Adsense

Sabtu, 17 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Westlife Fan Gathering Sempena Konsert Tour Gravity

Posted: 17 Sep 2011 03:25 PM PDT

PERJUMPAAN PARA PEMINAT WESTLIFE SEMPENA KONSERT TOUR GRAVITY OCTOBER 7

Mereka menghiburkan anda dengan lagu-lagu sensasi seperti Swear It Again, Flying Without Wings, If I Let You Go, Uptown Girl, I Have A Dream dan banyak lagi. Kini WESTLIFE kembali dengan ketrampilan yang lebih hebat ke Malaysia pada Oktober 7, 2011 untuk membuat persembahan konsert khas untuk para peminat Malaysia mereka di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil pada 8.30 malam sebagai salah WESTLIFE LIVE IN KUALA LUMPUR:GRAVITY TOUR 2011.

Pertama kali mereka melakukan jelajah promosi ialah pada June 1999 yang mana Malaysia merupakan negara pertama mengalu-alukan kedatangan mereka. Mereka kembali ke Malaysia buat kali kedua pada November 1999 yang mana album pertama mereka berjaya meraih tahap penjualan 260,000 unit. Konsert sulung mereka di Arena Of Stars Genting menyaksikan persembahan mereka disaksikan oleh dewan yang dipenuhi oleh peminat-peminat setia mereka. Untuk album kedua mereka berbekalkan lagu hit UPTOWN GIRL menyaksikan album tersebut terjual 240,000 units. Mereka hadir ke Malaysia sekali lagi untuk mengadakan Konsert di Stadium Nasional pada 26 Mei,2001.

Pada tahun 2002 untuk album ke empat mereka, WESTLIFE telah memilih Malaysia sebagai lokasi negara Asia pertama untuk pelancaran album GREATEST HITS mereka.Pelancaran gilang gemilang albu GREATEST HITS mereka adalah dengan persembahan mini konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan bertemakan Westlife Showcase & Soccer Extravaganza" yanag mana selain menyanyi mereka telah bermain bolasepak dengan pilihan Artis Rockers Malaysia yang mana Seleksi WESTLIFE menang 6-1. Sejak dari hari tersebut WESTLIFE tidak berkunjung lagi ke Asia dan menjelang October 7 akan datandating peminat setia WESTLIFE berpeluang menyaksikan idola superstar mereka membuat persembahan secara LIVE di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil

Sempena kedatangan WESTLIFE, penganjur JS Concert Productions akan mengadakan perjumpaan para peminat WESTLIFE yang mana para peminat boleh berkunjung untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa daripada tiket konsert kepada pelua ng bertemu WESTLIFE secara bersemuka. Perjumpaan ini akan diadakan di Tropicana City Mall, Damansara pada Ahad 25hb September 2011 dari 2ptg hingga 5 ptg.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.facebook.com/JSConcertProductions untuk maklumat lebih terperinci.

Bagi mereka yang belum dapatkan tiket ke Konsert WESTLIFE layari dan tempah melalui online di sesawang web www.ticketpro.com.my & www.airasiaredtix.com. Tiket berharga RM358, RM258,RM158, RM98 boleh juga dibeli dimana-mana gedung muzik Rock Corner, Victoria Music dan Guitar Store. Tiket Premium bernilai RM 558 akan disertakan koktel percuma sebelum persembahan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ticket Hotline : +603-78807999 (Ticketpro) / +603 – 8775 4666 (AirAsiaRedTix) dibawa khas untuk anda JS Concert Productionsdegan kerjasama Midas Promotions.

westlife

Programme for WESTLIFE Fan Gathering.

Day : Sunday.
Date : 25th Sept 2011.
Time : 12.00 pm till 5.00 pm
Venue : Tropicana City Mall.

12.30 – 2..30 pm MC Introduce Event (air concert video)
(same time do auditions for final;10 from the 20 shortlisted)
2.30 – 2.45 Speech and intro by JS Concerts / Sony Music / Tropicana City Mall Rep
2.45- 3.00 Video Presentation of WESTLIFE
3.00- 3.15 pm Flash mob Singing.(play karaoke Video)
If I Let You Go
Swear It Again
- Everyone will sing Westlife songs together.

3.15pm – 3.25pm announce finalists for
Design (top 5 likes will ente4 final round/other 15 be chosen)
Call out singing video posts finalists (20 contestants)
3.30 pm – 4.30 pm SINGING CONTEST (10 finalist)
4.30 pm – 4.35 pm Announce Banner Contest Winners and Prize Giving
4.35 pm – 4.45 pm Announce of Singing Contest winners
4.45 – 4.50 pm Sing together for the last time before we end up this fan gathering.
4.50 – 5.00pm End. But Video Wall will play WESTLIFE LIVE video till 5pm

westlife

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Westlive Live In Kuala Lumpur Gravity Tour 2011
  • Konsert Westlife Live in KL
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Konsert Jelajah Malaysia Search Di Awan Biru – Tribute Concert Tour
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Top Up Tour Nidji Live Showcase in KL di Ruums KL
  • Bloggers United Malaysia Gathering 2007
  • Gambar Aleeza Kassim di Gathering Anniversary Hero Dewi Remaja
  • New Commercial for Gwen Stefani New Perfume L by LAMB
  • Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010
  • Hantu Bonceng Catat Kutipan RM 8.35 Juta

    Posted: 17 Sep 2011 03:18 PM PDT

    Hantu Bonceng Catat Kutipan RM 8.35 Juta Dan Kini Di Rumah Anda.

    Filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng, kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah dari segi kutipan apabila mencatat RM 8.35 Juta setelah ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, bermula 31 Ogos yang lalu.

    Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd dan dibintangi Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin ini telah ditonton hampir 860 000 ( lapan ratus enam puluh ribu ) penonton setelah ditayang selama dua minggu, mengikut tempoh peruntukkan wajib tayang di kesemua pawagam di Malaysia.

    Ini telah menjadikan filem kelima terbitan Excellent Pictures, Hantu Bonceng ini menjadi filem musim perayaan yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air setakat ini.

    Menurut penerbit dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri, sokongan dari semua pihak iaitu pelakon, tenaga kerja, media cetak, elektronik dan media baru, serta penonton dan peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan, telah memastikan impian ini dapat direalisasikan.

    "Ini juga membuktikan Hantu Bonceng adalah filem kita semua. Maksudnya, filem ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat, yang memaparkan realiti masyarakat Malaysia kini," tambah Ahmad Idham. Untuk rekod, kutipan Hantu Bonceng mencipta sejarah tersendiri buat Ahmad Idham apabila mendapat kutipan tiket tertinggi bagi sebuah filem, berbanding filem-filem arahannya sebelum ini.

    Kini, keseronokan untuk menonton Hantu Bonceng oleh semua peminat, dapat dirasai di rumah, apabila bermula Khamis, 15 September, Hantu Bonceng ditayangkan melalui saluran premium Astro, iaitu Astro First.

    Ahmad Idham

    Ahmad Idham

    Bagi Ahmad Idham, selaku penerbit, tayangan Hantu Bonceng di Astro First mampu memberi peluang kepada peminat filem Melayu yang tidak berkesempatan untuk menonton juga di kawasan yang tidak mempunyai panggung khususnya, untuk bersama-sama merasai keseronokkan menonton di rumah bersama keluarga, dan secara tidak langsung, ianya mampu mengeratkan perhubungan di kalangan keluarga dan kenalan.

    "Adalah wajar bagi menghargai sokongan peminat yang belum menonton Hantu Bonceng , terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai akses untuk ke pawagam berhampiran. Selain itu, pihak Excellent Pictures juga Astro menerima banyak pertanyaan mengenai tayangan Hantu Bonceng di saluran berkenaan," tambah Ahmad Idham lagi.

    Dengan penyiaran Hantu Bonceng di saluran premium, Astro First, pihak pawagam TGV dan GSC akan menamatkan tayangan di pawagam bermula 15 September, namun, atas sambutan yang cukup mengalakkan, pawagam seperti MBO, Big Cinemas, Lotus Five Star dan beberapa pawagam persendirian yang lain akan terus menayangkan Hantu Bonceng di pawagam berkenaan untuk sekurang-kurang seminggu lagi.

    Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Tai, Dottie, Zahid Baharuddin, kini telah mencipta sejarah apabila berada di tangga kedua, kutipan tertinggi dalam sejarah industri perfileman negara. Dengan kos mencecah RM 1.5 juta, Hantu Bonceng telah mendapat kutipan sebanyak RM 8.35 juta dan telah ditonton seramai hampir 860 000 orang, dan ianya menjadikan filem ini mendapat kutipan tiket terbesar untuk musim perayaan dalam sejarah perfileman negara.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hantu Bonceng Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari Tayangan
  • Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta
  • Siti Nurhaliza Puas Hati Tonton Filem Hantu Bonceng
  • Sinopsis Filem Hantu Bonceng
  • Filem Hantu Bonceng Lakar Sejarah
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Filem Kongsi Catat Kutip RM1.1 juta di Hari Pertama Tayangan
  • AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Berapakah Nilai 'Box Office' Sebenar Untuk Filem Malaysia?