Adsense

Selasa, 19 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Fanpage Bantah Tayangan Tahajjud Cinta Diwujudkan?

Posted: 19 Jul 2011 10:49 PM PDT

Drama arahan Erma Fatima hasil lakonan pelakon popular Fazura, Shahz Jaszle & Fauziah Gous mula mendapat tentangan daripada sebuah kumpulan fanpage.

Fanpage Facebook, "Kami Bantah Tayangan Perdana Tahajjud Cinta" telah diwujudkan dengan jumlah penyokong sekitar 600 orang (buat masa ini). Motif penubuhan fanpage berkenaan dikatakan, "membantah jalan cerita dan gaya lakonan yang jelas menghina muslimat yang berpurdah."

"Kami masih lagi membuka ruang untuk komen dan kritikan membina terhadap drama Tahajud Cinta. Kita bukan mahu menjatuhkan industri filem, malah mahu industri ini berkembang selari dengan kehendak Islam. Islam itukan syumul," kata admin Fanpage berkenaan melalui statusnya.

Ada pendapat yang sensitif dengan penayangan Tahajjud Cinta kerana dipercayai menjatuhkan institusi pendidikan sekolah pondok.

Seorang penyokong Fanpage bernama Muhamad Nazri berkata, "Dalam cerita Tahajjud Cinta ini ingin menyampaikan mesej bahawa orang yang mengajar di pondok adalah orang yang jahil agamanya & bersikap jahat, dan orang yang belajar diluar negara itu adalah orang yang baik belaka… ini akan menjatuhkan istitusi pondok."

Namun, ada yang menyokong penayangan Tahajjud Cinta dengan memberikan pendapat yang lebih terbuka.

"Watak tak semua perlu sempurna untuk sesebuah drama. Ada sebabnya diletakkan begitu supaya ada pengajaran yang mahu ditunjukkan. Itu lebih kepada realiti kehidupan kita sebenar. Bertudung tapi.. seorang ustaz tapi.. kemudian berubah. Itu realiti. kita tidak mahu tengok watak yang sempurna saja dalam drama. Drama yang mencabar mentaliti orang yang menontonnya lebih bagus! itu namanya drama, " kata Desyntha Desy di Fanpage berkenaan.

Setakat ini, ada cadangan untuk mengutarakan aduan kepada pihak Media Prima atas penayangan drama tersebut. OHBULAN! akan menghubungi pihak Media Prima untuk mengesahkan penerimaan aduan tersebut nanti. Info : Tahajjud Cinta ditayangkan setiap hari Jumaat, jam 9 malam di TV9.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar : Karnival Upin Ipin Di Johor Hujung Minggu Lepas.

Posted: 19 Jul 2011 10:27 PM PDT

Tahun ini, TV9 telah membawakan satu lagi keriangan kepada peminat setia Upin & Ipin, dengan satu karnival pada 16 & 17 Julai lalu yang tertumpu hanya kepada kartun animasi Nombor 1 Malaysia ini. Karnival Upin & Ipin yang dilaksanakan buat pertama kalinya dengan kerjasama Les Copaque secara gilang-gemilang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor dan telah menerima kunjungan lebih dari 150,000 orang yang berpusu-pusu masuk ke dewan untuk melihat dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang dua hari tersebut.

Karnival yang akan dijalankan dari jam 9 pagi hingga 7 petang ini sarat dengan pelbagai aktiviti untuk mereka yang hadir seperti perarakan animasi, replika rumah sebenar Opah, mini konsert Idola Kecil, kemunculan maskot-maskot Upin & Ipin bersama rakan-rakan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, malah pengunjung bolehlah membawa sedikit kenangan manis ini bersama mereka dengan membeli barangan Upin-Ipin yang sungguh comel dan mempunyai harga yang amat berpatutan. Karnival ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Perubatan KPJ, Datin Paduka Siti Sa'adiah Sheikh Bakhir.

Begitu banyak aktiviti menarik dirancang sepanjang karnival ini yang menyasarkan pengunjung sehingga 100,000 orang. Khemah-khemah yang pastinya menarik perhatian orang ramai adalah seperti khemah Berita Adik, Tadika Mesra, Fanclub Upin & Ipin, kaunter aktiviti Les Copaque, TM, dan banyak lagi. Aktiviti sepanjang karnival ini bukan sahaja dapat menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan mendapat peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif, tetapi ia juga akan turut memberi promosi hebat dengan harga berpatutan kepada semua yang hadir.

Ibu-bapa yang hadir begitu gembira melihat anak mereka begitu khusyuk dan seronok dengan melihat maskot-maskot Upin & Ipin dan menyertai pelbagai pertandingan seperti permainan kerusi muzik, jigsaw puzzle, sesi solek dan banyak lagi!

Tidak cukup dengan itu, Karnival Upin & Ipin ini juga turut digemparkan dengan persembahan mantap oleh adik-adik Idola Kecil iaitu Harris, Hadi, Afiq & Deera. Pasti ramai yang sudah melepas rindu dengan mendengar mereka menyanyi. Untuk mempelbagaikan persembahan, mereka juga akan mengagumkan penonton dengan tarian dan rap sebagai tarikan. Turut hadir untuk memeriahkan karnival ini adalah personaliti Chopp!! iaitu Intan Ladyana dan Lydia Ibitisam. Pelakon-pelakon Juvana iaitu Johan Asari, Adam Shah dan Syazwan Zulkifly juga turut membuat kejutan apabila mereka turut serta dalam karnival yang begitu meriah ini.

Dua ratus pelajar dari SRK Bandar Baru Uda 2 telah dijemput untuk bersama-sama kami di Karnival Upin & Ipin ini dan juga pelajar-pelajar dari Sultan Ibrahim Girls School telah mengadakan persembahan pancaragam.

Selain sebagai platform kepada usahawan bumiputera untuk mengembangkan produk buatan Malaysia, karnival ini juga adalah sebagai tanda penghargaan TV9 dan Les Copaque kepada penontonnya yang setia sejak awal pertubuhannya lagi. Ini adalah satu acara yang paling sesuai untuk membawa anak-anak dan seisi keluarga untuk beriadah pada hujung minggu.

Kita jumpa lagi pada Karnival Upin & Ipin di lokasi yang seterusnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.