Adsense

Rabu, 8 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Astro Lancar Astro MyMusic Sempena Hari Merdeka

Posted: 08 Jun 2011 11:08 PM PDT

KEHARMONIAN 1MALAYSIA DI ASTRO MYMUSIC SALURAN 318

KUALA LUMPUR, 8 Jun 2011 – Astro dengan berbesar hati ingin menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan 1Malaysia dengan menghantarkan video muzik yang unik untuk disiarkan di sebuah saluran khas iaitu MYMUSIC (Saluran 318) bermula 31 Ogos hingga 16 September 2011.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 54, projek khas ini dilancarkan bagi meraikan Negara Malaysia yang sememangnya kaya dengan adat budaya dan warisan pusaka yang pelbagai. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput untuk menghantarkan video muzik bertemakan Malaysia yang menampilkan bakat muzikal mereka yang tersendiri dalam apa juga format seperti persembahan yang diasaskan daripada alat-alat muzik atau vokal yang menggunakan alat muzik tradisional, lagu-lagu rakyat tempatan, persembahan menggunakan alat muzik yang dipalu, persembahan muzik alternative (seperti beat box, rap dan sebagainya) dengan menerapkan lirik lagu yang asli dengan elemen Malaysia untuk menggambarkan kehidupan masyarakat Malaysia. Kami menyeru rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk berfikir secara kreatif dan berfikir di luar kotak.

IMG_2114

Ketua Pegawai Operasi Astro, Encik Henry Tan berkata, "Astro amat berbesar hati untuk meraikan 1Malaysia yang penuh harmoni melalui video muzik yang menerapkan bunyian indah elemen tempatan. Di seluruh dunia, muzik itu sendiri sebenarnya merupakan sebuah elemen bahasa yang cukup universal yang mana ia mampu menyatukan kita sekaligus merapatkan hubungan sesebuah komuniti. Elemen penting ini amat diperlukan oleh bidang-bidang seperti hiburan, pendidikan serta penyembahan. Muzik ialah sesuatu yang sudahpun berakar umbi dalam komuniti kita sejak dahulu lagi. Sejarah membuktikan Malaysia kaya dengan sejarah budaya seperti lagenda yang tersohor seperti P. Ramlee dan Sudirman, alat muzik tradisional seperti angklung, sape dan gendang serta muzik yang terhasil daripada kombinasi vokal, tarian dan muzik teaterikal seperti mak yong, dikir barat, dondang sayang dan boria. Kami amat mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menonjolkan sisi kreatif yang tersendiri dan kongsi semangat kenegaraan masing-masing bersama kami menerusi muzik – sebuah medium komunikasi yang paling universal."

Tan turut menambah, "Muzik yang terhebat akan berkumandang terus daripada hati, jadi kami sudah tidak sabar lagi untuk mendapat inspirasi daripada muzik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia. Sebagai sebuah platform pertama yang menghimpunkan muzik video tempatan yang dihasilkan sendiri oleh rakyat Malaysia secara umumnya, harapan kami ialah untuk mengembangkan lagi industri pengisian kandungan kreatif tempatan dengan menjemput golongan belia Malaysia untuk turut serta dalam kempen MYMUSIC. Sebarang penyertaan tidak perlu mengikut atau merujuk mana-mana contoh yang khusus dan boleh digubah secara berkumpulan, persembahan solo, menggunakan alat-alat muzik – atau apa sahaja yang boleh meraikan semangat Malaysia menerusi elemen muzik atau bunyi. Kami di sini menjemput orang ramai untuk berfikir secara kreatif."

Dato' Borhannudin Osman, Pengarah Eksekutif Rangkaian Radio AMP berkata, "Di dunia yang serba luas ini, muzik mempunyai kuasa untuk melangkaui segenap halangan bahasa sekaligus berupaya untuk menyatukan rakyat yang mempunyai latar belakang berbeza daripada segi umur, bangsa dan agama. Pihak AMP berasa amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen MYMUSIC dan akan memberi sokongan padu melalui kumpulan on-ground yang sudah bersedia untuk terlibat secara aktif dalam mengumpulkan koleksi video yang dihantarkan oleh orang ramai. Kami juga turut mempromosikan tentang kempen ini secara on-air dan online bagi menggalakkan orang ramai untuk menghantarkan penyertaan mereka. Personaliti-personaliti radio kami yang bernaung di bawah 9 stesen radio AMP akan turut menghasilkan video muzik istimewa untuk disiarkan menerusi saluran MYMUSIC untuk menggalakkan orang ramai menyanyikan lagu 1Malaysia."

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar video muzik yang turut menampilkan elemen budaya Malaysia, bahasa serta muzik tempatan dalam format video (tidak lebih dari 5 minit) ke Pusat Penyiaran Astro Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2011. Muzik video ini akan disiarkan di MYMUSIC (Saluran 318) bermula 31 Ogos hingga 16 September 2011.

Astro dan Rangkaian Radio AMP juga akan bekerjasama untuk mempromosikan kempen MYMUSIC secara on-air, online dan on-ground bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian.

Untuk keterangan lanjut mengenai MYMUSIC, sila layari www.astro.com.my/mymusic

Tags: , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pelancaran Rasmi Astro MUSTIKA di Mid Valley Megamall
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Astro 2010
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Dato' Siti Nurhaliza Dah Ada Saluran Istimewa Sempena Merdeka
  • Gambar Bunga Api di Sambutan Merdeka Dataran Merdeka
  • BWF Sudirman Cup World Team Badminton Championships, ARAG World Team Cup
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Astro Lancar Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti
  • Astro Lancar NEGARAKU THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sekitar Sidang Media Anugerah Planet Muzik 2011

    Posted: 08 Jun 2011 07:47 PM PDT

    Majlis Sidang Media Anugerah Planet Muzik 2011 telah pun berlangsung di Hard Rock Café, Kuala Lumpur semalam (8 Jun, 2011 pada jam 3.00 petang).

    Tahun 2011 ini, industri hiburan kita sekali lagi akan diwarnai dengan acara yang berprestij, Anugerah Planet Muzik (APM). Bakal berlangsung pada Jumaat, 15 Julai 2011 bertempat di Max Pavilion, Singapore Expo, jam 8.30 malam. Adakah anda teruja atau adakah sudah lupa tentang kewujudan anugerah ini lantaran terhenti pada tahun lepas?

    Tonton Video Sekitar Sidang Media APM 2011 semalam:

    PART 1

    PART 2

    Walaupun sudah setahun Budiey tidak menyaksikan anugerah ini, namun kenangan sewaktu menghadiri APM di tahun-tahun sudah masih berada di ingatan. Namun, semasa sidang media berlangsung semalam, nampaknya banyak sekali isu-isu dan kontroversi yang dibangkitkan media.

    Terhenti seketika tidak bermakna anugerah serantau ini hilang lenyap begitu sahaja. Sedar tak sedar, tahun ini APM menjangkau usianya yang ke 10. APM selama 9 tahun penganjurannya, telah berjaya menghimpun ratusan pemuzik, karyawan, artis dan peminat muzik serantau dari pelusuk Singapura, Malaysia dan juga Indonesia. Misi APM menyatu padukan muzik dan juga rumpun bangsa di rantau ini tidak dapat dinafikan keberkesanannya. Pelbagai impak positif telah berjaya diketengahkan oleh pihak APM.

    Idea yang dilontarkan oleh saudara Amin Hussein sebelas tahun yang lalu mendapat sokongan baik daripada pihak Mediacorp. Di tahun pertama APM dianjurkan, ianya menerima maklum balas yang tidak begitu memberangsangkan. Tapi kini APM mampu mendabik dada kerana program ini telahpun ditonton oleh jutaan peminat daripada sekitar Singapura, Indonesia dan juga Malaysia.

    Sekiranya dilihat daripada sejarah Singapura, seawal tahun 1960-an, negara ini telahpun mempunyai budaya muziknya yang begitu kuat dan jitu. Pilihan MediaCorp memartabatkan APM sebagai satu program yang berprestij dan ulung sememangnya sangat tepat. Kini APM telah menjadi satu 'branding' yang teguh bagi peminat muzik di rantau ini.

    Penganjuran APM yang terakhir pada tahun 2009, berlabuh di Jakarta Indonesia. Impak yang diterima akibat tragedi pengeboman JW Marriot di Jakarta telah memaksa APM berehat buat seketika.

    Tahun ini, APM bakal membawa kita mengenangkan perjalananan usianya yang kini mencecah angka 10. Semestinya, titik tolak utama pentas APM ialah melonjakkan dan memartabatkan industri muzik Melayu kita di rantau ini serta memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat seni melalui hasil karya ciptaan mereka. Ianya juga pentas menyatukan masyarakat seni dan perkongsian ilmu.

    Tahun ini sekali lagi, APM 2011 dalam misi pencarian calon-calon 'Top 5', telah berkerjasama dan mendapat sokongan padu daripada Muzik Award Foundation (YAMI) Singapura dan Sound Recording Industry Association of Indonesia (ASIRI).

    Selain daripada itu, APM juga mendapat kerjasama yang begitu baik daripada pihak Astro Ria, selaku penyiar rasmi untuk sepuluh tahun berturut-turut. APM tahun ini akan bersiaran secara langsung pada Jumaat, 15 Julai 2011 selama satu setengah jam bermula jam 9:00 malam menerusi saluran 104. Tahun ini Astro Awani juga menerima lamaran APM untuk menjadi rakan media kami. Astro Awani menerusi saluran 501 akan membuat liputan khas 'dibelakang pentas APM 2011' dan juga temuramah bersama-sama artis-artis yang terlibat.

    budiey

    Budiey at Sidang Media APM2011

    Buat julung kalinya juga SuriaFM berganding bahu dan pastinya rakan media baru ini akan memperkasakan lagi promosi APM 2011. SuriaFM menerusi saluran 105.3fm akan menyajikan temubual eksklusif bersama-sama finalis dan juga artis-artis yang bakal membuat persembahan di acara APM kelak. Ini akan bermula sebulan sebelum APM berlangsung.

    Bagi penganjuran yang mengjangkau ke angka 10, tahun ini pihak APM telah mendapat maklum balas yang begitu menggalakkan daripada penggiat industri muzik terutamanya pencalonan daripada negara Malaysia. Peratusan melonjak sebanyak 33% telah pun diterima daripada syarikat-syarikat rakaman antarabangsa dan juga indie. Ini merupakan satu permulaan yang cukup baik bagi APM 2011 melengkapkan misinya pada tahun ini. Ucapan terima kasih juga harus ditujukan kepada semua syarikat rakaman, antarabangsa dan juga Indie yang telah menyokong APM selama ini.

    Sudah terbukti walaupun roda APM terhenti seketika, sambutan dan sokongan industri muzik serantau untuk APM masih utuh dan tidak berbelah bagi. Justeru itu, APM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan juga sokongan kepada APM sehingga ke hari ini. Jumpa anda nanti di Max Pavilion Singapore pada Jumaat, 15 Julai, 2011.

    Bagi butiran lanjut untuk mendapatkan tiket- tiket menyaksikan persembahan APM 2011, sila layari sistac.com.sg. Harga-harga tiket bermula dari $38 hingga $78 setiap tiket.

    Layari Facebook www.facebook.com/Anugerah.Planet bagi mendapatkan maklumat terkini APM 2011.

    Dihoskan oleh

    APM

    Linda Onn

    APM

    Zizi

    dan antara selebriti yang hadir…

    APM

    APM

    Atilia

    APM

    Dayang Nurfaizah

    APM

    Didie Alias…mmm seksi berkemban ya. Inilah dia Ladya Gaga Malaysia.

    APM

    Hafiz & Amanda Imani

    APM

    Hafiz

    APM

    Jaclyn Victor

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010 Part 2
  • APM 2009: Hujan Mendahului Dengan 6 Pencalonan
  • Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2009
  • Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood
  • Film Planet 51 KRU Studios
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
  • Konsert Showcase Samsons di Menara PGRM 11 Ogos ini
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Skrin 2010
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.