Adsense

Sabtu, 27 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Selebriti Wanita Dicalonkan Dalam Anugerah Anjuran Syarikat Arak.

Posted: 27 Aug 2011 08:59 PM PDT

Sebuah majalah telah mencalonkan 2 orang selebriti wanita popular, iaitu Lisa Surihani & Juliana Evans dalam pencarian "100 Most Wanted Women In The World 2011″ yang berkonsepkan undian orang ramai. Daripada segi pencalonan, memang tiada salahnya kerana kedua-dua selebriti wanita ini mempunyai rekod baik & persona yang cantik.

Persoalannya, pencarian "100 Most Wanted Woman In The World 2011″ ini telah melibatkan sebuah syarikat arak sebagai penaja utamanya. Sebagai peringatan, apa-apa aktiviti yang melibatkan arak sudah nyata & jelas hukumnya jatuh sebagai haram. Mengikut statistik, kebanyakan peminat Lisa Surihani (1.7 juta) & Juliana Evans (28 ribu) yang rata-ratanya terdiri daripada umat Islam yang sensitif dengan isu ini. Kepada peminat, jangan cepat melatah.

Kami pasti Lisa Surihani & Juliana Evans tidak dimaklumkan oleh pihak penganjur mengenai anugerah yang dianjurkan oleh syarikat arak ini. Sebelum terlambat, lebih baik pihak pengurusan kedua-dua selebriti ini mengambil langkah yang proaktif dalam menangani isu sensitif sebegini.

Baru-baru ini, Lisa Surihani & Juliana Evans telah disarankan oleh peminat untuk menghubungi sidang redaksi majalah berkenaan bagi memadamkan pencalonan mereka. Apalah sangat pencarian "100 Most Wanted Woman In The World 2011″ berbanding kontroversi yang bakal mereka terima andai kata terus berkeras dengan pencalonan tersebut, kan?

Tanpa anugerah "100 Most Wanted Woman In The World 2011″, Lisa Surihani & Juliana Evans masih tetap menjadi buruan produser & peminat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video : Iklan Hari Raya 2011 Yang Menyentuh Jiwa!

Posted: 27 Aug 2011 02:13 AM PDT

Home > Video > Video : Iklan Hari Raya 2011 Yang Menyentuh Jiwa!

Iklan hari raya kalau tak menyentuh jiwa, memang tak sah. Tahap kreatif seorang pengarah dianggap berjaya apabila penonton dapat menyelami maksud tersirat & tersurat yang dipaparkan dalam video berkenaan. Terbaru, sebuah team produksi video yang tidak asing lagi, CST Production telah melancarkan video hari raya yang membangkitkan isu almari baru sebagai santapan penonton. Setakat hari ini, video Almari Baru ini telah mengumpul sejumlah 35 000 viewers dan ramai responden yang mengalirkan air mata ekoran tersentuh dengan mainan emosi si pengarah, Rosli Mohamed.

Apatah lagi, lakonan Wan Maimunah penuh dengan ekspresi emosi yang diperkuatkan lagi dengan muzik latar daripada Ungu berjudul Doa Untuk Ibu. Menurut CST Production, filem pendek ini dirakamkan bukan kerana ingin melihat orang menangis atau sedih sebaliknya hanya sekadar memperingati.

"Kadang-kadang kita hampir terlupa dengan apa yang pernah kita dapat" – CST Production.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
More in Video (1 of 100 articles)