Himpunan Kisah Sensasi |
Selena Gomez Jarang Pakai Wangian Posted: 04 Aug 2011 04:07 PM PDT nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]> Selena Gomez Jarang Pakai Wangian Pemberian Justin Bieber JIKA seorang wanita menerima set wangian daripada kekasih hati, mereka pasti akan memakainya setiap masa. Lain pula dengan Selena Gomez, dia mengakui jarang memakai minyak wangi pemberian kekasihnya, Justin Bieber. "Dia seorang yang sangat romantis dan baru-baru ini dia telah menghadiahkan saya minyak wangi. Tapi saya jarang memakainya. "Bukannya tidak suka, cuma saya seorang yang suka memakai pelbagai jenis wangian dan antara kegemaran saya ialah "Summer of Love" daripada Anna Sui. Baunya sangat wangi," katanya. Sementara itu, Selena menafikan bahawa dia dan Justin akan bercuti dalam masa terdekat ini. Ini kerana, dia akan sibuk dengan projek konsert jelajah dan penggambaran filem. "Kami tidak merancang untuk bercuti. Saya harus bekerja dan akan menjalani konsert jelajah sepanjang musim panas dan penggambaran filem," ujarnya lagi. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |