Utusan Online - Hiburan |
Posted: Dijangka bersalin bulan depan Rencana dan gambar SAHARUDIN MUSTHAFA
SERI wajah wanita hamil terpancar pada wajah Kris Dayanti ketika kami bertemu pada sesi berbuka puasa di salah sebuah kafe popular di Jakarta baru-baru ini. Perutnya semakin ke depan. Jalannya juga sudah tidak selincah dulu. Dia sangat berhati-hati. Kehamilan kali ketiga selepas 11 tahun diakui penghibur kontroversi itu menawarkan pengalaman baru buatnya. "Seperti ia kandungan anak sulung kerana semuanya seperti baru buat saya. Bayangkan, kali terakhir saya hamil 11 tahun lalu iaitu anak kedua saya, Azriel. "Kini saya melaluinya sekali lagi pada usia 36 tahun. Semuanya serba baru buat saya. Bahkan, saya sudah terlupa bagaimana sakit bersalin," katanya sambil tertawa semasa kami berbuka puasa pada hari ke-11 Ramadan lalu. Bagaimanapun, pada pertemuan itu, suami Kris, Raul Lemos tidak dapat turut serta kerana sedang bertugas. Kehamilan kali ketiga penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Menghitung Hari ini turut mencetus kontroversi. Ini kerana kehamilan itu berlaku lebih awal daripada tarikh pernikahan kali keduanya dengan usahawan dari Timor Leste pada 20 Mac lalu. Hidup Kris selepas bercerai dengan suami pertamanya, Anang Hermansyah sentiasa dihimpit pelbagai kontroversi. Dia juga sehingga kini masih belum mendapat hak penjagaan kedua-dua anaknya, Auriel Nurhermansyah dan Azriel Akbar Hermansyah daripada bekas suaminya itu. Justeru, penantian untuk menimang cahaya mata ketiga ini merupakan anugerah yang paling indah dalam hidupnya biarpun Kris menyedari akan ada pihak yang akan mencemuh kehamilan kali ini. "Saya sudah banyak diuji termasuk dengan kehamilan ketiga ini. Biarlah apa sekalipun yang difikirkan orang ramai saya reda dan bersyukur dengan anugerah Allah ini," katanya yang asyik mengusap kandungannya yang sudah memasuki penghujung bulan kelapan. Berdasarkan perhitungan doktor, Kris dijangka bersalin awal September ini. Dia juga tidak menolak mungkin bayi itu dilahirkan pada Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Kerana itu, Kris dan suaminya kini hanya menghitung hari untuk sama-sama menyambut kelahiran benih hasil daripada kasih sayang yang disemai. Tidak lagi memberi perhatian pada persiapan lebaran, sebaliknya, segala-galanya difokuskan untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru. "Semua persiapan dilakukan oleh saya dan Raul. Kami sama-sama mencari kelengkapan bayi, kami juga sudah meninjau wad bersalin di hospital, mencari orang tua yang akan menjaga saya sepanjang berpantang dan sebagainya," kata Kris. Bahkan, setiap kali bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kandungan, Kris sentiasa ditemani suaminya. Pasangan itu juga sudah mengenal pasti jantina bayi dalam kandungan Kris menerusi pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor. Namun, Kris tidak mahu berkongsi apakah jantina anak yang bakal dilahirkannya itu. "Saya mahu bikin surprise (kejutan) buat kamu juga. Kamu harus datang ziarah aku selepas aku bersalin nanti," pesannya kepada penulis. Kata Kris, nama untuk bayinya juga sudah berada di fikiran dia dan Raul. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
M. Nasir, Jamal serikan lebaran Posted: M. Nasir, Jamal serikan lebaranOleh NUR AZHARI ZAINOODDIN BUAT pertama kali Hujan dan M. Nasir akan berkongsi pentas menghiburkan penonton. BAGI menyerikan sambutan lebaran tahun ini, TV9 membawakan satu rancangan khas, Ekspresi Dato M. Nasir dan Jamal Abdillah. Pastinya sambutan Aidilfitri kali ini akan lebih meriah apabila penonton disajikan dengan lagu-lagu malar segar dua bintang ternama ini. Sudah tentu alunan suara mereka mendendangkan lagu-lagu seperti Seroja, Gerhana, Keranamu Kekasih dan Satu Hari Di Hari Raya akan membuatkan para penonton terkenang nostalgia lalu. "Sudah tentu kemeriahan Syawal akan lebih terasa apabila kita dapat bersama dengan keluarga mengimbau nostalgia lalu melalui lagu-lagu dua bintang hebat ini. "Lagipun ini adalah kali pertama TV9 menyatukan mereka di atas pentas sempena Hari Raya. "Jadi kita harap ia akan memberikan kepuasan kepada penonton dalam menyerikan lagi kemeriahan Syawal," jelas penerbit konsert berkenaan, Ahmad Shaifullizzam Mohd. Arshad atau lebih suka disapa Gbam yang ditemui selepas rakaman konsert berkenaan baru-baru ini. Merancakkan lagi konsert yang akan disiarkan melalui dua episod itu, beberapa artis jemputan lain turut diundang bagi bersama berkongsi pentas dengan dua nama besar ini. Antara artis yang bakal bersama menyerikan konsert itu nanti adalah Fauziah Ahmad Daud, Francissca Peter, Mawi, Hujan dan Awi Rafael. "Bagi memberikan suatu kelainan pada rancangan ini, kita akan gabungan dua nama besar ini dengan bakat-bakat baru yang mula menyinar seperti Hujan dan Awi Rafael. "Kita lihat gabungan ini juga merupakan pembuka jalan kepada bakat-bakat baru ini untuk bersama menimba pengalaman dengan mereka yang ternama," tambah Gbam. Rancangan istimewa yang berdurasi sejam setiap episod itu akan disiarkan pada 2 dan 3 Syawal nanti bermula pukul 11 pagi. Antara persembahan yang akan disajikan kepada penonton adalah kolaborasi antara Jamal Abdillah bersama Fauziah Ahmad Daud dan Fransisca Peter. Selain itu, M. Nasir akan berduet dengan Hujan Band mendendangkan lagu medley Aku Yang Terasing dan Juwita Citra Terindah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |