Berita Harian: Hip |
Posted: 11 Aug 2011 02:38 PM PDT Hip Siti duet dengan Sean KingstonSUATU ketika dulu dia adalah peminat setia dua penyanyi wanita popular ini. Bukan saja memuja suara dan personalitinya, malah lagu mereka juga turut menjadi pilihan untuk dinyanyikan. Bagaimanapun, minat Datuk Siti Nurhaliza terhadap dua penyanyi bertaraf diva, Ramlah Ram dan Ella hanyalah jauh saja. Tidak terlintas bahawa satu hari nanti dua penyanyi itu bakal berkongsi pentas bersamanya. Siapa sangka, dari seorang peminat kini mereka boleh berkongsi pentas dan saling bertukar menyanyikan lagu popular masing-masing.Kami pernah digandingkan bersama tetapi berkongsi pentas dan bertukar-tukar lagu seperti yang dilakukan hari ini, itu adalah kali pertama. - Siti Nurhaliza, Penyanyi. Peristiwa yang dianggap bersejarah dan penuh bermakna itu hanya akan dapat disaksikan menerusi program Hari Raya Aura 3 Diva terbitan Global Station Sdn Bhd di saluran 188 Astro Raya HD pada hari raya pertama nanti.Sewaktu menyaksikan rakaman program itu Studio FINAS, baru-baru ini, terlihat keserasian antara mereka. Sesekali mereka ketawa melihat telatah Ella yang memang manja orangnya. Malah disebabkan 'ikatan kimia" yang terjalin itulah membuatkan rakaman program hiburan itu berlangsung dengan jayanya walaupun ia hanya selesai selepas jam menunjukkan angka 1 pagi. "Ramlah Ram dan Ella memang penyanyi kegemaran Siti dan peluang untuk menyanyi bersama mereka adalah sesuatu yang amat nantikan. Siti paling suka lagu Layar Impian dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu. Sebelum ini, kami pernah digandingkan bersama tetapi berkongsi pentas dan bertukar-tukar lagu seperti yang dilakukan hari ini, itu adalah kali pertama," kata Siti ketika ditemui pada rakaman program berkenaan. Untuk program itu, Siti menyanyikan kembali lagu Layar Impian dendangan Ella serta Diam Diam Jatuh Cinta yang pernah dipopularkan Ramlah. "Kebetulan penerbit album Inggeris Siti memang mempunyai hubungan baik dengan Sean dan selepas berbincang, dia pun bersetuju untuk membuat penampilan istimewa dalam lagu yang berjudul Remember Me. Siti sudah merakamkan bahagian Siti dan Sean akan merakamkan bahagiannya nanti. "Ini adalah penampilan pertama Sean selepas bercuti rehat akibat kemalangan," katanya. Mengenai isu produk SimplySiti yang didakwa tidak halal oleh sebuah blog, Siti berkata perkara itu sudah selesai. "Siti kesal dengan dakwaan yang tidak berasas itu. Tapi Siti anggap perkara ini selesai apabila JAKIM sendiri membuat kenyataan di akhbar menafikan semua tuduhan yang mengatakan produk kosmetik saya tidak halal," jelasnya. Nyanyi lagu ciptaan peminat Bukan saja Siti Nurhaliza yang mengagumi dua penyanyi itu, tetapi Ramlah juga mempunyai perasaan sama terhadap penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu. Puji Ramlah, Siti dilihat sebagai penyanyi boleh pergi jauh sewaktu melihat penampilannya awalnya di kaca TV. "Saya suka suaranya. Apa saja lagu yang dinyanyikan Siti, semuanya berkesan dalam hati. Mula-mula melihatnya dulu, saya nampak Siti boleh pergi lebih jauh dalam bidang ini dan dia sudah membuktikannya," jelas penyanyi yang berasal dari Kesang, Muar ini. Apa yang membuatkan Ramlah gah di mata Siti adalah, penyanyi ini mampu mempertahankan dirinya selama dua dekad dalam bidang seni. Bercerita mengenai kerjaya seninya, Ramlah berkata buat masa ini dia sedang mempromosikan single terbarunya, Sesaat kau Datang. "Lagu ini ciptaan ahli kelab peminat Ramlah Ram sendiri. Dalam lagu ini saya berduet dengan kumpulan Sleeq dari Singapura. Saya harap single ketiga saya pada tahun ini peminat yang sentiasa menantikan buah tangan saya yang terbaru," katanya. Seperti tahun lalu, Ramlah akan merayakan sambutan Aidlfitri di kampungnya di Kesang, Muar. "Persiapan hari raya saya biasa saja. Saya lebih memikirkan persiapan ahli keluarga lain berbanding diri sendiri," kata Ramlah yang kelihatan anggun mengenakan fesyen tudung persis penyanyi Erykah badu. Berkorban demi lagu terbaru KESIBUKAN dengan rakaman album baru menyebabkan satu-satunya Ratu Rock ini tidak dapat berhari raya lama dengan keluarganya. Walaupun ada perasaan sedih namun tegas Ella, semua itu dibuat kerana mahu memastikan album yang bakal berada di pasaran hujung tahun nanti benar-benar berkualiti dan mampu memuaskan hati pendengar. "Cuti raya Ella tahun ini pendek saja kerana Ella perlu kembali ke studio menyiapkan album baru. Kepada peminat Ella tunggu saja kemunculan single terbaru Ella berjudul Menyanyi Lalala yang dicipta oleh Taja Meet Uncle Hussain," katanya dalam nada teruja. Mengulas pembabitannya dalam program hiburan itu, Ella berkata dia memang teruja kerana dapat digandingkan dengan penyanyi hebat dari pelbagai generasi. Memilih lagu Dua Insan Bercinta serta lagu Purnama Merindu dan Apa Khabar Mu Disana, Ella membuktikan bahawa dia memang penyanyi serba boleh dan walaupun genre muzik kedua lagu itu bukanlah makanannya, namun Ella berjaya membuatkan penonton terhibur dengan persembahannya. Semua penyanyi malam itu diiringi pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 11 Aug 2011 02:28 PM PDT Hip Tuntut pembayaran pemuziknya ketika Konsert Francisca Peter yang masih belum dilunaskanWALAUPUN Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Istana Budaya sudah enam bulan berlalu, namun cerita mengenai persembahan sulung penyanyi Aku Sekadar Pendatang masih mampu menjadi tajuk utama di media massa. Bagaimanapun kali ini bukan kerana kehebatan vokal penyanyi terbabit, sebaliknya kemelut membabitkan penggubah dan pemimpin muzik terkemuka, Datuk Ramli MS bersama penganjur konsert, Eye Design.Mereka (penganjur konsert) memberikan saya masalah. Nanti, orang tidak akan percayakan saya lagi. - Ramli MS, Penggubah dan Pemimpin muzik. Konsert berkenaan dilangsungkan selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Februari tahun ini, namun begitu, bayaran buat Ramli, pasukan pemuzik dan tenaga kerjanya belum dilangsaikan sepenuhnya. Sehingga kini, hanya sebahagian daripada bayaran yang dijanjikan sudah diberikan tetapi separuh lagi tertunggak hingga ke hari ini.Tuntutan sudah dihantar kepada pihak berkenaan dan kini peguam Ramli sedang menyediakan draf saman ke atas pengarahnya, Shegar, dan wakil ticket2u.biz, Zulkhairi Ghazali (Zul), yang dikatakan memberikan jaminan kepada Ramli untuk melunaskan bayaran berkenaan namun gagal berbuat demikian. "Pada malam pertama konsert, kami menerima separuh bayaran, itupun selepas perbincangan diadakan. Sebab itulah kami naik ke pentas meneruskan persembahan. Pada malam kedua, saya sudah tidak percayakan penganjur itu lagi. Hinggalah seseorang daripada ticket2u.biz, Zul, datang dan memberikan jaminannya. "Zul memberitahu saya, dia akan membayar kami menggunakan kad kreditnya. Jadi, kami akhirnya naik ke pentas meneruskan persembahan ," katanya ketika ditemui pada majlis rakaman program Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Rabu lalu. Tegasnya, apa yang dituntut itu ialah gaji pemuzik dan tenaga kerja yang membantunya pada konsert berkenaan. "Namun nampaknya kebaikan saya sudah disalah guna," katanya yang mengagihkan bayaran yang sudah dilangsaikan itu kepada pekerjanya yang benar-benar memerlukan. Pada konsert itu, Ramli dibantu 45 kakitangan seperti pemuzik, jurutera bunyi dan rakaman. "Mereka (penganjur konsert) memberikan saya masalah. Nanti, orang tidak akan percayakan saya lagi," katanya. Jelas Ramli lagi, pada kebiasaannya, pemuzik hanya bersedia membuat persembahan selepas menerima bayaran, seandainya bekerja bersama penganjur yang tidak kurang dikenali ataupun syarikat yang kali pertama menggunakan khidmat mereka. "Selama karier saya, inilah kali pertama saya diperlakukan sedemikian," katanya yang sekali menegaskan, dia cuma menuntut jumlah yang sepatutnya dibayar kepada pemuzik terbabit. Mohon masa untuk penyelesaian Sementara itu, Shegar yang dihubungi semalam berkata, pihaknya amat berharap Ramli akan menarik balik niatnya untuk menyaman mereka kerana dia sendiri sudah beberapa kali bercakap dengan komposer terbabit selepas konsert berhubung perkara itu. Kali akhir mereka berhubung kira-kira sebulan yang lalu. "Saya juga sudah beberapa kali memohon maaf kepadanya. Saya sendiri bekerja keras untuk membayar setiap sen kepada setiap orang yang bekerja demi menjayakan konsert terbabit. Jadi, berilah saya sedikit masa kerana ia bukannya jumlah yang kecil. "Lagipun kebanyakan rakan saya memang tahu, saya selalunya membayar setiap pekerja. Malah saya memang berusaha untuk melunaskan bayaran walaupun sedikit demi sedikit," katanya yang menyalahkan diri sendiri kerana dikaburi minatnya yang mendalam terhadap penyanyi terbabit sehingga menjadi mangsa kepada keadaan. Katanya, dia bukan penganjur yang melarikan diri selepas berakhirnya konsert, sebaliknya berusaha untuk melunaskan segala bayaran. Cuma dia memerlukan lebih masa untuk berbuat demikian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |