Adsense

Selasa, 5 Julai 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Lutfya di Pelancaran Single & Klip Video DIAM

Posted: 05 Jul 2011 06:25 PM PDT

Budiey nak ucap tahniah sebenarnya kat Lutfya sebab semalam akhirnya beliau berjaya melancarkan sebuah lagi lagu single terbaru berjudul DIAM. Terima kasih sebab sudi jemput Budiey ya.

Kalau pembaca masih belum kenal siapa Lutfya, sebenarnya beliau adalah bintang yang lahir dari Akademi Fantasia musim ke-6, satu batch dengan Stacy kan? Kalau Budiey tak silap la, Lutfya tersingkir bersama dengan Naim di minggu yang ke-3. Its okay, kalau tak kenal, korang tengok je gambar kat bawah ni, rasanya korang boleh ingat balik. Lepas keluar AF, rezeki Lutfya banyak mencurah-curah dalam bidang lakonan.

Bagi Budiey, Lutfya nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar ni ada pakej lengkap. Ada rupa untuk jadi bintang dan dia juga ada vokal yang boleh tahan mantap jugak lah.

Event semalam berlangsung di Hard Rock Cafe menyaksikan gadis kelahiran Johor Bahru yang berusia 26 tahun ini melancarkan single terbaru dan video klip berjudul DIAM. Budiey dah pun dengar lagu DIAM ni, Budiey suka dengan rentaknya yang catchy, easy listening dan of course boleh buat korang rasa nak bergoyang sama.

IMG_4424

Budiey kira Lutfya ni betul-betul serius untuk jadi penyanyi. Lebih setahun Lutfya berusaha keras untuk terus dikenali sebagai penyanyi dan penghibur, dan Budiey kira melihat kepada mutu vokal dan tahap performance Lutfya masa launching semalam, kalau kena cara dan nasib yang menyebelahinya, nama Lutfya boleh naik. Cuma kadang-kadang benda ni bergantung kepada luck gak la.

Selain menyanyi, Lutfya juga cuba mencungkil bakat beliau untuk mencipta lagu. Wal hasilnya, lagu DIAM ini adalah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Lutfya.

Budiey suka tengok muzik video DIAM yang penuh dengan warna-warna ceria, sesuai benar dengan lagu DIAM yang berentak riang ria remaja ni. Pengambaran video klip dibuat di Full House, Jalan Yap Kwan Seng tu diarahkan oleh pengarah dari Singapura dan Lutfya bertuah kerana kini beliau sudah memiliki syarikatnya sendiri, Lutfya Omar Agency (LOA).

IMG_4430

IMG_4436

IMG_4439

IMG_4445

IMG_4455

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Ida Nerina Pelakon Filem Susuk di Pelancaran Video Klip Atilia
  • Video Klip Lagu Kerek Bandi Amuk Tema Filem Karak
  • Video Lucah Ida Nerina & Fauzi di Rumah Tumpangan Sabul
  • Gambar Pengambaran Video Klip Sindarella
  • Gambar Sekitar Pembikinan Video Klip Liyana Jasmay Ku Tak Percaya Cinta
  • Gambar Ida Nerina Seksi Pakai Bikini
  • New Video Clip Age Of Pollution by Ning Baizura
  • Nas Adila Buat Muzik Video Bidadari Syurga di Indonesia
  • Video Klip Video Seks Tersebar di YouTube & Blog
  • Sekitar Pengambaran Video Klip Chiki Kat Mentor
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Peraduan Jemputan Ke Showcase DEWA Ning Baizura

    Posted: 05 Jul 2011 10:34 AM PDT

    Budiey ingin memberikan 10 pasang tiket untuk pembaca Sensasi Selebriti bagi menghadiri Showcase DEWA Ning Baizura anjuran Universal Music Malaysia yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 8 Julai 2011 ini di Zouk KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.

    Selain dapat menikmati vokal mantap dengan lagu-lagu terbaru Ning Baizura, setiap pemenang juga akan diberikan sebuah CD Album Terbaru dari Ning Baizura berjudul DEWA.

    Kepada pembaca yang nak join tu, senang saje! Begini caranya:

    1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

    • Nama penuh:
    • No. IC:
    • Alamat:
    • No HP:

    2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

    Saya mahu join Showcase DEWA Ning Baizura kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

    3. Hantarkan email anda itu kepada:

    Tajuk Email: Showcase DEWA Ning Baizura – Budiey.com

    TARIKH TUTUP: Jam 6 petang, 7 Julai 2011

    Kepada pembaca yang berjaya dipilih, anda akan dihubungi oleh Budiey melalui email ya.

    Terima kasih! Good luck pada semua! Love you all!

    final_web

    Album Dewa – NING BAIZURA
    Setelah sekian lama menyepikan diri, penyanyi dan diva bertaraf antarabangsa, Ning Baizura tampil semula di arena seni tempatan menerusi album studio baru berjudul 'Dewa'. Kelahiran Dewa yang juga album ke-12 Ning, diterbitkan sendiri oleh Ning bersama komposer Audi Mok menerusi gabungan syarikat mereka berdua iaitu Happenings dan Satu Entertainment, dan diedarkan Universal Music Malaysia. Album ini dilihat bakal membawa sinar baru dalam karier penyanyi bersuara lantang soprano ini.

    'Dewa' yang bermaksud 'cahaya' dalam bahasa Sanskrit, bakal menterjemahkan hala tuju baru Ning, sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan penghibur. 'Dewa' menampilkan 8 buah lagu berkonsepkan balada, pop, elektro dan dance, termasuk 'Mama Papa', 'Rasaksa' dan 'Bila' yang kini kerap diputarkan di corong-corong radio.

    Teras album terbarunya ini disifatkan agak moden dan lebih dekat dengan masyarakat bandar, namun Dewa sebenarnya tidak mempunyai sebarang konsep yang khusus atau tertentu. Menurut Ning, album Dewa adalah yang paling peribadi baginya sepanjang 17 tahun karier sebagai anak seni, kerana diadun mengikut citarasa dan keinginannya selama ini.

    Menampilkan lagu rancak yang berentak elektro dan dance, namun masih ada lagu-lagu balada yang jadi 'makanan' yang turut diselitkan di dalam album ini. Menurut Ning, perubahan yang dibuat bersebab. Salah satunya kerana ingin peminat melihat dan merasai frasa perubahan dalam hidup serta mengenali definisi baru kehidupannya.

    Pemilihan Audi Mok sebagai penerbit bersama dan komposer sepenuhnya untuk album ini juga berdasarkan kepada persahabatan, kepercayaan serta kualiti dan hasil kerja komposer itu sendiri. Apa yang istimewa, Ning turut menulis lirik lagu yang berjudul 'Propaganda' untuk album ini.

    Album ini juga menampilkan kebolehannya dalam pelbagai teknik vokal yang dan bukannya hanya soprano semata-mata. Sempena kelahiran album ini juga, beliau kini sedang merancang untuk mengadakan konsert di KL Live pada Disember 2011.

    Profile Ning Baizura
    Ning Baizura binti Sheikh Hamzah (lahir pada 28 Jun 1975), lebih dikenali sebagai Ning, adalah penyanyi pop R&B Malaysia, yang rekod dan menyanyi dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun, Itali, Perancis, Mandarin dan Kantonis. Beliau dilahirkan di Kajang, dan berdarah kacukan Arab, Melayu, Belanda, Cina, India dan Jawa.

    Ning melangkah ke persada nyanyian secara komersial pada tahun 1992 dan menjadi artis rakaman bawah pelbagai label antarabangsa, sehinggalah September 2008 beliau memiliki label muzik sendiri yang mana beliau telah merakamkan lagu-lagu bergenre pop, soul dan R&B. Album beliau meliputi 11 album studio penuh (tiga yang penuh album Bahasa Inggeris), serta pelbagai kompilasi. Ning juga telah memenangi Anugerah Industri Muzik selain membuat persembahan antarabangsa di United Kingdom, Itali, Perancis, China, Indonesia, Korea, Jepun, Singapura, Hong Kong, Malaysia, Monte Carlo, Monaco, Switzerland dan Amerika Syarikat.

    Ning terkenal dengan persembahan pentas, selain bergelar pelakon dan mempunyai peranan dalam sepuluh filem utama, filem pendek dan beberapa telefilem. Antara yang menjadi bualan ramai ialah 'Malaikat Di Jendela' yang diarahkan oleh Osman Ali. Beliau memainkan peranan sebagai bidan yang dipulau oleh masyarakat kampung itu kerana suaminya telah meninggal dunia kerana HIV. Filem ini mengambil bahagian dalam beberapa festival filem di Cannes, Rotterdam dan Singapura.

    Pada tahun 2006, Ning menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Artis United Records (AUR). Selain dirinya sendiri, artis nanugannya ialah protege beliau, Nicolette Palikat atau 'Nikki' daripada Malaysian Idol musim pertama dan Allahyarham Siti Surianie Julkarim (Yanie) daripada Mentor musim pertama, serta Ahmad Nubhan Ahamad (Nubhan) daripada Akademi Fantasia musim keenam. Sementara itu album Bahasa Inggeris beliau 'EastToWest' dilancarkan di Malaysia pada 10 Mac 2008.

    Beliau bekerja dengan Allahyarham Yasmin Ahmad dalam filem Muallaf. Ia memenangi beberapa anugerah antarabangsa di Eropah termasuk The Berlin Film Fest dan Singapura Film Fest.

    Ning Baizura kini tampil dengan album terbaru beliau, Dewa, pada Jun 2011.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Ning Baizura di Malam Universal & Showcase 2011
  • Gambar Ning Baizura di Hi Tea 5Star ABP2010
  • Ning Baizura Jadi Puteri Gunung Ledang Dalam Filem Magika
  • Ning Baizura & Omar Sharif Bertunang
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar Foto Majlis Ning Baizura Bertunang
  • Keputusan Peraduan Menangi Album EastToWest – Ning Baizura
  • Gambar Ning Baizura di Sidang Media ABPBH2010
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Peraduan Menangi Album EastToWest – Ning Baizura
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.