Adsense

Sabtu, 17 September 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Rosyam Nor Akui Filem Libas Cacatkan Fizikal Dirinya

Posted: 16 Sep 2011 05:00 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

Berkongsi cerita dan pengalaman sewaktu berlakon dalam filem Libas arahan Jurey Latiff Rosli, Rosyam Nor selaku teraju utamanya akuinya filem berkonsepkan aksi komikal tersebut telah menjadikan telah dirinya sedikit cacat.

Menjelaskan terperinci mengenai pengakuan berkenaan, Rosyam Nor yang agak lama menyepi dari berlakon filem memberitahu, kira-kira 3 hari sebelum tamat penggambaran Libas pada tahun 2009, dia telah berhadapan dengan kemalangan kecil sehingga menyebabkan tulang bahunya patah dan beralih kedudukan.

"Terus-terang saya mengatakan, filem ini telah mencacatkan anggota saya yang mana bahu saya cedera teruk sewaktu menjalankan beberapa babak aksi. Bagaimanapun, ia bukanlah salah produksi tetapi disebabkan oleh kelalaian saya sendiri.

"Sewaktu insiden itu, doktor menasihatkan agar saya menjalani pembedahan . Namun, saya tidak melakukan pembedahan tersebut kerana ia memerlukan saya untuk pulih dengan memakan masa selama 8 bulan. Saya hanya cuti berehat sehari saja dan terus datang ke lokasi semula untuk menghabiskan shooting yang tinggal 3 hari saja.

"Setibanya saya dilokasi, Jurey bertegas menyuruh saya pulang dan berehat. Namun, atas tanggungjawab dan tidak mahu membantutkan proses penggambaran, saya tetap teruskan dan Alhamdulillah saya dapat menjalankan babak tersebut. Pun begitu, waktu itu, badan saya berbalut kerana tulang bahu saya dah terkeluar," kata Rosyam.

Meneruskan sebab mengapa dia menerima tawaran berlakon filem ini, Rosyam Nor menyifatkan ia lebih kepada melunaskan janji antara dia dan Jurey.

"Apabila saya menerima sebuah naskah, saya mesti pastikan ia berbaloi. Lagipun, dulu Jurey pernah berjanji pada saya bahawa akan mengambil saya berlakon apabila dia menerbit dan mengarahkan filem pertamanya. Kiranya, sekarang ini Jurey menunaikan janji dia terhadap saya.

"Saya rasa filem ini boleh melonjakkan nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi lagi. Lihat saja penggunaan CGI dalam filem ini. Apa yang paling penting, Libas mempamerkan kehebatan orang tempatan menggunakan teknik CGI. Ia juga sedikit sebanyak membuktikan orang kita mampu dan setaraf dengan filem antarabangsa.

"Saya amat berpuas hati walaupun Libas membantutkan perkembangan karier saya kerana saya terpaksa menunggu 2 tahun untuk filem ini ditayangkan. Pun begitu, saya terus menunggu dan dapat merasakan penonton akan enjoy menontonnya," jelasnya.

Filem yang bakal ditayangkan di pawagan mulai 29 September ini menampilkan pelakon seperti Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Adam Corrie, Zek Zamrie, Beego dan ramai pendatang baru seperti Yuswaisar dan Fadzly.

/// murai.com.my ////