Adsense

Jumaat, 12 Ogos 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pelancaran Album Voices of Ummi

Posted: 12 Aug 2011 08:45 AM PDT

'Voices of Ummi' – Sebuah album untuk seisi keluarga

"Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama, maka inilah langkah pertama kami dgn menerbitkan sebuah album "santapan rohani" untuk kanak-kanak dan seisi keluarga." kata Encik Johan Nawawi, Pengarah Urusan Hud-Hud Media Sdn. Bhd. yang juga penerbit album VOICES OF UMMI atau lebih senang dikenali dengan VOU.

"Album VOU adalah album pertama dipasaran terbitan Hud Hud Media Sdn Bhd yang berkonsepkan "pop kerohanian" dan kontemporari untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Hampir kesemua lagu-lagu dari album ini adalah lagu-lagu yang dipetik dari siri animasi muzikal bertajuk "UMMI – Ceritalah Pada Kami". Siri animasi kanak-kanak ini masih dalam proses pembikinan dan dijangka akan siap pada penghujung tahun 2011, Insya Allah."

Anggota VOU adalah terdiri dari Alif Johan sebagai Alif, (12 tahun), Aiman Abbas sebagai Aiman, (14 tahun), Hana Hamdan sebagai Hana, (11 tahun), Putri Dahlia sebagai Putri (7 tahun) dan Jihad Hamdan sebagai Atan (8 tahun). Mereka ini juga merupakan watak-watak dan suara-suara asal dalam siri animasi muzikal "UMMI – Ceritalah Pada Kami". Lagu-lagu yang disampaikan kebanyakannya adalah berdasarkan watak masing-masing di dalam siri "UMMI – Ceritalah Pada Kami".

VOU ALBUM LAUNCH - 26.07.2011

"Terima kasih kepada rakan kongsi kami Erama Creative Sdn Bhd, dan Erama Records Sdn. Bhd. dibawah naungan YBhg. Datuk Md. Afendi Bin Hj. Hamdan, selaku Pengerusi Eksekutif Erama, yang bersetuju untuk bekerjasama dan berjuang bersama kami untuk memastikan projek yang sebegini mencapai hasratnya untuk memberi pengisian ilmu Islam secara kontemporari dan sederhana kepada masyarakat terkini didalam hidup yang penuh dengan cabaran." ujarnya.Album VOU – "ERTI AL – FATIHAH"

Album ini memuatkan 12 lagu baru yang dipetik dari siri animasi "UMMI – Ceritalah Pada Kami". Erti Al- Fatihah dipilih sebagai Tajuk kerana ia adalah erti Ummul Kitab kita iaitu surah Al-Fatihah, surah yg dibaca setiap hari, setiap kali dalam solat kita. Semoga kita dapat sama-sama mengingati dan memahami erti surah ini dengan lebih mudah lagi. Tambahan itu, album ini juga merangkumi pelbagai sub-genre irama pop dari tradisional balada, jazz, country & western, r&b dan dance/hiphop.

Turut terlibat dalam album ini ialah personaliti Bringgo dan Mosyi melalui lagu Ramadhan, Aku Hud Hud dan Mari Makan Roti.

Tidak ketinggalan mewarnai album VOU adalah penampilan penyanyi Nora dengan lagu Ramadhan dan Pedoman yang diadun semula (remix) bersama nyanyian VOU.

Alhamdulillah, lagu yang telah mendapat sambutan dan respon yang cukup baik dari semua media, radio- radio stesen, penggiat seni dan khususnya dari para pendengar adalah lagu Erti – Al-Fatihah. Manakala di antara lagu-lagu yang cukup menarik untuk didengar adalah Ahai!Riangnya Hari Raya dan lagu Bismillah- Alhamdulillah ciptaan adik paling kecil iaitu Putri Nur Dahlia Bt Johan berusia 7 tahun.

Syukur Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih dari pihak kami kepada pihak media yang telah memberi sokongan terhadap projek ini. Album VOU adalah album yang cukup menarik dan menghiburkan anak- anak kita dan seisi keluarga. Insya Allah akan berada dipasaran tidak lama lagi.

ALBUM COVER - VOU ERTI ALFATIHAH

Di bawah adalah senarai lagu-lagu album VOU – "ERTI AL-FATIHAH" .

1. Erti Al-Fatihah Johan Nawawi / Tafsir dari Al-Quran

2. Ahai! Riangnya Hari Raya Johan Nawawi / Amran Omar

3. Ummi (Lagu Tema) Johan Nawawi / Nora J

4. Indahnya Pelangi Johan Nawawi / Nora J

5. Pemimpin T erpuji Johan Nawawi / Amran Omar

6. Aku Hud-Hud Johan Nawawi / Johan Nawawi

7. Rakan Sejati Johan Nawawi / Amran Omar

8. Bagus Punya Bagus! (Lagu Professor Gajet) Johan Nawawi / Bringgo

9. Mari Makan Roti (Lagu Uncle Maideen) Johan Nawawi / Bringgo

10. Meow! Meow! Meow! (Jojo Ku Sayang) Johan Nawawi / Bringgo

11. Bismillah – Alhamdulillah Johan Nawawi & Putri / Nora J

12. Ramadhan Nora J feat Johan Nawawi & VOU

Johan Nawawi / Bringgo

13. Pedoman VOU Nora J feat.VOU – Johan Nawawi / Shah Mohamed/Hafiz Tarmizi/ Johan Nawawi (Arietta Publishing / e2Muzik)

Penerbitan album ini mengambil masa lebih kurang setahun dari proses konsep dan idea, penciptaan lagu, pemilihan lagu, gubahan muzik, penulisan lirik, latihan vokal, proses rakaman, diadun oleh Rahmad Ayob dari kumpulan rock, KAMIKAZE dan akhirnya proses mastering diadun oleh komposer tersohor, Fauzi Marzuki.

Secara ringkas, mereka yang telah bekerja keras untuk menjayakan album ini antaranya adalah: Penerbit Album – Johan Nawawi & Nora Dato' Hj. Ariffin

Gubahan Muzik – Johan Nawawi & Ahmad Firdaus untuk lagu Pedoman VOU Pemuzik – Azhar Borhan , Shahriman Ismail, Rizal Sky, Zahid & Johan Nawawi

Teknikal - Rahmad Ayob (KMKZ), Ahmad Sukriman Ismail (Ayie) & Fauzi Marzuki Operasi - Saila Zulkhiefley, Nik Hazman, A. Fairuz , Faiz Firman, Alita Animasi – Jefry Sani, Dhameer, Ridhwan, Boy, Appy, Rizal, Ayie, Kadeng Penasihat - Amran Omar, Jamal Boy, Justin Johari, Ustaz Che Bakar & Ustaz Amin Penaja Pakaian VOU – POYA (Empire Shopping Gallery Subang Jaya & Bangsar Shopping Complex)

Perancangan untuk VOICES OF UMMI (VOU) 2011

Setakat ini VOU telah pun membuat beberapa persembahan di:

- – -

Rancangan ASSALAMU'ALAIKUM : TV AL-Hijrah Malaysia Hari Ini (MHI) dan Fuhhh! : TV3 Berita Adik dan Chopp : TV9

Berita terkini mengenai VOU ialah penampilan VOU di rancangan rakaman 'MELODI RAYA' TV3 yang berlangsung di PWTC, KL pada hari Rabu 10 Ogos 2011.

Sementara itu pihak Erama Creative telah pun bersetuju untuk menerbitkan 2 muzik video, iaitu untuk lagu Pedoman VOU dan Ahai! Riang Hari Raya yang akan mula rakaman pada hujung minggu ini.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Perjanjian Persefahaman MC Voices & Stars Sdn Bhd bersama MAESTRO
  • Stacy Avon Voices Contender Profile
  • Remy Ishak Bergaduh Dengan Ummi Nazeera
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES
  • Mila Jirin Berundur Dari MC Voices & Stars
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Quotes of The Day: Saya Dah Letih – Remy Ishak
  • Gambar Amanda Amani di Ujibakat Avon Voices
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Musim Kedua LIE TO ME di NTV7

    Posted: 12 Aug 2011 08:00 AM PDT

    Musim kedua LIE TO ME bakal keudara di ntv7
    Kebenaran yang dapat dilihat pada wajah setiap insan

    Kebanyakan orang tidak dapat meneka dari riak wajah dan gerak geri badan ketika seseorang itu berbohong dan hanya pakar yang mampu membacanya. Daripada penerbit eksekutif drama siri '24' dan 'Arrested Development', Lie To Me merupakan sebuah siri popular yang memaparkan seorang pakar tipu daya yang membantu mendedahkan kebenaran untuk pihak FBI, polis tempatan, firma undang-undang, korporasi, malah kes individu. Musim kedua Lie To Me bakal menemui penonton ntv7 mulai 15 Ogos, setiap Isnin pada jam 8.30 malam.

    LTMS2b

    Dr. Cal Lightman (lakonan Tim Roth) merupakan seorang pakar tipu daya terkemuka dunia khusus dalam mengesan ekspresi air muka dan bahasa badan dalam menentukan jikalau dan mengapa seseorang berbohong. Dengan analisa ini, dia mampu membaca pelbagai perasaan tersembunyi sehingga kepada tarikan seksual dan iri hati yang tak mungkin dapat disorokkan daripadanya. Pekerjaan Lightman ini memberikan pengetahuan dan kelebihan kepadanya dalam menimbulkan salah faham dan mengesan penipuan. Namun seperti yang sudahpun diketahui Lightman, keupayaan saintifiknya dianggap sebagai sebuah anugerah dan dalam pada masa yang sama merupakan sumpahan dalam hidupnya di mana penipuan di antara keluarga dan rakannya sendiri sama sahaja dengan perlakuan jenayah dan orang lain.

    Lightman mengetuai sebuah pasukan di Syarikat Kumpulan Lightman yang terdiri daripada beberapa pakar dalam membantu penguatkuasaan undang-undang persekutuan, agensi-agensi kerajaan, polis tempatan, dan pihak individu dengan kes-kes mereka yang paling sukar diselesaikan. Dr. Gillian Foster (lakonan Kelli Williams) merupakan seorang ahli psikologi yang berbakat dan juga gandingan Lightman dalam mendapatkan gambaran yang lebih besar sementara Lightman tertumpu kepada perincian yang lain. Lightman memerlukan bimbingan Foster dalam perlakuan manusia samada dia sudah mengetahuinya ataupun tidak. Bersama mereka membentuk gandingan yang mantap dalam menyelesaikan setiap kes.

    Dalam pada itu, Eli Loker (lakonan Brendan Hines) merupakan ketua penyelidik Lightman yang percaya akan kejujuran radikal. Namun begitu, Loker sering berdepan dengan masalah akibat menyuarakan fikirannya. Anak didik Lightman, Ria Torres (lakonan Monica Raymund) pula adalah seorang yang mempunyai sifat semulajadi dalam mengesan penipuan. Masih mentah dan tidak perlu dilatih, bakat Torres dan kelebihannya membuatkan dirinya disegani ramai.

    Dalam musim kedua, barisan pelakon siri kegilaan ramai, 'The Shield' disatukan di dalam satu episod di mana Lightman dan bekas isterinya, Zoe (lakonan Jennifer Beals) mengalami kemungkinan menghantar orang yang tidak bersalah menjalani hukuman mati. Lightman turut dipanggil membuat ujian di dalam sebuah perbicaraan tentang seorang janda yang membunuh suaminya yang lebih tua; juga, kakak Torres ditahan dalam kes juvana hadir semula dalam hidup Torres setelah hilang secara misteri dan apabila seorang wanita meninggal di sebuah kempen tunjuk perasaan di Virgina. Pasukan Lightman kemudiannya diupah untuk mendapatkan kisah sebenar sama ada kes tersebut ada kaitan dengan kegagalan cubaan membunuh atau sebuah plot pembunuhan yang berjaya dirancang.

    Sementara itu, Lightman sukar menerima kenyataan di rumah apabila anak gadisnya, Emily Lightman (lakonan Hayley McFarland) mula berpacaran. Musim ini juga cuba menampilkan watak Agen Ben Reynolds (lakonan Mekhi Phifer dari '8 Mile') yang menyedari bahawa dia sebenarnya enggan bekerjasama dengan pasukan Lightman untuk menangkap perogol dan pembunuh bersiri.

    Dihasilkan oleh Samuel Baum, drama siri Lie To Me ini diterbitkan penerbit eksekutif Alexander Cary, David Graziano, dan Sackheim, Vahan Moosekian dan Brian Gazer. Siri ini diilhamkan oleh penemuan saintifik oleh ahli psikologi sebenar yang mampu membaca petanda daripada raut wajah manusia, gerak badan dan alunan suara untuk mendedahkan kebenaran dan kes penipuan dalam penyiasatan jenayah.

    Jangan lupa untuk menyaksikan drama siri menarik, musim kedua Lie To Me, yang bakal keudara mulai 15 Ogos, setiap Isnin pada jam 8.30 malam, untuk 22 episod, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!

    Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikutilah perkembangan menerusi Facebook dan Twitter ntv7.

    Barisan Pelakon
    Tim Roth sebagai Dr. Cal Lightman
    Lightman boleh melihat apa yang dikenali sebagai 'ekspresi mikro' yang berlaku dalam sekelip mata, ekspresi muka yang tanpa sengaja yang mendedahkan apa yang sebenarnya seseorang rasai.

    Kelli Williams sebagai Dr. Gillian Foster
    Untuk mendapatkan kebenaran, Foster memberi tumpuan kepada suara, perkataan, dan psikologi manakala Lightman memberi tumpuan kepada ekspresi wajah dan bahasa badan.

    Brendan Hines sebagai Eli Loker
    Loker sering melakukan analisis video di dalam makmal, dan merupakan seorang pakar dalam bidang psikologi kumpulan. Beliau adalah anak didik kepada Lightman dan Foster. Mahupun begitu, Loker seringkali ingin menyuarakan pendapatnya mengenai kes-kes yang diuruskannya.

    Monica Raymund sebagai Ria Torres
    Lightman merupakan mentor kepada Torres pada masa yang sama juga berasa cemburu terhadap Torres yang dilahirkan dengan bakat semula jadi di mana Lightman mengambil masa yang lama untuk berlatih untuk menguasainya.

    LTMS2f

    LTMS2h

    LTMS2l

    LTMS2r

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hamper Biskut Raya Dari NTV7 Saluran Ceria Anda
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Fringe Kembali Untuk Musim Kedua
  • Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3
  • Rakaman Raya Bersama Fara di Studio 2 NTV7
  • Showcase Kau dan Aku Musim Kedua
  • Sasha Bashir Dansa II The Journey Continues
  • Hot Chef Musim Ke-2 di 8TV
  • Idola Kecil Musim Kedua
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.