Adsense

Selasa, 16 Ogos 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Majlis Doa Selamat & Berbuka Puasa SimplySiti 2011

Posted: 16 Aug 2011 06:27 PM PDT

Semalam, Budiey telah dijemput oleh SimplySiti untuk menghadiri Majlis Doa Selamat dan Majlis Berbuka Puasa SimplySiti di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Majlis ini sebenarnya diadakan untuk meraikan para wartawan, rakan-rakan perniagaan, para pengguna setia dan anak-anak yatim. Secara tak langsung, ini dapat membuka ruang kepada tetamu untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan mengucapkan syukur.

IMG_8015

Aturcara turut disajikan dengan hidangan hiburan rohani. Antaranya bacaan doa selamat oleh Ustaz Zamri selaku pengacara majlis dan persembahan nasyid dari kumpulan Now See Heart juga Yassin Sulaiman. Turut diundang ialah Imam Muda Asyraf (Juara Program Imam Muda Musim Pertama) untuk sesi tazkirah sempena dengan kedatangan Nuzul al-Quran yang jatuhnya pada hari ini.

Menurut Presiden SimplySiti, majlis berbuka puasa kali ini lebih unik dan lain sikit. Kalau biasa majlis berbuka dibuat di hotel, tapi kali ini, majlis yang dinantikan oleh SimplySiti dibuat di Masjid Wilayah di mana menjadi lokasi yang cukup nostalgik buat Siti. Di sini adalah tempat cintanya bersama Datuk Khalid disatukan dan ianya sangat bermakna dalam hidup Siti. Selain itu, ada baiknya juga majlis ini dapat membantu memberi kesedaran dan menghayati indahnya Ramadan.

IMG_8009

Majlis yang berlangsung jam 6 petang ini juga disudahi dengan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Gombak yang diraikan bersama.

Sempena musim perayaan, SimplySiti menawarkan promosi istimewa iaitu 10% diskaun ke atas semua produk SimplySiti di kesemua cawangan niaga SimplySiti, dan pengguna setia dapat membeli gincu bibir dengan potongan harga 50% di atas setiap pembelian produk SimplySiti di Watson's manakala di Guardian pula tawaran harga istimewa RM49.90 bagi Simply Perfect 2 Way Cake dan RM32.90 bagi Simply Feminine Blusher serta banyak lagi tawaran menarik.

Untuk keterangan lanjut, sila layari: www.simplysiti.com.my


Siti Nurhaliza

Bacaan doa oleh Ustaz Zamri

Siti Nurhaliza

Dato' Siti Nurhaliza bersama suaminya

Siti Nurhaliza

Presiden SimplySiti sedang berucap

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Tazkirah ringkas dari Imam Muda Asyraf

IMG_7983

Persembahan dari Now See Heart

Siti Nurhaliza

Tazkirah tentang bisnes networking di zaman Rasulullah

Siti Nurhaliza

Persembahan dari Yassin Sulaiman dengan lagu Satu Perjuangan, Teman Sejati & Nur Kasih

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 1428H / 2007M
  • Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
  • VIDEO BOB NYANYI LAGU RAYA DI MAJLIS BERBUKA BLU INC
  • Shamsul@Bazaar Ramadan TV3
  • Jom Berbuka Puasa Bersama Tv9
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Rockaway 2011
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Hotel Halal Berbuka Puasa Kedutaan Asing
  • Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Fara Fauzana Hos Program Kepohnya Raya di Astro Ria

    Posted: 16 Aug 2011 04:56 PM PDT

    Tak sangka dapat jumpa penyampai radio popular, Fara Fauzana di Majlis Berbuka Puasa Astro & Pelancaran Saluran Terbaru Astro di Saloma Bistro, Jalan Ampang pada 15 Ogos lalu. Yelah, ini kan event Astro, bukan event Media Prima. Buat apa Fara Fauzana kat sini? Haaa… Terdetik juga tanda tanya Fara Fauzana ni dah join Astro dah ke? Bila masa pulak Fara keluar dari Media Prima kan?

    Teringat lagi dengan ura-ura tawaran dari Astro yang mahu mengambil Fara Fauzana kembali bertugas sebagai penyampai radio dengan pengacara TV dengan menawarkan RM1juta! Wow, satu tawaran yang lumayan. Kalaulah tawaran tu diberi pada Budiey, Budiey ON je. Sejuta tu! Kayo kayo.

    Fara Fauzana

    Namun, bagi Fara Fauzana rasanya tawaran untuk berpindah semula ke tempat asalnya sebagai penyampai radio Era adalah satu perkara yang mustahil. Hot FM masih lagi memerlukan khidmat Fara Fauzana yang begitu bijak untuk mengendalikan segmen pagi dengan kolaborasi deejay Faizal Ismail dan Abang Usop Wilca. Malah bagi Budiey, Fara Fauzana merupakan lombong emas Hot FM. Dengan peminat dan pengikut yang ramai, Fara Fauzana menjadi tarikan utama untuk meningkatkan rating radio yang sentiasa hangat itu.

    Walau bagaimana pun, Fara Fauzana masih terbuka untuk menjadi pengacara program TV di Astro. Terbaru, sempena hari raya Aidilfitri, Fara akan mengendalikan sebuah program hiburan berjudul KEPOHNYA RAYA yang akan disiarkan pada hari raya pertama, jam 4 petang. Fara akan bergandingan bersama dengan penyampai Radio Era iaitu Reza Mohammad yang akan menemuramah beberapa orang artis. Semuanya akan jadi kecoh dan kalut, kata Fara. Nak tahu camna kecoh dan kepohnya diorang, kenalah tonton ya.

    Promo Promo Kepohnya Raya Bersama Fara Fauzana

    Selain itu, Fara juga akan berkolaborasi dengan penyampai radio serta TV9 yang lain untuk merakam single hari raya berjudul Suasana Hari Raya nyanyian asal Anuar Zain dan Elina serta sebuah lagu baru hasil ciptaan Muhammad Ashraf Aasimudin (atau dikenali sebagai Acap) berjudul Hangatnya Raya Di Hatiku.

    Gabungan penghasilan dua "single" Hari Raya ini semakin hangat dengan kemunculan Upin & Ipin serta juara dan finalis Idola Kecil musim ketiga (IK3) iaitu Nor Harris Alif bin Mohd Rashidi (Harris), Puteri Aszfaryna Khareeza (Puteri), Abdul Hadi Bin Abdul Mazlan (Hadi) dan Angelica Paujin (Angel) di samping para penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Leya, Kieran dan Ikhwan.

    Untuk Fara, semoga terus sukses ya. Selamat berpuasa dan selamat menyambut lebaran yang akan menjelma tak lama je lagi.

    Fara juga mahu mengucapkan selamat hari raya buat semua pembaca ya.

    Fara Fauzana

    Fara Fauzana

    Fara Fauzana

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Gambar Red Carpet Fara Fauzana di ABPBH2010
  • Gambar Fara Fauzana di Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Siapa Tetamu Fara Fauzana Dalam Alahai Fafau
  • Gambar Fara Fauzana di Red Carpet ABP 2008
  • Trivia: Fara Fauzana Suka Cermin Mata D&G
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Gambar Fara Fauzana di Road Show Siri Hot FM
  • Fara Fauzana Menang Anugerah Artis ARTIS HIP Highly Intelligent Popular
  • Fara Fauzana Pakai Kimono di Party Masquerade Media Hiburan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.