OHBULAN! |
Roze, Artis Baru Dicalonkan 4 Kategori Anugerah Planet Muzik 2011. Posted: 12 Jul 2011 11:21 PM PDT Roze atau nama lahirnya, Rozeanna Kasmani, adalah anak kelahiran Singapura, dan baru setahun jagung dikenalkan kepada industri muzik Melayu di Singapura dengan lagu "Harum" ciptaan Imran Ajmain, Alyph dari kumpulan Sleeq and penulis lirik dari Malaysia, Shah Shamshiri. Kita di Malaysia masih belum kedengaran nama atau suaranya, let's check it out. Roze tercalon dalam 4 kategori iaitu VOKAL TERBAIK (ARTIS BARU WANITA), LAGU TERBAIK SINGAPURA, ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR & LAGU SINGAPURA PALING POPULAR sempena Anugerah Planet Muzik 2011 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Roze tidak keseorangan, dia turut dicabar oleh selebriti Malaysia untuk kategori Vokal Terbaik iaitu Ana Raffali & Aisya Hasna, penyanyi yang baru meningkat naik juga. Adakah pencalonan itu memihak kepada kemenangannya? Kita tengok kalau dia mampu menang dan join kawan-kawan dari Singapura ke Kuala Lumpur seperti Aliff Aziz, Awi Rafael, dan terutama sekali Imran Ajmain yang mencungkil bakatnya semasa Hiphop gig sepuluh tahun yang lalu! Roze pernah digelarkan 'Beyonce Singapura' dan secara kebetulan, Roze ni pernah memenangi pertandigan menyanyi dan berpeluang terbang ke Tokyo untuk berjumpa dengan Beyonce? Not bad. Untuk yang ingin mengenali Roze, anda boleh menghubunginya melalui handler twitter @RozeKasmani. |
Ayu Raudhah & Rozita Che Wan Berlakon Bersama Dalam Drama “Hilang”. Posted: 12 Jul 2011 10:40 PM PDT Rozita Che Wan yang sentiasa menjadi tarikan masyarakat untuk mendekatinya beserta adik kesayangannya Ayu Raudah bakal menyerikan slot Ratu dengan drama berjudul Hilang di samping Zul Ariffin dan adik Mya Sara. Slot Ratu-'Hilang' yang mengandungi 15 episod telah mula disiarkan setiap Isnin dan Selasa bermula 5 Julai 2011 di TV9. 'Hilang' mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan. Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya Azrul kian pudar kerana Azrul sering diganggu oleh setiausahanya bernama Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina. Suatu hari, Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari berjalan-jalan bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut, Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan ke dalam wad mental. Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah, ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang 'kehilangan' ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina, anak kakaknya itu. Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun, demi kakak tersayang, Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahanya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi. Ketika menghadiri mesyuarat, Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih. Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |