Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 11 Jul 2011 03:55 PM PDT nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]> ANGGOTA polis (kanan) memeriksa dokumen salah seorang pelacur yang ditahan di Johor Bahru kelmarin. JOHOR BAHRU – Taktik satu sindiket pelacuran menggunakan sebuah rumah teres dua tingkat untuk melakukan aktiviti persundalan terbongkar apabila diserbu di Taman Setia Indah di sini pukul 11.30 malam kelmarin. Dalam serbuan itu, polis menahan empat pelacur Thailand berusia di antara 20 dan 31 tahun selepas disyaki melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut bersama tiga lagi lelaki tempatan. Difahamkan, ketika serbuan, salah seorang pelacur tersebut tidak sempat mengenakan pakaian dan meninggalkan coli yang dipakai di sudut bilik. Pegawai Turus Perjudian, Maksiat dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Deputi Supritendan Mohamad Abdul Hamid berkata, sindiket hanya membenarkan orang yang dikenali untuk memasuki premis dengan menggunakan kod khas. "Siasatan awal mendapati pelanggan dikenakan bayaran di antara RM150 dan RM400 untuk sekali perkhidmatan. Premis diserbu selepas kita menjalankan risikan sejak beberapa hari lalu. "Pelacur didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini," katanya yang percaya sindiket itu aktif sejak dua bulan lalu. |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |