Adsense

Rabu, 8 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Jangan Malukan Negara” – Presiden Seniman Tegur Gambit Saifullah

Posted: 07 Jun 2011 09:44 PM PDT

Mstar hari ini melaporkan berita susulan daripada kontroversi video klip Marilah – Prema Yin arahan Gambit Saifullah. Presiden Seniman, Harun Salim Bachik menegur tindakan Gambit menghasilkan video klip yang dianggap tidak bermoral selain berpotensi mencemarkan imej negara jika dipromosikan ke luar negara.

Selain itu, Seniman turut menegur Gambit supaya bertanggungjawab dengan hasil karyanya & tidak membandingkan video klip tersebut dengan filem-filem yang lain. Menurut Harun Salim Bachik, "apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran."

Gambit sebelum ini menggunakan alasan bahawa video klip tersebut dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat. Dalam kenyataan Harun, dia berkata seharusnya Gambit memaparkan budaya-budaya negara yang diketahui oleh rakyat asing dan bukannya menonjolkan perkara yang boleh mencemar nama baik negara.

"Banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya," tambah Harun lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sung Bong Choi, Peserta Korea Got Talent Yang Mampu Buat Anda Menangis!

Posted: 07 Jun 2011 12:15 AM PDT

Ditinggalkan di rumah anak yatim ketika berusia 3 tahun, kemudian melarikan diri ketika berusia 5 tahun akibat didera. Sung Bong Choi, mempunyai kehidupan yang amat berbeza dengan kanak-kanak yang pernah seusia dengannya. Dia menanggung kehidupannya dengan menjual gula-gula getah & air bertenaga selama 10 tahun, namun masih mampu masuk ke sekolah sehingga tamat pengajian tinggi.

Dia tidur di tepian jalan, di tandas sebagaimana yang sering dialami oleh kanak-kanak jalanan yang lain. Apabila kami menyelami kehidupannya, terasa terkilan pula dengan anak-anak muda zaman sekarang yang lebih gemar ponteng sekolah, melawan guru, merempit & menyalahguna dadah. Bayangkan, Sung Bong Choi yang tidak punyai apa-apa, masih mampu bersekolah & kini dia telah mengagumkan seluruh dunia dengan persembahan lagu berjudul Nella Fantasia.

Serius, goosebumps! Yah, kita patut ada rancangan Malaysia Got Talent.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.