Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Bengkel Bersama Dj Aanantha Berjaya Cungkil Bakat Pelajar Posted: 19 Jul 2011 10:00 PM PDT BENGKEL BERSAMA DJ AANANTHA BERJAYA CUNGKIL BAKAT PELAJAR Betullah pepatah ada cakap, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau mahu anak kita membesar dengan bakat yang besar serta kebolehan yang mempesona, mestilah asuh dan didiklah dari kecil lagi. Pendek kata, kalau nak asuh dan bentuk jiwa anak kita jadi lebih positif dari bersemangat untuk berjaya, kena tanam didikan tu masa kecik lagi. Bila dah besar, senang sikit nak bentuk ikut dengan acuan yang betul. Sekarang, ramai yang komplen sistem pendidikan negara kurang menekankan dari segi 'soft skills' seperti teknik persuasion, alaa lebih kurang satu kemahiran yang biasanya salesman atau real estate agents guna untuk meyakinkan orang. Bukan senang untuk membuatkan orang bersetuju atau ikut cakap kita. Ya, bukan mudah nak yakinkan orang, kan? Jadi, pertama sekali, kena ada ilmu public speaking atau kebolehan yang lain juga seperti cara untuk bermain alat muzik dan sebagainya. Patutlah sesetengah budak-budak zaman sekarang susah nak jadi kritis dan berfikiran kreatif. Budiey rasa mereka tak diberi pendedahan yang secukupnya. Setiap dari kita ada bakat dan keistimewaan. Dari minat dan kebolehan masa kecil juga kita dapat lihat samada minda anak-anak ini betul-betul berkembang atau tidak. Kalau pembaca masih ingat, sebelum ni Budiey ada tulis tentang duta Persona yang juga seorang deejay THR Raaga, DJ Aanantha yang merancang untuk mengadakan bengkel untuk kanak-kanak sempena dengan Kempen Persona, Lebih Sempurna. Dan bengkel ini telah pun diadakan dengan jayanya… tak caya tengok sendiri gambar yang Budiey sertakan kat sini. Meriah dan happening betul! Seronok Budiey tengok. Macam nak join sekali je rasanya. Hehe. Bestnya jadi budak-budak ni, dapat join workshop percuma. Zaman kita kanak-kanak dulu mana ada workshop macam ni. Biasalah hidup pun kat kampung je. Segala apa yang dirasai dan dilalui oleh kanak-kanak ini boleh dibaca dari gambar-gambar ni. Semuanya ceria-ceria dan nampak happy dapat join bengkel macam ni. Tak yahlah Budiey nak ulang pasal bengkel motivasi ni sebab yang nyatanya, bengkel ni sangat bagus untuk diorang mencungkil potensi dalam diri masing-masing. Walaupun bengkel tu cuma 2 hari je, tapi rata-rata peserta semuanya berpuas hati dengan apa yang dipelajari. Diadakan pulak kat The Actors Studio Academy, workshop ini memang sesuai betul untuk membentuk keyakinan kanak-kanak. Paling penting, mereka bebas untuk menonjolkan bakat-bakat menerusi teater dan kesenian. Bengkel yang melibatkan 21 orang kanak-kanak ini dipilih dari beberapa sekolah yang mengambil bahagian. Macam-macam aktiviti telah disusun. Menurut kata mereka, semua games dan aktiviti semuanya fun-fun belaka. Pada hari kedua pula, mereka juga bertuah kerana dapat didikan dan ajaran asas dari Dato' Faridah Merican. Mmm, siapa tak kenal dengan tokoh teater dan seni ni kan? Memang beruntung betul diorang. Mereka didedahkan dengan dunia kerjaya sebagai insan seni yang menghiburkan orang ramai di pentas teater dan TV. Semua kanak-kanak begitu teruja dan mereka dapat berinteraksi secara terus dengan orang yang luas pengalaman seperti Dato' Faridah. Semestinya, kanak-kanak ni diajar tentang seni lakonan melalui permainan berbentuk teater, diasah juga dengan teknik vokal melalui persembahan dengan nyanyian lagi. Tak lupa, yang paling havoc, mereka teruja dengan seni tarian menerusi koreografi pop. Bersama DJ Aanantha pula, Budiey lihat mereka ni sangat seronok sekali. Bukan apa, duta Persona ini memang bijak mencuri perhatian dengan gurauan dan celoteh yang sering buat diorang ni ketawa. Pecah perut dengar lawak dari DJ Aanantha. Tapi motif tak lari dari tujuan asal iaitu untuk berkosngi tentang pentingnya kemahiran berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kalau kita belajar Mass Comm, memang kena belajar kemahiran berkomunikasi. Jadi, kanak-kanak ni kira advance sebab dah diajar macamana nak bercakap dengan lebih kritis. Mungkin sebab itu, DJ Aanantha ambil peluang untuk berkongsi kisah hidup dan bakatnya. Kira perfect la pilihan Persona pilih beliau. Lagi pun, dia kan ada bakat dalam seni muzik. Ye lah, muzikkan dah jadi passion DJ Aanantha. Tengok diorang ni memang syok je dengar kata-kata semangat dari DJ Aanantha, mesti diorang ni pun nak pasang angan-angan untuk jadi macam Aanantha. Masa depan susah nak diduga, jadi kanak-kanak ni memang patut tahu apa cabaran sebenar yang akan mereka tempuh satu hari nanti. Gemerasi muda hari ini akan mencorak negara di hari esok. Jadi masa yang tepat ialah mereka dibentuk fizikal dan mental untuk jadi orang yang berguna. Budiey kira bengkel motivasi macam ni memang wajar diteruskan. Bukan apa, ramai lagi kanak-kanak kat luar sana masih tak tahu bakat terpendam yang mereka ada. Lagi pun, ramai yang tak berapa yakin dengan diri sendiri. Jangan harap pada kelas di sekolah sahaja dengan bengkel ini pelajar dapat pengalaman yang baru. Kata Dj Aanantha, dulu ibu bapanya mahu dia kerja di pejabat 9-5 sebab mereka rasa itu yang terbaik, tapi sebenarnya itu tak menjanjikan apa-apa kalau kita tidak ada kerja keras, yakin pada diri sendiri, kita takkan kemana-mana pun. Lihatlah sekarang, DJ Aanantha dah berjaya buktikan pada semua yang dia juga ada bakat dan dapat hidup senang selepas impiannya untuk jadi insan seni tercapai. Bukan setakat dapat berkongsi cerita tapi dalam ramai-ramai peserta tu, 3 orang darinya telah dipilih untuk menyertai program mentor bersama DJ Aanantha dan yang paling gempaknya, mereka bertiga akan tampil dalam muzik video terbaru DJ Aanantha nanti. Wah, beruntungnya. Tahniah buat 3 orang kanak-kanak ni. Semua ini adalah antara yang dirancang dengan begitu rapi untuk kempen Persona – Better, Undoubtedly. Jadi kepada pembaca yang nak tahu tentang mereka yang terpilih bersama DJ Aanantha ni, bolehlah layari: www.protonpersona.com.my Tags: EventsClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Siti Saleha di The Blue Kebaya Showcase Posted: 19 Jul 2011 09:54 PM PDT Sebut pasal The Blue Kebaya Showcase ni, membuatkan Budiey teringat kepada filem Red Kebaya. Tapi semalam, tema warna biru pada semua rekaan baju kebaya membuatkan ruang legar concourse The Weld terasa sejuk dengan kejernihan dan ketenangan warna biru. Tambahan pula ramai artis yang cantik-cantik hadir untuk menggayakan rekaan. Bayangkan seramai 30 artis dan selebriti hadir dengan rekaan dari 16 orang pereka. Semuanya gojes-gojes. Pereka Salikin Sidek, seorang pereka fesyen yang terkenal dengan seni songket dan rekaan yang beretnikkan keMelayuan telah memilih Siti Saleha, pelakon yang makin meningkat naik. Gaya kebaya dengan potongan ringkas diperbuat dari kain songket memberikan gaya elegan dan semestinya Siti Saleha tampil menawan. Selain Siti Saleha, penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru – Kembali Lagi Di Sisimu, Farah Asyikin turut menggayakan rekaan Salikin Sidek. Kepada yang meminati Farah Asyikin dari dulu, pasti tahu lagu Kembali Lagi Di Sisimu adalah antara lagu yang terawal dan mempopularkan nama Farah Asyikin. Tapi single ini diberi nafas baru dari segi susunan muziknya. Lagu ini bakal berkumandang di corong radio tak lama lagi. Serta tak ketinggalam pelakon cantik molek bernama Ramona Zam Zam. Pergh mantap tu joe! Cun habis semuanya. Sementara itu, Siti Saleha yang mahu dipanggil Sal sekarang ni baru sahaja habis pengambaran sebuah drama yang akan ditayangkan pada hari raya nanti. Tags: Fesyen, Siti SalehaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |