Adsense

Ahad, 19 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Si lembut dalam karakter

Posted:

Si lembut dalam karakter

Si lembut dalam karakter



DIALOG 'kita bakor, kita bakor' sungguh luar biasa impaknya. Kalau tidak keramat sekali pun, barangkali itulah dialog daripada filem Melayu abad ini yang paling banyak terletus daripada bibir ramai. Bukan untuk bakar rumah Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) sahaja, bahkan kepada penonton HKBR, istilah itu menjadi ayat jenaka masyarakat mutakhir ini.

Pantas sahaja si lembut berkerusi roda, Usop Wilcha atau nama pentasnya Shy8, menjadi sebutan. Tidak selesai di situ, sekali lagi dia mencipta fenomena.

Selain perkembangan lebih mengancam dalam filem sekuel Zombie Kampung Pisang, berjudul Hussien, Moon dan Jin Pakai Toncit yang masih disimpan untuk tayangan umum, Usop disunting stesen radio Hot FM. Dia menjadi ayam tambatan baharu stesen itu dalam persaingan menawan telinga pendengar.

Ketika disapa angka 46 tahun, Shy8 diberi tugas berkolaborasi bersama barisan penyampai popular seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG dalam Hot Fm Am Krew. Secara rasmi, komitmennya di konti radio bermula sejak 16 Jun, Khamis lalu.

Lonjakan kepanasan Shy8 sedang memuncak namun terbit persoalan, adakah tiada kegusaran di benak anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu, kalau-kalau bakat yang sedang diaplikasi, kelak hilang aura di sebalik populariti.

"Apa yang saya peroleh hari ini bukan sesuatu yang saya kejar selama ini. Sungguh, saya tidak pernah kerja keras untuk jadi popular, mungkin ini semua ibarat angin lalu. Saya tak tahu.

"Kita tak perlu takut kepada kejatuhan, sebaliknya Allah yang menentukan. Saya anggap ini ketentuan Allah, saya diberi peluang sebegini, tentu ada sebabnya.

"Cuma saya risau, pasti ada sebab kenapa saya diberikan peluang sebegini, takut akan dipersoalkan Allah, apa sumbangan saya nanti. Jadi saya kena bersikap positif, jatuh atau sakit, kita kena positif," tuturnya persis ahli falsafah.

Pernah mahu berhenti daripada menjadi anak seni, penjawat tugas Pengurus Komunikasi Korporat, Tanjung Offshore Bhd. itu memberitahu: "Saya fikir karier seni saya sudah berada di penghujung.

"Saya sendiri pernah mahu berhenti daripada menjadi anak seni. Saya hanya penyanyi dan tiada minat dalam lakonan, tapi pengarah filem, Mamat Khalid yang meyakinkan saya supaya berlakon.

"Sama hal juga dengan tawaran Hot FM ini. Apabila orang luar yang nampak saya, pasti ada alasan sementelah saya memang berminat mahu jadi penyampai radio. Ia ibarat pucuk dicita ulam mendatang," ujar Shy8.

Kurang pasti tentang karakter yang harus dibawa sepanjang berada di konti, Shy8 masih menunggu respons. Dia menerima apa jua kehendak pendengar terhadap dirinya.

Isteri izin jadi lembut


SISI lembut sebagai Usop Wilcha yang kononnya bekas penari kebudayaan dalam filem Mamat, Hantu Kak Limah Balik Rumah memberi impak berganda kepada Shy8. Sampai bila aura Usop Wilcha itu mampu bertahan sementelah setiap hari suaranya kini ke udara di Hot FM?


"Saya ikut sahaja keselesaan pendengar, panggillah saya Shy8 atau Usop. Dalam konti, saya tidak terlibat dengan bahagian teknikal, cuma diminta menyuntik elemen komedi.

"Mungkin ada jurang generasi, maklumlah saya ini generasi X, mereka (Fara, Faizal dan AG), generasi Y, tapi jurang generasi itu yang akan memeriahkan konti," katanya yang tidak mahu dicop penerus tradisi pelawak di konti seperti yang berlaku di stesen radio lain.

"Saya bukan pelawak, saya hanya pelakon yang membawakan watak komedi. Saya cuma ada jiwa komedi dan suka bergurau.

"Sama ada saya akan memberi kebaikan atau memburukkan situasi, saya tidak berani janji sebab saya hanya menyelit di tengah mereka yang lain," katanya.

Bersulam-sulam antara karakter Usop dan Shy8 sepanjang pertemuan, pemilik nama Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail itu bertegas, dia harus pandai mengadun imej, biar kena dengan situasi.

Dia serius jika berurusan rasmi melibatkan kerja-kerja komunikasi yang dipikul, cuma apabila kerap disapa Usop, maka karakter lelaki lembut itu secara automatik terbias ke wajahnya.

"Ciri-ciri lembut Usop Wilcha itu kombinasi daripada watak dalam Zombie Kampung Pisang dan

HKLBR.

"Saya buat keputusan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan karakter sebenar saya, Shy8, lelaki budiman, yang pernah ada album tapi tak laku.

"Mulanya saya berdilema juga untuk bawa watak begitu. Perasaan takut ditolak keluarga dan rakan-rakan itu ada, tapi bila sudah popular, saya ada platform untuk bertemu media dan menjelaskan situasi sebenar," katanya yang turut mendapat izin isteri dan keluarga untuk pembawaan Usop, sehabis baik.

Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 10 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, apa yang berlaku ke atasnya, ada rahsia dan hikmah yang besar.

Menyelak sedikit kisah silamnya, Shy8 mengakui, hidupnya pernah terkontang-kanting mencari arah selepas satu-satunya album nyanyiannya, Terasing Di Bumi Sendiri tidak dipedulikan umum.

"Saya kecewa lalu balik kampung pada tahun 1998. Sekitar dua tahun juga saya tak tahu apa yang saya lakukan.

"Kemudian saya dekatkan diri dengan agama. Dari situ, saya mula berjinak-jinak dengan kelab-kelab bukan kerajaan dan bertemu dengan masyarakat. Sehinggalah saya kembali berkeyakinan untuk pulang semula bekerja di ibu kota," katanya.

Begitu juga dengan soal kelewatan berkahwin, itu semua berpunca daripada kegusarannya yang tidak bersedia berdepan hidup yang lebih besar.


BERGABUNG bersama Faizal, Fara serta seorang lagi penyampai Hot FM, AG. Mereka berempat menjadi taruhan terbaru untuk 'membakor' konti pagi stesen radio itu.


"Apabila saya buka diri untuk berkahwin, Tuhan permudahkan jalan hidup saya.

"Nasihat saya kepada sesiapa yang takut untuk berkahwin, segerakanlah kerana Tuhan itu tidak akan menganiayai hambanya, asalkan kita ikhlas," ujarnya.

Bahagia mampu bergelar bapa, kehadiran Caliph juga mengeratkan lagi hubungannya suami isteri.

Mempunyai anak juga memberi satu kekuatan kepada Shy8 untuk bekerja kuat mencari rezeki. Percaya kata hati, dia yakin Tuhan ada alasan kenapa martabatnya diangkat untuk dikenali pada usia selewat ini, ketika sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak.

"Kalaulah semua ini datang ketika saya di usia muda, mungkin saya tidak berfikiran seperti hari ini.

"Sekarang saya ada nilai seorang lelaki yang sudah berkeluarga.

"Jadi pergerakan lebih tersusun dan matang. Insya-Allah, Hot FM tidak silap menyunting saya. Saya boleh bercakap dan kongsi banyak benda hasil perjalanan hidup selama ini," katanya bersaksikan Fara dan Faizal yang berada di sesi fotografi Selasa lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tom harap tuah tubuh seksi

Posted:

Tom harap tuah tubuh seksi

Tom harap tuah tubuh seksi



LANGKAHNYA memasuki bidang seni bersandarkan status juara program realiti My Starz LG musim ketiga menjadi titik tolak kepada kisah-kisah peribadinya.

Gara-gara salah percaturan barangkali juga prasangka manusia, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 26, dibelasah sekumpulan lelaki hingga lebam-lebam tubuhnya, Julai tahun lalu.

Tragedi itu ada baik dan buruknya. Namanya dikenali. Namun, album pertamanya, Redha yang dilancarkan November 2010 sukar mencuri tumpuan ekoran insiden itu.

Selepas single pertama Lagu Untuk Kuala Lumpur dan ketika semangatnya berkobar-kobar untuk promosi single kedua, Redha, tumpuan tergugat pula dek cerita putus tunang awal minggu ini.

Tom hadir dengan konsep rock tetapi imej seksinya dikatakan tidak sesuai. Apa yang sebenarnya yang dicari janda muda beranak satu ini?

Sensasi Bintang: Ketika penerimaan ramai terhadap karier nyanyian anda semakin positif, muncul pula cerita anda putus tunang. Nampaknya karier anda perlu menempuh jalan yang sukar.

TOM: Memang sukar. Saya kena berdepan macam-macam situasi yang tidak memihak kepada saya. Sangat tak seronok tapi saya kena teruskan juga, kena bersedia dengan segala kemungkinan, tak kisahlah apa orang nak cakap.

Jadi cerita putus tunang itu tidak betul?

Bukan putus, kami masih ada ikatan cuma ada benda yang tak perlu saya ceritakan. Sekarang saya mahu relaks, malas mahu fikir. Tak sangka orang sedang perhatikan kisah peribadi saya sampai begitu sekali, lantaklah.

Ia kedengaran seperti ada pihak yang masih tidak puas hati dan bermusuh dengan anda?

Bukan musuh, mungkin ada yang tidak suka melihat saya hidup senang. Saya berharap peminat akan terus menyokong sebab saya kena terus mencari duit untuk tanggung hidup saya serta anak saya, Adam (Megat Ariel Shakur Mohd. Farhan) yang baru berusia tiga tahun.

Pernah rasa putus asa?

Ada juga rasa begitu terutamanya bila banyak mulut yang tak pernah puas bercerita tentang kisah silam saya. Setiap orang ada sejarah hitam, saya juga begitu tapi saya juga boleh berubah.

Saya anggap orang yang suka memburuk-burukkan saya adalah orang yang tidak puas hati dengan saya, mungkin mereka tidak ada apa yang saya ada dan sebaliknya. Mungkin sikap saya tidak pandai bermuka-muka ini tidak disenangi.

Sekarang anda nampak semakin seksi, sudah berani pakai dres pendek sampai ke paha, adakah seksi jadi jalan pintas untuk menjual bakat?

Seksi ke? Saya cuma pakai apa yang dirasakan sesuai dengan pekerjaan dan keselesaan saya. Walaupun ada album tapi saya juga menyanyi di kelab-kelab malam bersama band saya.

Pakaian untuk menyanyi di kelab malam, faham-faham sahajalah. Sebenarnya, saya ada dua personaliti, dulu saya ala-ala tomboi, tapi ibu saya mahu saya lebih feminin.

Bila saya meningkat dewasa, saya pun mahu kelihatan cantik macam orang lain juga. Rasanya saya masih berpakaian yang kena dengan tempat.

Anda bawa lagu imej rock jadi tidak perlu tampil seksi, lagipun status janda anak satu lebih mudah dipandang serong.

Rasanya pakaian tidak seratus-peratus melambangkan imej. Pakai seksi tetapi kalau masih ada jiwa rock, saya tetap boleh rock. Saya selesa dan semua orang berhak pakai apa yang mereka suka, tak kiralah isteri orang, ibu, tua atau muda. Inilah imej saya dan saya selesa.

Setakat ini, adakah anda sudah bertemu hala tuju dalam bidang nyanyian ini?

Saya baru masuk ke dalam industri tetapi masih terheret dengan cerita ketika belum menjadi artis. Saya baru berumur 26 tahun tetapi telah berdepan banyak pengalaman yang menyakitkan, itu semua memberi impak kepada karier saya.

Pengalaman mematangkan saya. Saya boleh pergi lebih jauh daripada sekarang jika tidak tercemar dengan kontroversi bodoh.

Saya ada benda yang boleh ditonjolkan tetapi kena ambil sedikit lagi masa. Saya tetap mahu menjual bakat saya dan yakin boleh berjaya pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert orang lama, jiwa baru

Posted:

Konsert orang lama, jiwa baru

Konsert orang lama, jiwa baru


GRUP 'otai' negara, Blues Gang dan Sweet Charity bakal menggegar di Stadium Merdeka pada 9 Julai kelak.


ADA sesuatu yang menyengat, tajam dan berbisa menusuk kalbu apabila orang lama kembali gagah. Tanpa perlu berkira-kira tentang estetika dalam roh seni yang diperjuangkan, semangat mereka yang enggan pudar serta tidak pernah mati itu yang harus dikagumi.

Mereka bangkit bukan untuk terus dijulang seperti pada era kegemilangan tetapi meneruskan legasi yang masih berbukit impaknya di mata umum.

Nama-nama seperti D'lloyd, Sweet Charity, Ramli Sarip, Blues Gang, Alleycats bahkan Wings dan Search bukanlah hiburan anak-anak muda yang baru mengenal muzik, bukan juga kepada pencinta ribut K-Pop yang sedang melanda jiwa remaja.

Mereka juga tidak berhajat untuk menyerang peminat muzik generasi baru.

Tetapi harus diingat, apabila orang lama kembali memetik gitar, memukul dram dan mengaumkan vokal yang pernah menggegar negara, pasti banyak jiwa akan meronta untuk kembali ke momen nostalgia.

Baru-baru ini juga, Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa menampilkan pelantun sebenar irama 60-an seperti Hussin Ismail, A. Halim, L. Ramlee, Fatimah M. Amin, J. Sham dan Datuk Ahmad Jais sebagai daya tarikan dalam teater muzikal yang menampilkan artis baru sebagai pemain utamanya itu.

Akan datang, gegaran lebih terasa apabila tiga nama besar Ramli Sarip, Blues Gang dan Alleycats mengumumkan konsert besar yang bakal mereka adakan.

2 RAKSASA 2011

Artis: Sweet Charity vs Blues Gang

Tarikh: 9 Julai 2011

Lokasi: Stadium Merdeka

Dua grup dengan nama cukup gah dan perkasa bakal menggegarkan lapangan Stadium Merdeka.

Lama tidak keluar dengan produk mahupun persembahan berskala besar, ini adalah masa yang tepat buat Sweet Charity dan Blues Gang menghembuskan lagu-lagu popular dan bertenaga mereka buat nyanyian bersama khalayak.

Ujar Ito, sang vokalis mewakili Blues Gang, mereka akan menyanyikan lagu malar segar kegemaran ramai tetapi disuntik dengan nafas baru.

"Pada Konsert 2 Raksasa 2011 kelak, kami akan menyanyikan sekurang-kurangnya 10 buah lagu, termasuklah lagu wajib seperti Mak Siti, Apo Nak Dikato, Khatulistiwa dan Oh Mama, Saya Mahu Kahwin," ujarnya mewakili anggota yang lain iaitu Julian Mokhtar (gitar), Ghani Abu Talib (keyboard), Jim Madasamy (bass) dan Shaik Karim (dram) serta seorang anggota baru iaitu Azizi Isnin (gitar).

Buat vokalis Sweet Charity yang sekali gus digelar Papa Rock, Ramli Sarip, konsert itu punya momen tersendiri buat mereka. Ini adalah tahun ke-27 mereka mengadakan konsert sejak konsert pertama pada tahun 1984.

"Konsert 2 Raksasa 2011 merupakan kesinambungan konsert pertama kami yang diadakan pada tahun 1984.


TAHUN 1984, Sweet Charity muncul di Stadium Merdeka. Tahun ini mereka bakal menjejakkan kaki di situ lagi.


"Konsert ini bakal mengembalikan nostalgia dan mengubat kerinduan peminat Blues Gang dan Sweet Charity yang bukan sahaja terdiri daripada golongan lama tetapi juga muda," kata Ramli pada sidang media Konsert 2 Raksasa 2011 di Kuala Lumpur.

Yakin genre rock dan blues boleh disatukan di atas satu pentas, Ramli juga merasakan ia bakal menjadi kenangan terindah buat penyokong mereka selama ini.

"Ia bakal menjadi sejarah. Saya teringat ketika Konsert Raksasa pada tahun 1984, banyak dugaan yang kami tempuhi dan ia menjadikannya satu memori yang sangat istimewa," ujar Ramli mewakili Rosli Mohalim (gitar), Ahmad Jaafar (keyboard) dan Rahman Sarbani (dram).

"Sweet Charity akan mempersembahkan lagu-lagu wajib seperti Teratai dan Kamelia kerana ia adalah permintaan daripada peminat sendiri.

"Tidak akan ada gimik yang dilakukan, tetapi daripada 20 buah lagu yang akan kami persembahkan, terdapat enam buah lagu yang jarang dinyanyikan dalam persembahan sebelum ini," ujarnya.

Mengulas tentang energi untuk mengawal sebuah konsert berskala besar, ini bukan masalah buat jentera-jentera muzik hebat ini.

"Rasanya tidak timbul masalah tentang stamina kerana kami menyanyi menggunakan teknik tertentu dan bukan menggunakan kudrat.

"Biarpun kami sudah agak lama tidak muncul di televisyen tetapi kami masih aktif sebagai penyanyi. Kami mampu melakukannya," ujar Ito atau nama sebenarnya Mohd. Arid Kedut.

Tiket konsert yang dianjurkan oleh Netzah Productions Sdn. Bhd. itu dijual pada harga RM73 dan boleh didapati di laman web www.airasiaredtix.com.

Sebarang pertanyaan, hubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music.


MOMEN Alleycats bersama mendiang Loga (tiga dari kiri).


ALLEYCATS SAMPAIKAN SALAM

Artis: Alleycats

Tarikh: 16 hingga 18 September 2011

Lokasi: Istana Budaya

Sudah 43 tahun Alleycats bersenandung dalam industri seni tanah air. Dalam usia mencecah empat dekad itu, grup ini merupakan pemuzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar Melayu.

Kali ini mereka bakal bersenandung lagi membawakan lagu-lagu mereka yang terpahat jelas di minda pencinta mereka. Sebelum ini, mereka mengadakan Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats di Istana Budaya pada tahun 2007.

Jika dikenang kembali, konsert amal lalu diadakan bagi memberi penghormatan kepada Loganathan, anggota kumpulan Alleycats yang meninggal dunia akibat barah paru-paru pada Jun 2007 selain mengisi dana Yayasan Paru-paru Malaysia.

Tanda tarikh 16 hingga 18 September ini kerana Alleycats bakal muncul kembali.

"Ini kali keempat kami mengadakan konsert tanpa Loga. Masih rasa asing sebenarnya. Konsert ini adalah sempena ulang tahun ke-43 kami dalam dunia hiburan sekali gus sebuah tribut buat Loga juga," ujar David yang menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama mereka berkolaborasi dengan orkestra tradisional.

Dalam konsert 90 minit ini, anak Loga iaitu Priyadashini, 24, bakal menyanyikan lagu-lagu bapanya. Sebuah peringatan buat sang ayah yang telah pergi pada Jun 2007.

Membuktikan jiwa kental mereka sebagai anak Malaysia, grup ini bakal membawakan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, India, Cina dan Melayu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.