Adsense

Ahad, 25 September 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kereta unik Pink Panther dilelong

Posted: 24 Sep 2011 05:30 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

lu 07.1 Kereta unik Pink Panther dilelong

KERETA Panthermobile yang direka khas untuk filem Pink Panther boleh menjadi milik anda menerusi lelongan dalam talian 14 Oktober ini. – AGENSI

MANCHESTER 14 Sept – Kereta asal Pink Panther dikenali sebagai Panthermobile yang muncul dalam filem tahun 1960-an dan 1970-an akan dilelong secara talian sehingga 14 Oktober ini yang dianggar boleh mencecah jualan melebihi 114,000 euro (RM479,000).

Direka oleh Jay Ohrberg yang juga mencipta kereta untuk filem Knight Rider, Back To The Future (Delorean) dan Batman (Batmobile) pada tahun 1966, Panthermobile akan dilelong bersama dengan replika kereta dari filem Chitty Chitty Bang Bang.

Panthermobile pernah bertukar tangan sekali sahaja sebelum ini sejak dibina pada tahun 1969.

Ohrberg menjual kereta itu semasa jualan lelong pada tahun 2007 dan memperolehi kira-kira 100,000 euro (RM420,000).

Menurut firma lelongan, Panthermobile perlu dibaik pulih.

"Pada masa ini, enjin kereta tersebut tidak bernyala tetapi ia dipercayai berfungsi apabila dijual pada tahun 2007," ujar firma itu. – Dpa

/// utusan ///