Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Ingin dikenali sebagai Nora JUMURNYA baru menjangkau tujuh tahun tetapi lontaran suara dan keletahnya di atas pentas memukau para hadirin. Sehinggakan kehadiran penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema, Nora ditenggelami oleh adik bernama Putri Dahlia ini saat paduan suara kedua-duanya digabungkan di atas pentas. Tidak sedikitpun perasaan cemburu timbul di benak Nora bahkan dia merasa teruja memperkenalkan adik Putri Dahlia di atas pentas saat mereka selesai menyanyi. Masakan tidak, adik Putri Dahlia atau nama sebenarnya Putri Dahlia Johan Nawawi merupakan anak bongsu kepada Nora dan Johan. Tuah Nora kerana memiliki anak yang bukan sahaja pandai menyanyi tetapi memiliki bakat mencipta lagu seperti ayahnya dalam usia yang baru mencecah tujuh tahun. Bismillah. Itulah judul lagu ciptaan adik Putri yang dimuatkan dalam album Voices Of Ummi (VOU). "Syukur kerana semua anak-anak saya ada bakat menyanyi. Anak lelaki saya, Alif Johan juga pandai menyanyi dan sudah banyak menyertai pertandingan menyanyi di sekolah. "Apa yang menggembirakan saya apabila Putri turut pandai mencipta lagu. Lagu Bismillah yang dimuatkan dalam album Voices Of Ummi (VOU) adalah lagu ciptaan dia bersama Johan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran album Voices Of Ummi di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini. Lama tidak muncul di dada-dada akhbar, Nora kelihatan semakin cantik dan langsing. Ditanyakan apakah rahsianya, kata Nora, dia terlalu sibuk dengan pembikinan album itu selain menguruskan anak-anak. Penyanyi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu juga mengakui tidak makan nasi selama empat bulan. "Kurus mungkin disebabkan sibuk dengan pembikinan album. Saya juga tak ambil makanan bergula dan tidak makan nasi selama empat bulan. Hanya buah-buahan dan sayur kukus menjadi santapan setiap hari," ujarnya mengamalkan cara pemakanan begitu bukan semata-mata ingin kurus tetapi juga ingin tampil lebih sihat. Biskut secukup rasa
Pemilik nama Wan Norafizah Ariffin itu juga kini ingin dikenali sebagai Nora J. Bukan ingin mengejar glamor semata-mata tetapi sekadar mencari kelainan. Katanya, setiap kali dia menghubungi orang dan memberitahu nama Nora Ariffin ramai yang keliru kerana nama tersebut menyerupai nama model profesional Singapura. "Nora J boleh dikatakan penjenamaan semula nama komersial saya. Sekurang-kurangnya orang tidak lagi keliru dengan nama Nora. "Bahkan kalau taip nama Nora di laman sesawang akan muncul banyak Nora. Jadi, saya guna nama Nora J dan ia sememangnya merujuk kepada saya semata-mata," katanya yang berharap dengan pertukaran kepada nama Nora J tidak menimbulkan tanggapan buruk buat dirinya. Ditebak dengan soalan siapakah J yang berada di hujung namanya itu, kata Nora, J itu merujuk kepada nama suami kesayangannya Johan. Menyentuh tentang bulan Ramadan Nora, setiap kali bulan Ramadan penyanyi itu akan menjual biskut raya yang diberi jenama Secukup Rasa. Untuk tahun ini pula, Nora yang sudah berada selama 17 tahun dalam industri seni itu menambah pendapatan keluarganya dengan menjual tudung pula. Disebabkan banyak perkara yang ingin dilakukannya, Nora tidak mempunyai kesempatan menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka. "Seperti setiap kali bulan Ramadan, Nora akan menjual biskut raya dan kek yang juga dijenamakan sebagai Secukup Rasa. Pada tahun ini, Nora juga ada menjual tudung pula.
"Persiapan juadah berbuka pada tahun ini tidak begitu meriah daripada tahun-tahun lepas kerana saya terlalu sibuk," katanya. Animasi kanak-kanak Selama tempoh dua tahun Nora tidak muncul dengan sebarang perkembangan, ada rahsia di sebalik hal itu. Dia sebenarnya merancang projek besar yang juga melibatkan suami dan anak-anaknya. Nora kini tampil dengan album berkonsepkan kerohanian. Malah, dia dan suami turut menghasilkan siri animasi muzikal kanak-kanak berjudul UMMI - Ceritalah pada kami. Menurut Johan Nawawi selaku Pengarah Urusan Hud Hud Media Sdn. Bhd. dan juga penerbit album VOU, album itu diterbitkan untuk santapan rohani kanak-kanak dan seisi keluarga. "Album ini merupakan gabungan lagu-lagu dalam produksi siri animasi muzikal kanak-kanak bertajuk UMMI - Ceritalah pada kami terbitan Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn. Bhd. "Siri animasi kanak-kanak ini masih dalam proses pembikinan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2011," katanya mengenai siri animasi kanak-kanak 36 episod itu. Bercerita tentang VOU pula, kata Johan, ia merupakan sebuah kumpulan penyanyi kanak-kanak yang digabungkan kerana suara mereka juga adalah suara watak-watak utama dalam siri animasi UMMI - Ceritalah pada kami. Bakat-bakat cilik tersebut terdiri daripada Alif Johan, 12, Aiman Abbas, 14, Hana Hamdan, 11, Jihad Hamdan, 8, dan Putri Dahlia, 7. VOU turut mengundang artis undangan untuk menyumbangkan suara seperti Nora, Bringgo dan Mosyi. PELANTUN lagu yang pernah popular suatu ketika dulu, Di Persimpangan Dilema kini kembali aktif menyanyi selepas tidak muncul sekian lama. Kedua-dua projek Johan dan Nora itu juga mendapat kerjasama dengan syarikat Erama Creative Sdn. Bhd. dan Erama Records Sdn. Bhd. Erama juga menyatakan keterujaan mereka untuk bekerjasama dengan syarikat Johan. Kata Ketua Pegawai Operasi Erama, Shukor Ahmed: "Pelancaran album VOU sangat sesuai untuk bulan Ramadan dan hari raya serta mengisi kekosongan Quality Islamic Content untuk keluarga dan kanak-kanak di Malaysia." Sempena bulan Ramadan ini juga syarikat Erama mengadakan promosi menjual lagu-lagu VOU dengan hanya RM1 setiap satu secara dalam talian di portal mereka. "Apa yang perlu dibuat pembeli harus 'Register On Line' dalam portal kami www.erama.tv dan membuat pembelian secara dalam talian menggunakan Erama Prepaid Cards," kata Shukor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
Posted: Bazaar Ramadan KaryawanOleh HARYATI KARIM PARA artis bergambar kenangan dengan Ismail Sabri. SEMPENA bulan Ramadan, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah menyediakan tapak perniagaan buat artis terutamanya mereka yang bernaung di bawah persatuan tersebut. Dikenali sebagai Bazaar Ramadan Karyawan dan julung kali diadakan, projek Karyawan itu nyata mendapat sambutan hangat daripada para artis. Daripada 60 tapak gerai yang disediakan, 10 gerai tersebut dikendalikan oleh artis termasuk Datuk Sarimah Ahmad, Atilia dan Jamal Abdillah. "Matlamat Karyawan kali ini adalah untuk membantu para artis berniaga pada bulan Ramadan. Selain menambah pendapatan, cara ini juga dapat mendekatkan artis dengan peminat mereka," kata Presiden Karyawan, Datuk Freddie Frenandez pada majlis pelancaran bazar tersebut baru-baru ini. Bazar yang terletak di River City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Menteri KPDNKK, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang menyempurnakan majlis pelancaran bazar itu menyifatkan program seumpama itu sangat berguna untuk persediaan masa depan para artis. FREDDIE dan Sarimah bersama Ismail Sabri yang merasmikan pelancaran Bazaar Ramadan Karyawan. "Artis veteran hari ini pernah popular satu masa dulu, hal yang sama akan berlaku pada artis muda kita sedikit masa lagi. "Jika mereka tidak menyimpan dan berusaha untuk menambah pendapatan dari sekarang, apabila mereka jadi veteran siapa yang mahu tolong mereka jika bukan diri mereka sendiri. "Kementerian memberi galakan dan sokongan setakat yang kami mampu, selebihnya terpulang kepada diri artis itu sendiri," kata Ismail. Pada majlis yang sama, Bank Rakyat turut memberi sumbangan berjumlah RM20,0000 untuk dua rumah anak yatim baharu yang terletak di Bukit Jelutong serta 17 artis veteran yang bernaung di bawah Karyawan. Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis termasuk Kilafairy, Roslan Shah, Neelofa, Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan Azza Elite. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
Posted: Bieber, Gomez berkuasaSELENA GOMEZ (tengah) memeriahkan suasana dengan persembahan konsertnya. BERLANGSUNG pada 7 Ogos lalu, satu-satunya anugerah hiburan tahunan yang 'lari' daripada landasan formal kebanyakan anugerah sedia ada, Teen Choice Awards 2011, berlangsung dengan cukup meriah dan penuh kejutan. Selain menjadi medan bakat-bakat muda diiktiraf secara serius mengikut kredibiliti mereka, anugerah ini mengangkat populariti seseorang artis untuk diberi anugerah. Menariknya anugerah tersebut pada tahun ini, ia telah didominasi oleh pasangan muda yang sempat dikhabarkan sudah putus cinta baru-baru ini, Justin Bieber dan Selena Gomez. Bieber telah menggondol empat penghargaan termasuk menjadi pemenang kategori Choice Twit kerana rajin menulis Twitter, Gomez yang membuat persembahan pada majlis itu tidak kurang hebat apabila membawa pulang lima anugerah termasuk anugerah Choice Music: Love Song: Love You Like A Love Song.
Hadir bersama dan kelihatan cukup mesra dengan asyik berpegangan tangan, saling berbisik serta berkucupan apabila nama mereka digelar sebagai pemenang, ia sekali gus menepis dakwaan tentang cinta mereka yang berantakan. Bieber sendiri dalam satu temu bual selepas anugerah tersebut memberitahu: "Dia adalah gadis idaman semua orang. Dia baik, menarik dan memahami." Sementara itu, Taylor Swift semakin mengukuhkan kehebatannya apabila menjadi 'juara' anugerah tersebut apabila membawa pulang enam anugerah sekali gus menjadikan dia sebagai pemenang paling banyak pada malam itu. Penyanyi tersebut yang dipilih untuk menerima anugerah Ultimate Choice Award sebagai penghargaan istimewa atas jasa dalam dunia hiburan, Swift turut memenangi kategori Choice Music: Female Artist, Choice Music: Female Country Artist, Choice Music: Country Single dengan lagu Mean, Choice Break-Up Song untuk lagu Back to December, juga Choice Red Carpet Fashion Icon. SELENA GOMEZ menerima anugerah bersama The Scene. Bagi penyanyi 'segera' yang lahir dari laman sosial Youtube, Rebecca Black, walau dicemuh kerana tidak memiliki vokal yang bagus, nyata ia membawa keuntungan buatnya. Pelantun lagu Friday yang berusia 14 tahun itu telah dipilih sebagai pemenang Choice Web Star. Menambah keunikan terhadap majlis itu adalah ia turut mempunyai sebuah kategori baharu yang dibikin tidak mengikut landasan formal. Ia adalah kategori Choice Vampire yang menyaksikan aktor Robert Pattinson menggondol anugerah tersebut dan mengetepikan puntianak-puntianak tampan yang lain termasuk Ian Somehalder dan Alexander Skarsgard. Malah banyak lagi nama-nama besar lain dalam dunia hiburan Hollywood yang turut menerima pengiktirafan di dalam majlis tersebut. BARISAN pelakon Glee meraikan kejayaan drama bersiri mereka. Namun satu yang pasti, selain menang besar, ia adalah malam paling istimewa oleh pasangan Bieber-Gomez kerana mereka telah membuktikan khabar angin tentang hubungan mereka berakhir adalah palsu. Sebaliknya, pada malam majlis tersebut, selain menunjukkan cinta mereka masih utuh, Teen Choice Awards 2011 menjadi medan mereka membuktikan pengaruh dan kredibiliti sebagai artis muda yang bukan calang-calang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |