Adsense

Khamis, 25 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Edisi Raya : Video Klip Manakah Yang Bakal Anda Pertontonkan Kepada Tetamu?

Posted: 25 Aug 2011 06:28 PM PDT

Sekadar hiburan ringan di pagi hari. Antara "Terpesona" – Frank Scott Hew Feat Syafinaz Selamat atau "Cinta 247″ – Max 24:7, video klip manakah yang bakal anda pertontonkan kepada tetamu sempena Hari Raya Aidilfitri beberapa hari lagi.

Nyatakan undian anda selepas menonton kedua-dua video, selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“Syamsul Kembalikan Zaman Kegemilangan Skop Production” – Datuk Yusof Haslam

Posted: 25 Aug 2011 06:16 PM PDT

Kebanggaan seorang bapa terhadap kejayaan anaknya memang tidak berbelah bahagi. Itulah yang terpancar di wajah Datuk Yusof Haslam, 57 apabila bercerita perihal anaknya kepada OHBULAN! di Majlis Kesyukuran & Berbuka Puasa Skop Production, bertempat di Finas, Rabu malam.

"Kejayaan filem Khurafat & KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah membawa kutipan berjumlah RM20 juta kepada syarikat menjadikan pengarah muda ini sebagai aset paling berharga buat kami. Alhamdullilah, dia telah mengembalikan semula zaman kegemilangan Skop Production. Dan, saya berasa amat bertuah kerana dapat anak macam dia.

"Sebagai sebuah syarikat produksi yang mempunyai 100 orang staff, kami perlu survive untuk menjaga kepentingan serta kebajikan syarikat. Syukur kerana setiap pengalaman yang telah saya curahkan kepadanya digunakan sebaik mungkin," kata Datuk Yusof Haslam, gembira.

Yusof Haslam turut menasihatkan Syamsul supaya terus kekal dengan Skop Production demi menjaga syarikat yang dibina daripada titik peluhnya sendiri.

"Walaupun Syamsul menerima tawaran yang berkali ganda, saya sentiasa menasihatkan Syamsul agar terus kekal di Skop Production. Syarikat ini dibina hasil daripada titik peluh & survival saya sepanjang berada di dalam industri perfileman. Lagi pun, saya tak pernah sekat sebarang idea yang dikemukakan oleh Syamsul. Jadi, saya percaya anak saya tidak akan 'menderhaka' terhadap keluarga sendiri.

Saya selalu ingatkan Syamsul supaya tidak terlampau gembira dengan kejayaan yang dimilikinya. Saya tidak mewahkan Syamsul dengan kebendaan kerana nak dia belajar erti kesusahan seperti mana yang pernah saya hadapi dulu. Syamsul telah diajar dengan displin serta tahu menghargai wang ringgit," kata Yusof Haslam yang enggan mendedahkan jumlah bonus yang diterima oleh Syamsul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...