Adsense

Jumaat, 5 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Hutan mendamaikan hati Kamal Adli

Posted:

Hutan mendamaikan hati Kamal Adli

Hutan mendamaikan hati Kamal Adli

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar FAUZI BAHARUDIN


PUAS apabila Kamal dapat melihat pemandangan indah Empangan Klang Gate di belakangnya.


DUDUK atas batu itu, kemudian pegang tali dan menggelongsor terus ke bawah.' Itu adalah antara arahan yang diberikan oleh aktor tampan Kamal Adli ketika S3 berpeluang mengikut dia mendaki Bukit Tabur, Hulu Klang, baru-baru ini.

Siapa sangka, aktor yang sering membawakan watak jiwang dalam kebanyakan lakonannya itu meminati aktiviti lasak yang kini jarang diminati oleh kebanyakan generasi muda.

Biarpun telah jauh meninggalkan bukit berkenaan, arahan yang diberikan Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli,25, masih lagi terngiang-ngiang di telinga penulis.

Pengalaman lima jam mendaki, perjalanan penulis, jurugambar dan pembantu peribadi Kamal, Rafi banyak dibantu dan dibimbing oleh Kamal bersama dengan seorang rakannya iaitu Itik.

Menurut Kamal, dia sememangnya menyukai sukan lasak seperti mendaki bukit atau gunung.

Baginya kehijauan dan kedamaian kawasan hutan yang dilitupi dengan pohon-pohon yang menghijau membuatkannya merasa tenang dan damai.

"Jika ingin mencari kedamaian saya pasti akan meluangkan masa bersama dengan kawan-kawan menawan bukit-bukau atau gunung.

"Cara itu membuatkan saya lupa pada segala bebanan yang menghimpit diri. Maklumlah duduk di tengah bandar raya sudah tentu banyak tekanan dan perkara yang perlu difikirkan," kata Kamal ketika kami semua berehat sebelum meneruskan perjalanan menghabiskan 13 pit stop bukit tersebut.

Jelas anak muda kelahiran Kuantan, Pahang itu lagi, minatnya terhadap aktiviti hutan itu bermula sejak berada di bangku sekolah lagi apabila sering mengikuti perkhemahan pasukan beruniform yang disertainya.

Bicaranya, pengalaman pertama mengikuti aktiviti itu telah membuka minatnya untuk terus meneroka hutan yang terbentang luas di bumi ini.

"Saya tertarik dengan kehijauan dan pemandangan yang dapat dilihat ketika berada atas puncak bukit atau gunung.

"Pemandangan indah yang terdampar luas di hadapan mata dan ditambah dengan udara nyaman dan segar membuatkan saya merasa tenang," ujar aktor yang baru pulang menjalani penggambaran filem Gerimis Mengundang di Jakarta, Indonesia.

Filem terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd., arahan Ahmad Idham menemukan Kamal dengan pelakon remaja popular Indonesia, Olivia Lubis Jensen.

Selain itu, kata Kamal, laluan sukar dan mencabar yang terpaksa ditempoh dalam setiap ekspedisi pendakian menjadi pembakar semangat untuknya terus meredah belantara.

Menurut Kamal, dia mencapai kepuasan maksimum setiap kali berjaya menjejakkan kaki di puncak belantara.

"Dalam pendakian, apabila kita berjaya berada di puncak, itu adalah klimaks. Segala usaha mengharungi laluan yang mencabar seolah-olah terbalas.

"Hilang segala letih dan penat sepanjang pendakian apabila berjaya menghirup udara di puncak belantara yang didaki," tambah Kamal.

Bagai benar apa yang dikatakan, apabila penulis yang baru pertama kali berpeluang menjejaki Bukit Tabur dapat merasai situasi begitu.

Segala keletihan dan kepenatan mengharungi laluan berbatu yang begitu mengerikan hilang dibawa bayu lembut yang bertiup di puncak Bukit Tabur.

Kepuasan dan kenikmatan melihat pandangan indah empangan Klang Gate dan kota raya Kuala Lumpur berjaya menelan segala keletihan biarpun kami semua terpaksa mengharung hujan lebat sepanjang laluan untuk kembali semula ke kaki bukit tersebut.

Tidak cukup dengan itu ketika bergegas untuk menamatkan pendakian, kami terpaksa bersembunyi di pokok apabila laluan kami dihalang oleh seekor anak babi hutan.

Namun kami bernasib baik apabila seorang pekebun yang kebetulan melewati laluan itu berjaya menghalau binatang berkenaan.

"Betulkan... hilang semua penat apabila berjaya menamatkan pendakian? Biar penat tetapi berbaloi," ujar Kamal sebelum pertemuan hari itu berakhir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cendol pelengkap waktu berbuka

Posted:

Cendol pelengkap waktu berbuka

Cendol pelengkap waktu berbuka

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
Ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

DATANGNYA Ramadan, pastinya setiap muslimin tidak ketinggalan untuk berkunjung ke satu tempat yang begitu sinonim dengan bulan yang mulia ini iaitu bazar Ramadan.

Masakan tidak, selepas seharian menahan lapar berpuasa, maka di bazar tersebutlah pelbagai juadah dijual untuk dinikmati tatkala tibanya waktu berbuka nanti.

Bagi pembaca berita Buletin 1:30 TV3, Mior Abdul Malek Raiyani, 28, atau Malik, peluang ke bazar Ramadan tentunya tidak akan dilepaskan untuk membeli makanan dan minuman kegemarannya untuk menu berbuka.

Menurut Malik yang masih bujang, dia jarang memasak di rumah dan akan makan di restoran atau kedai berhampiran rumah atau pejabatnya.

"Jadi, sepanjang bulan ini, jika tidak bekerja, saya akan ke sini untuk mendapatkan juadah kesukaan saya iaitu cendol.

"Hampir setiap kali berbuka, saya akan memastikan, cendol menjadi pelengkap di samping menu-menu lain.

"Jika saya bekerja dan tidak berkesempatan untuk ke bazar Ramadan, saya akan minta tolong rakan-rakan membelikannya,"katanya yang ditemui semasa mengunjungi bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Malik menjelaskan, jika moodnya berubah, sesekali dia akan membeli air minuman selain cendol seperti air kelapa, tebu dan sebagainya.

Berbicara mengenai makanan, Malik memberitahu, nasi kerabu, ayam percik, murtabak, laksa dan banyak lagi antara menu yang menjadi pilihannya.

"Walaupun terdapat banyak jenis makanan yang digemari dijual di sini, namun saya tidaklah tamak untuk membelinya sekali gus.

"Saya akan membeli satu persatu pada setiap hari. Lagi pun saya ada 30 hari untuk merasai juadah kegemaran saya.

"Kalau beli sampai dua atau tiga jenis makanan, nanti membazir pula sekiranya tidak larat hendak menghabiskannya," ujar Malik sambil memperingatkan dirinya serta pembaca S3 supaya berpada-pada apabila berbelanja di bazar Ramadan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.