Adsense

Ahad, 10 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Janji rock Que-Pekin

Posted:

Janji rock Que-Pekin

Janji rock Que-Pekin



DI ukur daripada penglihatan yang kasar, daripada jurus yang terpisah-pisah dan lekuk-lekuk perjalanan yang dilalui, dua lelaki berfizikal sederhana atas nama Que Haidar dan Pekin Ibrahim ini ternyata berbeza. Ibarat lahir dari pergunungan berlainan, seorang dari Banjaran Titiwangsa dan seorang lagi dari pergunungan Himalaya, namun kedua-duanya sedang berpaksikan tulang-belulang yang sama.

Mereka hidup dan bernafas, berkampung dan berpeluang mencorakkan karakter bertunjangkan seorang tukang cerita. Si tukang cerita itu ialah Mamat Khalid.

Bawah tukang cerita yang sama, inilah kali pertama Que dan Pekin disatukan dalam sebuah filem. Mungkin terlalu besar untuk diistilahkan sebagai keajaiban, tetapi keputusan Que untuk kembali beraksi di layar filem setelah hampir dua tahun 'bersara', ternyata memberi nyawa kepada jenama Rock yang memasuki siri kedua itu.

Pekin ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Perhitungannya mencari kiblat dan kitab sebagai rujukan api seni dalam diri semakin menunjukkan arah.

Ibarat bertemu guru yang tepat bagi memperbetulkan hukum tajwid dalam bacaan surah-surah lazim, pertembungan bersama Que, Mamat Khalid serta nama yang jelas pemburuannya seperti Soffi Jikan dan Khir Rahman membuahkan metamorfosis yang bukan sedikit ke atas Pekin.

Que Haidar menangis

Sudah dilukiskan watak Amy Mat Piah itu milik Que, tanpanya Rock Ooo tidak akan berhasil. Itu kata kunci daripada sutradara prolifik, Mamat Khalid ketika ditanya kebarangkalian khalayak untuk menyaksikan Rock Ooo jika Que masih membatu dengan prinsip untuk berhenti daripada lakonan.

"Saya cuma tidak mahu derhaka kepada skrip. Rock Ooo berkisarkan perjalanan Amy, Rimba Bara dan rock itu sendiri, tentang kasihannya Rimba Bara dan penghujungnya pula menggambarkan industri rock ketika itu," rumus Mamat saat Sensasi Bintang bertandang ke lokasi penggambaran filem terkininya itu di Ipoh, Perak, Rabu lepas.

Diangkat sebegitu penting oleh sang sutradaranya, Que seperti hilang kata-kata kerana sebenarnya, dia terjebak tanpa sengaja. Misi mengembalikan Que ke gelanggang lakonan bukan dilakukan Mamat seorang, sebaliknya pujian harus diberikan kepada Khir Rahman.

Dia yang bertindak sebagai orang tengah dan entah apa retorik Khir sehingga Que termakan oleh rayuannya.

"Untuk kali pertamanya, Khir telefon saya dan ajak datang untuk lepak-lepak di kafe Istana Budaya. Tanpa tahu apa-apa, saya datang dan sedar, rupa-rupanya itu mesyuarat tentang filem ini.

"Saya jadi gemuruh sampai tangan saya kesejukan. Benda itu berlarutan sehinggalah saya diberikan separuh daripada skrip. Semua ini kerana skrip, kerana naskhah Rock itu sendiri. Skrip yang terlebih dahulu khatam di tangan isteri saya Linda Jasmine.


REKAAN karakter membentuk stail Que dan Pekin saling tak tumpah seperti penyanyi dan gitaris rock zaman 90-an, begitu juga pelakon yang lain.


"Kemudian berjam-jam, Khir dan saya berborak dalam kereta, macam-macam kami bincang," Que menceritakan rentetan keterbukaannya untuk kembali ke gelanggang filem.

Air muka Que penuh keseronokan. Ghairahnya kepada lakonan kembali. Semua yang memacu keluar dari bibirnya tentang Rock 0oo, tentang pengalaman masuk set seperti budak baharu belajar berlakon, tentang insiden lucu dalam setiap babak penggambaran yang selesai dijayakan.

Mujarab sungguh penangan Rock Ooo sehingga 'rajuk' dan kebencian Que terhadap 'industri' seakan-akan terubat. Seperti kata Mamat, jiwa Que itu sangat rapuh.

"Hari pertama masuk set, saya berlakon macam kayu, rasa jiwa Que yang dulu telah hilang, saya tak jumpa. Saya takut tengok cara Soffi dan Khir, saya rasa kecil tak sebaris dengan mereka.

"Hari kedua, saya menangis di lokasi. Saya rasa tak boleh berlakon, masa itulah saya hantar mesej mengadu kepada Khir. Saya dah kata saya tak nak berlakon, tapi Khir yang suruh juga," mengekek-ngekek ketawa Que seiring bercerita.

Masih berbaki sebuah filem yang belum ditayangkan, Misteri Jalan Lima yang akan berada di pawagam tidak lama lagi, Que berkongsi dilema yang pernah menyelubung kecintaannya.

Pekin jumpa 'kiblat'

"Saya pernah benci dengan lakonan, saya langsung tidak menonton drama atau filem Melayu kecuali filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

"Ini filem ketiga saya bersama Mamat. Bagi saya, Rock Ooo skrip terbaik yang pernah Mamat hasilkan setakat ini. Saya berlakon bukan atas perancangan, tapi kerana skrip, pengarah, pelakon serta team produksi ini.

"Untuk berlakon lagi pada masa akan datang, saya tak pasti dan tak tahu lagi," kata Que yang diperhatikan Mamat.

Ujar sang sutradara, usahlah rajuk itu dipanjangkan cerita tetapi sebaliknya raikan semula cinta Que kepada lapangan kepakarannya ini.

Nama Pekin tidak pernah lekang daripada bibir seorang Mamat Khalid. Nama yang sering disebut-sebut sebagai anak muda jiwa seni yang bakal membawa sinar dalam lakonan.

Pekin sedar 'tanggungjawab' besar itu. Tidak mahu larut lama dengan awalan langkah ke alam seni yang mempunyai suntikan pengaruh glamor, dia kini bertemu mukim yang tepat.

"Jujurnya, saya berjumpa dengan kroni yang tepat. Abang Mamat, Bront, Khir, Soffi dan inilah tajwid saya. Saya jumpa dan saya jatuh cinta," ujarnya yang mengaku dulu mahu menjadi artis dan kini menamakan profesionnya sebagai pelakon.

"Bukan mudah untuk saya berada dalam kelompok ini. Saya hantar filem pendek sebulan satu kepada Abang Mamat dan minta komen dia.

"Begitu juga dengan Soffi, saya tunggu ajakan ke gudang miliknya dan apabila dia mempelawa, saya bertandang hari-hari," Pekin bercerita tanpa malu.

Demi bergelar pelakon yang punya isi, dia sempat mengembara ke Yogyakarta, kota seni untuk menggali kedalaman bidang lakonan. Berjuang mencari ilmu di negara orang, Pekin bakal menggenggam Diploma Perfileman dari Institut Seni Indonesia.

Tautan masa berjalan, kini anak muda dengan nama sebenar Mohd. Iznan ini berjalan membawa watak Slash atau nama rasminya Wan Sulaiman dalam naskhah Rock Ooo. Kata Mamat, Pekin tampak seperti Johnny Depp dalam filem ini.

"Slash sedikit advance daripada rockers yang lain. Bergaya dan waktu itu sudah pakai kasut Doc Mart. Dia adalah gitaris Rimba Bara menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Zack, lakonan Hasnol dalam Rock terdahulu," ujar peminat Daniel Day Lewis ini.

Tampil sebagai cameo dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebelum ini, Pekin merasakan tugas dalam filem kali ini terkandung cabaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nurul perjelas isu nikah

Posted:

Nurul perjelas isu nikah

Nurul perjelas isu nikah


PERNIKAHAN Munzil dan Nurul sudah disahkan Mahkamah Syariah Hulu Langat.


PENYANYI genit kelahiran program Akademi Fantasia musim kedua ini tidak pernah berdepan cerita panas. Wajah naif dan kadangkala pucat itu sering menghadirkan rasa yang tenang dan terkadang kasihan.

Nurul atau nama berdaftar Nurullah Zawawi, 29, baru-baru ini membikin gempar apabila bernikah di Narathiwat, Thailand.

Lokasi itu sering dipilih oleh pasangan apabila menghadapi masalah di negara sendiri. Narathiwat tidak asing bagi lelaki yang tidak mendapat restu isteri pertama tetapi kes Nurul sedikit berbeza. Dia tidak mendapat restu keluarga.

Muncul dalam satu sidang akhbar pada Rabu lalu di pejabat Global Advisory Consultancy Sdn. Bhd., Nurul dan suami, Mohd. Munzil Muhamad tampil memberi penjelasan tentang gempar yang mereka lakukan.

Mereka memberi penjelasan setelah ada hati yang terluka melihat pasangan ini berkahwin tanpa sebarang pemberitahuan. Lebih tepat lagi pasangan yang berkahwin pada 23 April ini tidak mendapat restu wali pengantin perempuan.

Kontroversi timbul selepas keluarga kandung Nurul di Sarawak memberikan kenyataan bahawa penyanyi berusia 29 tahun itu tidak menjemput mereka ke majlis perkahwinannya termasuklah bapa kandungnya, Zawawi Ali.

Membuka mulut mewakili isteri yang menjadi mangsa fitnah di Internet, Munzil bersuara:

"Saya tahu Nurul anak angkat ketika kami bertunang pada 4 Februari lalu. Sebelum kami bernikah, ada usaha dilakukan bagi menjejaki keluarga kandungnya di Sarawak dengan bantuan Jabatan Agama Islam Sarawak.

"Selepas percubaan itu gagal, saya serta isteri dan kedua-dua ibu bapa saya terbang ke Kuching untuk mencari keluarga Nurul dan ada berjumpa dengan penghulu tempat tinggal keluarganya namun, percubaan itu juga gagal atas sebab-sebab tertentu," ujar Munzil yang membuat empat laporan polis berhubung laporan berunsur fitnah sebuah portal berita Internet.

Sebagai ketua keluarga, Munzil banyak bersuara menghadapi masalah yang datang menerjah pada awal perkahwinan mereka.

Katanya, mereka mengambil keputusan bernikah di Narathiwat dan menggunakan seorang lelaki Thailand, Wan Husin Wan Ab. Rahman sebagai wali hakim berikutan usaha untuk mendapatkan kerjasama keluarga kandung Nurul gagal.

Nurul dan Munzil tertekan berikutan hari bahagia mereka sudah dekat tetapi isu nikah masih tersimpul.

"Bukan kami tidak berusaha untuk mendapatkan kerjasama mereka tetapi percubaan kami gagal. Saya tidak mahu masalah keluarga diperbesarkan, apa yang penting pernikahan kami telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat," kata Munzil lagi.

Nurul yang setia mendengar di samping suami yang membuka mulut memberitahu bahawa dia kini bersedia bertemu keluarga sebenar dan amat menghormati mereka sebagai keluarga kandung.

Niatnya ikhlas iaitu mahu menjernihkan suasana yang kelihatan keruh di mata khalayak dan di jiwa keluarganya.

"Saya memang tidak pernah berjumpa dengan mereka dan hanya mengenali wajah kedua-dua ibu bapa kandung ketika disiarkan sebuah saluran gosip televisyen.

"Ini masalah keluarga dan bapa angkat yang banyak mengetahui cerita sebenar pula sudah meninggal dunia," ujar Nurul yang menafikan dia menukar nama sebenarnya Nurullah Zawawi kepada Nurullah Abdul Hamid dalam setiap urusan rasminya.

"Saya dan suami akan berjumpa mereka kerana mereka tetap keluarga saya," kata Nurul lagi.

Tidak pernah berdendam dengan keluarga kandung dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam polemik ini, dia berharap agar tidak timbul sebarang persoalan berhubung status perkahwinannya.

"Apa yang penting sekarang, majlis perkahwinan saya sudah berjalan dengan lancar dan sempurna," tambah Nurul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Iqram alergi hipokrit

Posted:

Iqram alergi hipokrit

Iqram alergi hipokrit


SEBAGAI pelakon, Iqram merasakan perjuangannya kini adalah untuk mendapatkan kasih sayang dan cinta dalam bidang seni.


AKTOR ini sedang mencipta jalannya sendiri. Daripada hanya muncul sebagai pelakon sampingan dan pembantu, kini dia sudah mendapat kepercayaan sutradara untuk tampil sebagai pelakon utama.

Iqram Dinzly sedang menentukan jalan sebagai anak seni di bawah lembayung lakonan. Kini wajahnya dapat dilihat dalam siri Dewa Cinta yang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.

"Saya harap siri Dewa Cinta dapat mencipta fenomena tersendiri. Berdasarkan respons, saya lihat ia adalah sebuah fenomena selepas drama bersiri lakonan saya iaitu Ayoub," ujar Iqram.

"Terus terang saya rasa skil lakonan saya masih perlu diperbaiki. Nasib saya baik kerana dipertemukan dengan pasangan yang bagus dalam drama dan filem. Begitu juga dengan sutradara yang ada ikatan kimia dengan saya. Saya tidak boleh berlakon dengan orang yang 'kosong'. Saya tidak bagus, jadi perlu dipasangkan dengan orang yang bagus untuk keseimbangan lakonan," ujarnya yang mengaku mendapat banyak respons positif impak daripada lakonannya dalam drama Dewa Cinta bersama Fasha Sandha.

FESYEN

Saya berfesyen mengikut naluri hati. Saya pentingkan keselesaan dan pastikan apa yang saya pakai adalah lain daripada yang lain. Apa yang penting adalah selesa dan apa sahaja yang berkenan di hati saya.

RASUK

Saya sangat teringin watak dirasuk kerana tidak pernah ditawarkan dengan watak sebegitu. Saya rasa karakter dirasuk sangat mencabar untuk bermain-main dengan dua personaliti. Saya pernah 'terkena' pada usia 18 tahun dan akan meracau-racau antara sedar dan tidak. Dalam filem Rasuk, watak Melati dilakonkan dengan jayanya oleh Fauziah Ghous. Bukan mudah untuk membawa watak yang memerlukan tenaga ekstra apabila 'dirasuk'.

MISI

Makin lama saya rasa perjuangan saya adalah untuk mendapatkan kasih sayang dan cinta dalam bidang seni. Inilah yang ingin saya capai sebagai anak seni. Saya juga berjuang untuk memberi tauladan kepada masyarakat dengan watak-watak yang saya bawa. Memberi kebaikan kepada diri sendiri dan khalayak dalam melakonkan watak-watak kehidupan.

ALERGI

Waktu saya kecil hingga tingkatan tiga, saya mempunyai alergi yang membuatkan badan saya membengkak dan gatal-gatal seperti digigit nyamuk. Alergi ini berlaku selepas waktu senja. Kini saya hanya alergi kepada aerosol dan orang hipokrit.

DISIPLIN MASA

Individu perlu bekerja dengan cekap dan bijak. Perlu ada toleransi tentang keadaan dan masa. Banyak faktor lain yang perlu difikirkan dalam soal disiplin. Perlu ada keseimbangan. Fikir tentang baik dan buruk dalam membuat sesuatu tindakan. Jangan terlalu mengikut 'disiplin' hingga hilang keseimbangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.