OHBULAN! |
Nabil Masuk Merisik Pramugari, Akan Akhiri Zaman Bujang? Posted: 19 Jun 2011 10:45 PM PDT Setelah hubungan yang tidak kekal panjang bersama Irma Hasmie, kehidupan peribadi Nabil makin menjadi perhatian apabila timbulnya kontroversi gambar ciumnya bersama pelakon Qasha, sekitar November 2010. Sejak itu, Nabil mula bersikap low profile & kini dia mencipta imej semula dalam program tontonan ramai, Maharaja Lawak. Hari ini, OHBULAN! pasti Nabil ingin mengorak langkahnya semula & bersikap serius dalam hubungan cinta. Menurut cerita sumber, Nabil telah pun masuk merisik seorang gadis yang dipercayai bekerja sebagai pramugari sebagai teman hidup. Gadis tersebut yang dikenali sebagai Zira, pernah kami paparkan dalam artikel Kekasih Baru Nabil Raja Lawak, Pramugari Yang Cun Meletup! Andai kata benar berita yang kami terima ini, kami ucapkan tahniah buat Nabil & Zira. Harap, Nabil jangan nakal-nakal lagi ye! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lamborghini Murcielago Pecah Berderai Di Lebuhraya Sepang! Posted: 19 Jun 2011 09:48 PM PDT Epik gila! Kita dah biasa dihidangkan dengan kancil turbo mahu pun wira convert dimamah jalan, namun pemandangan Lamborghini Murcielago pecah berderai bukan satu perkara biasa. Sempena JapanGT yang berlangsung di Sepang pada Sabtu & Ahad lepas, nampaknya pemandu Lamborghini tempatan ini masih tidak puas berentap di atas litar & cuba bermain emosi dengan pemandu BMW M5 di lebuhraya berkenaan. Kata saksi yang dikenali sebagai ERICMAXMAN, insiden tersebut terjadi apabila pemandu Lamborghini cuba mengejar pemandu BMW M5. Ekoran daripada terlalu laju, pemandu Lamborghini tercucuk bahagian belakang BMW M5 & hilang kawalan, langsung terbabas. Tiada kepastian sama ada pemandu Lamborghini ini selamat, atau menangis di sisi jalan melihat keretanya retak 1000. Bak kata pepatah, selaju-laju Lamborghini, akhirnya berderai juga langgar BMW M5. Kredit berita : Blogserius, Ericmaxman. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |