Adsense

Jumaat, 2 September 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Selebriti Popular dalam Ada Bran?

Posted: 02 Sep 2011 05:59 PM PDT

Selebriti Popular dalam Ada Bran?

Ada Bran? – 4 September, 5.30 petang
Ada Bran? merupakan sebuah rancangan yang mencabar orang ramai yang ingin mendapatkan duit. Rancangan ini penuh dengan dengan aksi fizikal dan gelagat lucu peserta. Pengacara, Alif Satar, akan bertanya pada orang ramai secara rawak "Siapa yang ingin mendapat duit?". Peserta akan dibawa ke satu tempat untuk diberitahu tugasan dan berapa harga tugasan tersebut. Selain orang ramai terdapat penampilan istimewa dari artis popular tanahair seperti Tomok, Faizal Tahir, Saiful Apek, Fizo Omar, Wan Sharmilla, Shahz Jaszle dan ramai lagi! Kepada yang berani menyahut cabaran pasti akan masyuk… dengan duit.

Ada Bran

Ada Bran

Ada Bran

Ada Bran

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Program Variasi TV9 Sempena Aidilfitri 2011
  • U-KISS Bran New Kiss Album Showcase 2011
  • Profile Jimmy Shanley Pengacara Trek Selebriti
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Trivia: Tas Tangan Siapa?
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009
  • Amy Search dan Ramli Sarip di Ziarah Aidilfitri
  • Gambar Lisa Surihani di Karpet Merah ABP-BH 2009
  • Trivia: Cinta Selebriti di Anugerah Skrin 2009
  • Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Bintang Popular 2007
  • Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta

    Posted: 02 Sep 2011 08:36 AM PDT

    Hantu Bonceng Cipta Sejarah Kutip RM1.78 Juta

    Filem Hantu Bonceng, terbitan Excellent Pictures mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar musim perayaan apabila mendapat RM 1.78 Juta untuk dua hari tayangan bermula 31 Ogos yang lalu.

    Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad idham ditayangkan di 80 panggung, serentak di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai, mendapat sambutan cukup mengalakkan apabila hampir 200 000 ( Dua ratus ribu ) orang telah menonton dalam tempoh dua hari tayangan sahaja.

    Atas sambutan yang cukup hebat ini, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, selaku pengarah dan penerbit berkata, "Semua ini dapat dicapai atas kerjasama semua pelakon yang terbabit dalam membantu mempromosikan filem ini. Selain itu, sokongan dari pihak media, cetak dan elektronik serta media baru dalam menyebarluaskan mengenai Hantu Bonceng, amat saya hargai. Namun yang penting, sokongan peminat yang sudi menonton Hantu Bonceng dalam merealisasikan sambutan mengalakkan ini, amat dihargai dan didahulukan ucapan jutaan terima kasih."

    "Selain itu, saya mengharap sokongan peminat Zizan Razak dan pelakon lain, juga yang meminati hasil filem Excellent Pictures agar beramai- ramai meneruskan sokongan dengan menonton Hantu Bonceng, bagi melakar satu sejarah baru perfileman tanahair dapat dicipta," tambah Idham lagi.

    Atas sambutan cukup mengalakkan, penonton dinasihati membuat tempahan awal melalui telefon juga dalam talian. Mula ditayangkan pada sambutan Aidilfitri 2011, Hantu Bonceng akan ditayangkan selama dua minggu, berdasarkan tempoh wajib tayang.

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Filem Hantu Bonceng
  • Filem Hantu Bonceng Lakar Sejarah
  • Dalam Botol Kutip RM1juta Selepas 5 Hari Tayangan
  • Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari
  • AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
  • Filem Kongsi Catat Kutip RM1.1 juta di Hari Pertama Tayangan
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • KL Gangster Kutip RM5 Juta Dalam Masa Tiga Hari
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Filem CUN Kutip RM700ribu Seminggu Tayangan