Adsense

Ahad, 19 Jun 2011

Zon Artis

Zon Artis


Kak Pora (BiPop) Kecewa Dengan Ana Raffali

Posted: 19 Jun 2011 05:19 PM PDT

GAMBAR BOGEL DAN SEKSI ANA RAFFALI

Membaca apa yang ditulis oleh Kak Pora (BiPop) mengenai Ana Raffali ini, bukan Kak Pora seorang sahaja yang kecewa, kami juga turut kecewa malah kami berani jamin, pasti ramai lagi yang akan kecewa dengan Ana Raffali selepas membaca cerita Kak Pora ni.


KAK Pora tak terkejut pun mendengar cerita yang kurang sedap didengar mengenai perangai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ini. Silap hari bulan, karier seni Ana Raffali yang baru mengembang tak mustahil menguncup dalam masa terdekat.

Bukan Kak Pora nak mendoakan yang bukan-bukan. Namun mendengar satu persatu kisah Ana, Kak Pora jadi naik rimas. Takkan baru mula popular dah nak buat perangai. Jangan cepat mendabik dada dan mudah hanyut dengan kejayaan kerana semua itu bersifat sementara.

Selepas hubungan dingin dengan komposer yang menaikkan namanya, Aidit Alfian dan terbaru, kononnya bersengketa dengan Sohaimi Mior Hassan, tak mustahil selepas ini akan ada lagi pihak yang mungkin bermusuh dengannya. Ada orang kata, Sohaimi tak sanggup lagi nak lihat Ana yang kononnya sudah membuat onar kepadanya.

Sebelum ini, Ana sendiri mengejutkan ramai pihak selepas kejayaannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 dengan membuat keputusan menarik diri daripada pengurusan syarikat Indah Karya Sdn Bhd milik Aidit. Semudah dan sepantas itu, Ana mula dicop sebagai kacang lupakan kulit. Selepas tiga tahun bersama syarikat itu, Ana memilih untuk diuruskan syarikat miliknya bersama kekasihnya, Naim.

Malah, Kak Pora dapat tahu, Aidit dan isterinya, Zaza pun tak sangka Ana cepat berubah sikap. Pasangan suami isteri itu yang mula-mulanya menatang Ana seperti minyak penuh juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Iyalah, siapa pun yang berada di tempat mereka tentu terguris hati.

Selepas itu, ada lagi cerita kurang enak timbul. Nak cerita panjang tak muat rasanya ruangan ini. Rupa-rupanya idea berbaju kurung dan imej bergitar itu bukan cetusan idea Ana sendiri, sebaliknya pencetusnya ialah Aidit.

Kononnya selama ini, imej Ana itu atas naluri dan minatnya sendiri. Paling lucu, Kak Pora dapat tahu, Ana sebenarnya bukan pandai sangat pun main gitar, lagak macam hebat main gitar tetapi dia cuma tahu asas petik gitar saja. Auta saja lebih…

Kak Pora juga dapat tahu, Ana dulu pernah juga pakai singlet sebelum dia popular. Tetapi sekarang, lagaknya ala-ala perempuan bersopan santun gitu. Gediknya boleh tahan juga. Tapi itu hak Ana sebagai manusia. Kak Pora tiada hak untuk melarang. Cuma, tak mahulah kalau Ana sekadar nak berpura-pura. Mungkin dengan apa yang dilalui Ana sekarang, dia terpaksa menjadi hipokrit kerana terikat dengan gaya berbaju kurung ketika membuat persembahan itu. Entahlah Kak Pora tak tahu nak cakap apa lagi. Lantaklah kau Ana…

KAK PORA: Dah ramai pun artis jadi berlagak tak bertempat sebab khayal dengan populariti, akhirnya sekarang nama mereka suam-suam kuku saja.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.