour 2011
  • Konsert Westlife Live in KL
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Tune Talk Presents Justin Bieber My World Tour In Malaysia
  • Malam Gala Seribu Bintang Karyawan & Pbank

    Posted: 25 Sep 2011 05:55 PM PDT

    Sehari selepas pulang dari Media Trip ke Pulau Phuket & Krabi dengan menaiki Star Cruise Libra anjuran 8TV, Budiey dah mula mencari berita untuk tatapan pembaca. Walaupun badan sengal-sengal dan rasa lenguh-lenguh, tapi digagahkan juga. Dengarnya, ramai media yang mengadu sakit dan migraine selepas mengikuti rombongan. Maklum sahajalah, bila perjalanan terlalu jauh, naik bas dari KL ke Penang kemudian rasa mahu mabuk laut masa dalam kapal.

    Pada 22 September lalu, hari Khamis Budiey sempat singgah di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara untuk menghadiri Sidang Media Malam Gala Seribu Bintang anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama Persatuan Benca Alam Negeri Kedah (PBANK).

    Untuk info pembaca, Malam Gala Seribu Bintang 2011 akan diadakan pada hari Rabu, 19 Oktober 2011 di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur dan kalau tak silap Budiey ini adalah kali kedua dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mengumpul dana Tabung Penggiat Seni Karyawan persatuan itu.

    Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, malam amal itu turut bertujuan mendapatkan dana untuk Persatuan Benca Alam Negeri Kedah (PBANK) yang bekerjasama menjayakan majlis berkenaan.

    Antara artis yang bersetuju untuk bersama-sama menjayakan majlis itu nanti adalah Natasha Hudson, Vanidah Imran dan Neelofa selain beberapa model terkenal yang bakal memperagakan busana eksklusif rekaan pereka terkenal, Albert King. Penyanyi Jamal Abdillah, Aishah, Datuk Julie Sudiro dan Ibnor Riza telah mengesahkan untuk tampil membuat persembahan istimewa. Selain itu juga ada pertunjukkan dari MOUAWAD, sebuah jenama fesyen terkenal yang terletak Starhill Gallery. Bagaimanapun Freddie berharap akan lebih ramai artis tempatan tampil untuk menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi juga bakat mereka dengan menghadiri majlis tersebut.

    Selain selebriti dan penyanyi, majlis ini diserikan juga dengan beberapa VVIP terkenal seperti Yang Dipertua YTM Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Timbalan Yang Dipertua Dato Wira Abdul Rahman Bin Ismail, Naib Yang Dipertua 1 Yang, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah, Naib Yang Dipertua II Dato Wira Ku Nahar Bin Ku Ibrahim. Mereka juga akan menyumbangkan suara dan menghiburkan hadirin dengan rangkaian lagu Melayu, Cina dan Bollywood termasuklah YM Tuanku dan Toh Puan Bendahara Kedah yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair.

    Budiey.com turut dijemput untuk menghadiri majlis Malam Gala Seribu Bintang ini. Terima kasih kepada Karyaawan dan PBank. Budiey harap kepada semua pembaca juga dapat war-warkan majlis ini kepada semua agar ada yang sudi menderma dengan membeli meja dan tiket untuk hadir di majlis ini.

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Datuk Freddie Fernandez

    Freddie berkata, idea untuk mengadakan majlis itu tercetus daripada ilham Naib Yang Dipertua I PBANK, Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah yang mahu masyarakat di luar sana membantu golongan memerlukan termasuk para artis.

    "Idea ini datang daripada beliau yang prihatin bukan sahaja kepada seluruh rakyat negeri Kedah melalui PBANK tetapi juga berhasrat untuk membantu golongan artis yang sedang terlantar sakit atau memerlukan bantuan tertentu. Usaha sama antara Karyawan dan PBANK juga bukan kali pertama dan kami sering mengadakan pelbagai majlis amal untuk mendapatkan dana bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Dari sehari ke sehari, bilangan artis yang sakit, memerlukan pencen dan kurang upaya semakin bertambah,"

    Dalam pada itu, Freddie berkata, kutipan daripada majlis itu akan turtu disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana sejak dua bulan lalu di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Baling, Kuala Muda, Kota Setar dan Pendang. Beliau berkata, pihak korporat atau persendirian yang ingin menyumbangkan tajaan pada malam itu boleh melakukannya melalui pembelian meja dengan harga istimewa.

    Budiey kira usaha murni dari Karyawan ini harus dipuji kerana ia menyumbangkan bantuan kepada artis yang betul-betul memerlukan. Budiey perhatikan dalam banyak-banyak persatuan, Karyawan adalah persatuan yang betul-betul komited dan konsisten dalam aktiviti amal. Semoga usaha murni ini berjaya mencapai matlamat.

    Untuk sebarang pertanyaan mengenai acara tersebut boleh menghubungi PBANK di talian 03 – 7955 6211 atau Persatuan Karyawan 012-2071 400.

    karyawan

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Albert King

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Timbalan Yang Dipertua PBANK, Y.Bhg Dato' Wira Abdul Rahman Bin Haji Ismail

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Malam Seribu Bintang Karyawan

    Yahya Sulong

    Tags: , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Karyawan Sedia Platform Untuk Artis Berniaga
  • Foto Selebriti di Gala Nite Diva The Movie
  • Tayangan PERCUMA Filem Khurafat di FINAS
  • Music Aid 2010
  • Penari Seribu Satu Malam Seksi Nampak Pusat
  • Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti
  • Lirik Seribu Tahun – Imran Ajmain Lagu Emil Emilda