Adsense

Ahad, 10 Julai 2011

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Datuk Siti Nurhaliza Akan Belajar Di UiTM

Posted: 10 Jul 2011 08:31 AM PDT

Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini dalam bidang muzik tidak lama lagi.

Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lepas.

Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.

"Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.

Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan.

Dr Sahol Hamid berkata UiTM sedang berbincang mengenai perkara itu dan sedia menerima Siti Nurhaliza yang berhasrat menyambung pengajiannya.

"Kita akan meneliti beberapa perkara dan menyambut baik hasrat Siti, lebih-lebih lagi kesediaannya membantu bersama-sama memungut dana untuk Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM yang ditubuhkan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya.

Siti Nurhaliza, melalui SimplySiti Sdn Bhd, bekerjasama dengan UiTM sempena konsert Malam Gala bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama syarikat milik penyanyi itu, yang diadakan di sini malam Sabtu.

Semua hasil jualan tiket konsert itu, yang dianggar berjumlah RM100,000 disalurkan kepada tabung MDAB UiTM, manakala SimplySiti turut menghulurkan RM30,000 selain sumbangan peribadi Siti Nurhaliza sebanyak RM10,000 kepada tabung berkenaan.

SimplySiti turut memperkenalkan dua koleksi terkini set kecantikan syarikat berkenaan iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition, yang menampilkan produk baru seperti Gorgeous Lip Color, Shimmer Blush serta Due Eye Shadow.

Pada konsert berkenaan, Siti Nurhaliza menyampaikan lima lagu termasuk 'single' terbaru album Inggerisnya, yang dijangka menemui peminat pada 9 Sept depan iaitu 'Falling In Love', selain berduet dengan penyanyi Aizat menerusi 'Lagu Kita'.

Selain Siti Nurhaliza, kira-kira 4,500 penonton konsert itu turut terpaku dengan persembahan legenda rock tanah air Amy Search yang menyampaikan dua lagu iaitu 'Kerja Gila' dan 'Isabella'.

Persembahan hampir empat jam itu turut diserikan dengan persembahan pelajar sekolah terpilih, penuntut UiTM, Aizat dan Ana Rafali serta diacarakan alumni UiTM Faizal Ismail.

Selain itu, Siti Nurhaliza turut menghadiahkan sebuah tas tangan koleksi peribadinya berjenama Prada kepada penonton bertuah menerusi cabutan khas.

Konsert berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh empat fakulti UiTM iaitu Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik; Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media; Fakulti Muzik serta Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.

Matkepoh- Memang murah hati Siti derma RM 10 ribu. Kita sama-sama la doakan agar di murahkan rezeki Siti ni. Bagus sangat Siti masih berminat nak sambung belajar walaupun dah hidup senang dan berjaya. Korang pun kena la contohi Datuk Siti ni..

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebelum Buat Konsert, Ning Baizura Timba Ilmu Di Luar Negara

Posted: 10 Jul 2011 08:13 AM PDT

Ning Baizura

Penyanyi Ning Baizura, ingin menimba ilmu dengan menyaksikan beberapa konsert di luar negara sebelum mengadakan konsert sendiri pada 2 dan 3 Disember 2011.

Menurut Ning, dengan cara itu, dia dapat mempelajari teknik-teknik pencahayaan serta sistem audio agar dapat diaplikasikan ke dalam konsertnya yang akan diadakan di KL Life Centre itu.

"Konsert saya nanti akan mengeluarkan kos sebanyak hampir RM1 juta dan saya mahu melakukan yang terbaik buat peminat-peminat saya.

"Justeru itu, untuk langkah pertama, saya akan menyaksikan konsert Celine Dion di Scissor Palace, Las Vegas pada 21 Julai depan.

"Lagipun tiket konsert ini sudah pun dibeli oleh suami, Omar Sharif, awal tahun ini. Katanya ini bersempena dengan hadiah hari jadi saya yang ke 36 tahun pada 26 Jun lepas," katanya yang ditemui pada pelancaran album Ning, Dewa di Zouk, di sini, Jumaat.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Mama Papa ini, dia juga akan menyaksikan konsert-konsert lain serta persembahan akrobatik.

Dalam pada itu, selepas menyaksikan beberapa konsert di beberapa lokasi di luar negara, dia akan melawat anak-anak suaminya dia United Kingdom (UK).

"Mungkin kami akan menyambut Hari Raya di sana dan ini merupakan kali pertama beraya bersama keluarga Omar.

"Malah saya turut membawa ibu saya, Stella ke sana dan saya percaya sambutan Hari Raya pada tahun ini tentu meriah!" Ujar Ning bersemangat.

Sementara itu, Ning akan mengadakan persembahan konsert amal di beberapa lokasi di London dan Nottingham pada Mac tahun depan.

Malah Ning turut akan membuat konsert mini jelajah di setiap Universiti di UK untuk menghiburkan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Matkepoh- Wow! nak buat konsert kos RM1 juta, mesti meletup-letup konsert Ning nanti. Bagus la sanggup timba ilmu hingga ke luar negara.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , , , ,

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.