Adsense

Rabu, 8 Jun 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar mesra yusry kru dan lisa surihani terkini terbaru

Posted: 07 Jun 2011 04:53 PM PDT




google: lisa surihani dan yusry, lisa surihani dan yusry sah bercinta, lisa surihani dan yusry bercinta, gambar terkini terbaru lisa surihani dan yusry, lisa surihani dan yusry 2011, perancangan kahwin lisa surihani dan yusry, perancangan bertunang lisa surihani dan yusry, lisa surihani dan yusry sah bercinta, gosip lisa surihani dan yusry, kontroversi lisa surihani dan yusry, kisah bercinta lisa surihani dan yusry, berita terbaru terkini lisa surihani dan yusry

Filem aksi terbaik Syamsul

Posted: 07 Jun 2011 04:48 PM PDT


BERBANDING genre aksi lain, KL Gangster terbitan Skop Productions pula mempertaruhkan tiga pelakon lelaki sebagai teraju utamanya sekali gus memantapkan lagi filem yang bakal menjengah pawagam tanah air bermula esok.

Filem yang mengupas kegiatan kongsi gelap ini dibintangi tiga pelakon hebat di persada seni tanah air iaitu Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan Adi Putra.

Dalam filem ini, Syamsul membawa watak antagonis iaitu gangster jalanan Shark, Aaron watak gangster yang sudah insaf, Malik dan baru keluar penjara serta Adi yang bawa watak gangster, Jai yang juga adik kepada Malik.

Pada sesi fotografi yang diatur Rap bersama tiga pelakon ini di Studio Balai Berita, baru-baru ini masing-masing mengakui mempunyai keserasian ketika digandingkan dalam filem berkenaan.


Secara peribadi, Syamsul yang juga pengarah filem ini mengakui Aaron dan Adi adalah dua pelakon yang tepat untuk bergandingan dengan�nya dalam filem itu.


"Saya sendiri yang memilih Aaron dan Adi bergandingan sebagai teraju utama filem ini. Mereka juga mempunyai peminat tersendiri di persada seni tempatan.

"Saya sudah bekerja banyak kali dengan Aaron dan kami memang serasi bekerjasama dalam filem. Ini juga kali pertama, saya bekerja dengan Adi dalam filem," katanya.

Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 ini berkata, dia memang suka dengan Adi kerana dia memang ada 'sesuatu'.

"Adi mempunyai 'eye contact' dan fizikal yang bagus untuk bawa watak gangster. Sepanjang penggambaran, Adi juga berjaya menjiwai watak Jai dengan baik seperti dikehendaki dalam filem ini. Dia memang sesuai untuk membawa watak Jai yang juga adik kepada Malik dalam filem ini.

"Sudah menjadi cara saya mengarah iaitu memberi kebebasan kepada pelakon untuk tidak terikat dengan dialog seperti dalam skrip filem ini. Saya juga suka berbincang dengan pelakon dan berkongsi idea dengan mereka untuk mendapat hasil terbaik dalam filem ini. Setiap pelakon juga perlu fokus dengan karakter masing-masing," katanya.

Apapun, pada peringkat awal, kata Syamsul, dia sendiri kurang yakin untuk bawa watak Shark yang juga gangster dalam filem itu.

"Maklumlah, ini kali pertama saya bawa watak jahat dalam filem. Justeru, saya minta penolong pengarah sendiri yang buat uji bakat untuk saya melakonkan watak Shark dan ternyata, mereka berasa puas hati dengan lakonan saya ketika itu.

"Bagi menjiwai watak diserahkan, Syamsul juga menonton filem Hollywood kegemarannya iaitu God Father dan Scarface sebagai rujukan untuk menjiwai watak berkenaan dan melihat daripada aspek lakonannya," katanya.

Pada masa sama, kata Syamsul, dia juga buat kajian mendalam mengenai kegiatan kongsi gelap di luar sana untuk mendapat gambaran yang sebenar.

"Ini memang filem impian saya, sejak dulu. Ia seratus peratus cerita mengenai
kongsi gelap dan hasil gabu�ngan idea saya dengan penolong pengarah, Rizal Ashraf. Cerita ini juga memang ada sedikit persamaan dengan dunia gangster yang sebenar di luar sana.

"Sebagai kelainan, saya paparkan Malik, ahli kongsi gelap yang sudah insaf dan ingin berubah ke arah kebaikan seratus peratus," katanya.

Demi menjiwai watak Shark, Syamsul sanggup membotakkan kepala dan menaikkan berat badannya mencecah lebih 70 kilogram.

"Saya juga berdepan dengan tekanan untuk menjiwai watak Shark yang penuh dengan dendam dan kemarahan. Sebenarnya, Shark adalah anak kepada ketua gangster (lakonan Ridzuan Hashim).

"Cabaran besar dihadapi kerana filem ini membabitkan sebahagian besarnya babak pergaduhan yang sengit. Saya juga mengalami lebam-lebam ditubuh sepanjang penggambaran. Kami juga buat babak pergaduhan sendiri dengan bantuan koreografer lagak ngeri tempatan yang kehebatan�nya setanding di Hong Kong," katanya.

Bagi Aaron pula, dia juga mengakui selesa bekerja dengan Syamsul dalam filem KL Gangster itu.

Maklumlah, mereka pernah bekerjasama dalam tiga filem pengarah muda itu sebelum ini iaitu Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 1 dan Evolusi KL Drift 2.

"Kali ini, watak saya ada kelainan kerana ia watak baik. Malik adalah bekas gangster yang sudah insaf dan keluar dari penjara. Saya dan Syamsul berbincang mengenai watak terlebih dulu sebelum penggambaran dimulakan. Seperti filem sebelum ini, saya juga buat dialog sendiri untuk menjiwai watak Malik.

"Cabaran paling besar ialah untuk menjayakan babak pergaduhan dalam filem ini kerana ia membabitkan penggambaran selama 20 hari dan hanya tiga hari tidak ada babak pergaduhan. Saya juga cedera di bahagian lutut ketika menjayakan babak pergaduhan itu," katanya.

Aaron mengakui semua pelakon utama tiada asas dalam seni mempertahankan diri tapi ia bukan penghalang buat mereka beri yang terbaik dalam filem itu.

"Dengan bantuan koreografer lagak ngeri, kami berjaya melakonkan babak masing-masing sebaik mungkin. Maklumlah, pengalaman saya hanya pernah bergaduh dengan orang ketika zaman bujang dulu," katanya.

Manakala, Adi pula mengakui sangat teruja bergandingan dengan Syamsul dan Aaron dalam filem berkenaan.

"Saya memang sudah lama ingin bekerja dengan Syamsul yang juga pengarah generasi muda hari ini. Watak Jai adalah gangster yang 'berhati kering' dan adik kepada Malik memang tidak kurang hebatnya.

"Saya berusaha menampil�kan kelainan daripada aspek lakonan kerana tidak mahu
ada persamaan dari yang pernah dilakonkan sebelum ini," katanya.

Adi turut berdepan cabaran besar menjiwai watak gangster kerana ia memerlukan stamina yang tinggi.

"Syamsul pula pengarah yang boleh terima pandangan pelakon dan ia memudahkan kami bekerjasama dalam filem ini. Sepanjang penggambaran, saya turut mengalami kecederaan iaitu bahu kena paku dan lutut terkehel ketika menjayakan babak pergaduhan dalam filem ini," katanya.

Filem ini turut dibintangi Sheera Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja Lawak (Fadil), Adam Corrie (Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).



PROFIL

NAMA PENUH: Mohd Syamsul Datuk Yusof Haslam
PANGGILAN: Syamsul
TARIKH LAHIR: 21 Mei 1984
USIA: 27 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Pelakon, Pengarah & penyanyi
PENCAPAIAN: Pengarah Filem Terbaik, Penyunting Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-23 & Lakon Layar Filem Terbaik, Anugerah Skrin 2010.
FILEM: Khurafat, Evolusi KL Drift 2, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift, Gila-Gila Pengantin Popular
FILEM ARAHAN: KL Gangster, Aku Bukan Tomboy, Khurafat, Evolusi KL Drift 2, Bohsia; Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift


PROFIL

NAMA PENUH: Mohamed Hadi Putera Halim
PANGGILAN: Adi Putra
TARIKH LAHIR: 26 Februari 1981
USIA: 30 tahun
TEMPAT LAHIR: Singapura
KELULUSAN: Diploma Kejuruteraan Penerbangan, Institut Pendidikan Teknikal Singapura
KERJAYA: Pelakon, penyanyi
ANTARA DRAMA: Haryati 2, Aku Cinta Padamu, Kelahiran Teristimewa, Akukah Tanggang, Mat Jenin, Mya Zara, Kehangatan Lantana, Kala Hati, Na O Mei, Air Mata Salina, Emily, Cinta, Dakapan Senja, Samson Delaila dan Kasih Relaku Pujuk
ANTARA FILEM: Anak Halal, Akhirat, Histeria, Hanyut, KL Gangster dan Haq
TEATER: Rubiah, Sri Mersing
ALBUM: Kelahiran (2008)


PROFIL

NAMA PENUH: Aaron Mustapha Aziz
PANGGILAN: Aaron
TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976
USIA: 35 tahun
ASAL: Pasir Ris, Singapura
STATUS: Berkahwin
KERJAYA: Model & pelakon
ANTARA DRAMA: Sumaiyah, Emil Emelda, Janji Diana, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, Rahsia Cinta dan Bulan Bertemu Matahari, Dilemma Wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi, Oh Ibu dan Nora Elena
FILEM: Evolusi KL Drift 1 & 2, Shh. Dia Datang, Bohsia...
Jangan Pilih Hitam, Pisau Cukur, Datin Ghairah, Dua Alam, Cempaka, Ombak Rindu
PENCAPAIAN: Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pesta Perdana Singapura dan Personaliti Paling Popular Singapura (2003, 2004, 2005)
DUTA: L'Oreal

Farah enggan terlalu teruja

Posted: 07 Jun 2011 04:47 PM PDT


SUSUK tubuh yang kurus dan wajah semakin berseri jelas menunjukkan penyanyi dan pengacara jelita, Farah Diana Anuar, 26, kini di ambang bahagia. Bahkan, tatkala butir bicara mengenai kisah pertunangannya diungkap, gadis manis ini hanya menguntum senyum.

Malah, dengan tenang dia mengakui berdebar menghitung detik untuk diijab kabul dengan jejaka pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang. Apapun, katanya dia tidak mahu terlalu menunjuk perasaan teruja untuk bergelar raja sehari.
Mesra dengan panggilan Farah, dia yang pada mula agak berat memaklumkan tarikh bersejarah dalam hidupnya itu berkata bukan niat untuk berselindung tetapi mengambil kira petua orang tua-tua dulu yang mana tidak perlulah terlalu diuar-uarkan sebelum hampir majlisnya.

"Saya seorang yang suka membaca dan berdasarkan pengetahuan itu, jujurnya saya tidak mahu terlalu kelihatan teruja atau seronok untuk berkahwin. Sewajarnya, saya lebih bersikap tenang dan banyak berdoa kepada Tuhan supaya majlis dirancang berjalan lancar.


"Bahkan, saya akui memang sudah bersedia dari segi mental untuk bergelar isteri. Lagipun, tidak elok bertunang lama-lama kerana dugaannya sangat besar dan mencabar. Cuma, dari aspek fizikal saja saya perlu perbaiki apa yang dirasakan masih kurang," katanya.


Mengikat pertunangan pada 25 Disember tahun lalu, Farah berkata barangkali, situasi dihadapinya agak mencabar kerana dia dan tunang menjalin percintaan jarak jauh. Maka, faktor jarak itu ada kalanya mengundang perkara yang remeh menjadi besar.

"Namun, saya bersyukur apa yang kami impikan selama ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Majlis akad nikah dan risepsi sebelah pengantin perempuan akan berlangsung

di Putrajaya. Malah, kad unda�ngan perkahwinan akan diedar tidak lama lagi.
"Apapun, sekarang kalau ditanya mengenai perasaan saya memang berdebar teramat sa�ngat kerana memikirkan banyak perkara yang perlu diuruskan. Ditambah pula, bagi saya perkahwinan adalah majlis besar yang mengundang ramai orang dan perlukan persediaan rapi.

"Mujur, dalam kesibukan membuat persediaan dan persiapan ini, saya dibantu ibu bapa, adik-beradik dan keluarga yang memberi idea untuk majlis diadakan. Saya memilih konsep persandingan terbuka di luar dewan yang akan berlangsung
di kawasan menarik di Putrajaya.

"Saya dapati Putrajaya banyak kawasan yang cantik untuk majlis itu diadakan. Tak dinafikan, konsep 'persandingan dalam taman' di luar dewan dipilih kerana suasana lebih tenang dan santai. Lagipun, sudah selalu sangat pengantin bersanding di dalam dewan," katanya.

Selesa merahsiakan jumlah wang hantaran yang akan diterimanya, Farah juga menolak konsep majlis persandingannya gah seperti yang pernah dibuat aktres Erra Fazira. Ujarnya, siapalah dia untuk disamakan dengan populariti Erra.

"Saya hanya artis biasa-biasa saja. Malah, tetamu yang diundang pun kira-kira 1,000 orang. Manakala, di kalangan peminat pun saya tak lupakan dan akan mengundang mereka yang tidak pernah jemu memberi sokongan dari dulu hingga sekarang.

"Mengenai barangan hantaran, semuanya saya beli dalam negara saja. Kesibukan karier menyebabkan saya tidak berpeluang untuk ke Bandung, Indonesia membelinya. Apapun, kualiti dan harga barangan hantaran di negara ini pun baik dan berpatutan," katanya.

Berbicara mengenai persalinan indah yang akan digayakan pada majlis perkahwinannya, Farah berkata dia mendapatkan khidmat pereka fesyen terkenal, Zery Zamri. Katanya Zery akan mereka busana untuk majlis akad nikah dan juga risepsi.

Menyentuh soal kariernya selepas mendirikan rumah tangga, Farah berkata semuanya akan dibincang lebih dulu dengan suami. Bagaimanapun, katanya dia akan menetap di Pulau Pinang dan mungkin berulang-alik ke Kuala Lumpur, jika ada kerja yang memerlukan khidmatnya.

Sibuk di pentas pengacaraan program TV seperti Rasa Halal Oriental Vietnam untuk Astro Oasis, Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan Sekolah Saya Hebat (TV AlHijrah), Farah berkata tak dinafikan dia sebenarnya merindui kenangan merakamkan lagu di studio.

"Namun, memandangkan imej saya kini bertudung, maka saya memerlukan lagu baru yang sesuai untuk dirakamkan. Justeru, saya bercadang untuk bekerjasama dengan Sham Kamikaze yang juga sudah berubah. Saya fikir, Sham tahu jenis lagu dan muzik sesuai untuk saya" katanya.

Eira cuba nasib jadi penyanyi

Posted: 07 Jun 2011 04:40 PM PDT


NAMA Eira Syazira dalam bidang lakonan memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dia telah mencipta nama dalam bidang itu sejak sembilan tahun lalu. Namun, bakat seni pelakon berusia 27 tahun itu tidak terhenti setakat itu sahaja.

Sebaliknya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang nyanyian.

Kata Eira, bakatnya itu mula dicungkil kira-kira dua tahun lalu menerusi drama berjudul Cinta Balqis sebanyak 44 episod.

Pelakon yang meminati suara penyanyi Barat, Celine Dion ini berkata, dia mula menyanyi secara serius sewaktu ditawarkan menyanyikan lagu tema drama bersiri itu. Lantaran itu, ruangnya untuk bergelar penyanyi pun mula terbuka luas.

"Pembabitan saya dalam bidang nyanyian secara tidak sengaja. Ia bermula apabila saya ditawarkan menyanyikan lagu tema drama bersiri Cinta Balqis yang pernah disiarkan menerusi TV3 dua tahun lalu. Sejak itu minat menyanyi semakin kuat.

"Daripada situlah banyak pihak mula melihat bakat saya dalam bidang nyanyian. Syarikat rakaman FMG misalnya, tertarik dengan suara saya dan mengikat saya sebagai artis naungan mereka," buka bicaranya kepada Hits baru-baru ini.

Sebagai permulaan, Eira baru muncul dengan album single pertamanya berjudul Di Hati Ini yang mengandungi lima lagu berjudul Sememangnya, Nour Elain, Sisi Duka, Di Hati Ini serta Bukan Mimpi Kesiangan terbitan FGM.

Jelas pemilik nama sebenar Syazira Shuhaimi ini, biarpun baru sekarang menceburi bidang nyanyian tetapi minat itu sudah lama ada. Namun, kesibukan berlakon menyebabkan dia tidak berpeluang menunjukkan bakatnya itu.

Meskipun sering mengisi masa lapangnya dengan menyanyi karaoke, tetapi Eira tidak terfikir bahawa suatu hari kelak dia juga akan bergelar penyanyi. Kini dengan peluang yang ada dia tidak akan mensia-siakannya begitu sahaja.

"Apabila saya mendapat peluang merakamkan album daripada FGM, maka saya tidak mahu lepaskannya begitu saya. Saya mahu buktikan pada diri sendiri bahawa saya juga boleh menyerlah sebagai penyanyi.

"Kalau dulu menyanyi hanya sekadar minat dan hobi tetapi kini ia satu lagi karier dalam kehidupan saya. Dulu menyanyi cuma di rumah atau di bilik-bilik karaoke tetapi sekarang di hadapan ramai orang," ujarnya dalam nada penuh teruja.

Selain diberi peluang lagu tema Cinta Balqis, suara Eira juga digunakan dalam banyak lagi lagu tema serta montage drama bersiri antaranya lagu berjudul Sisi Duka dan Di Hati Ini dalam drama Ustaz Amirul.

Farah AF kahwin bulan depan

Posted: 07 Jun 2011 04:38 PM PDT


KUALA LUMPUR 7 Jun - Pengacara Rasa Halal Orient, Farah Nadia Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah AF akan menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan bulan depan.

Khabar itu disampaikan sendiri oleh Farah, 26, pada sidang akhbar "Ustazah Pilihan" di Muzium Kesenian Islam di sini, semalam.

Menurut Farah, dia kini sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada 15 Julai ini.

"Kalut jugalah Farah sekarang ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar maklumlah tarikh itu semakin hampir.

"Namun ibu paling banyak menolong membuat segala persiapan berkenaan," Ujar Farah.

Farah yang mengikat tali pertunangannya pada 25 Disember lalu mengakui berdebar menantikan tibanya detik pernikahannya.

Tambah Farah, setakat ini persiapan untuk majlis perkahwinannya itu siap hampir 60 peratus.

"Insya-Allah semuanya akan dapat disiapkan menjelang hari itu nanti dan Farah harap semuanya berjalan lancar.

"Kad jemputan juga akan mula Farah edarkan tidak lama lagi," ujarnya.

Tambah Farah, majlis akad nikahnya nanti akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

"Apa pun, Farah harap para peminat akan mendoakan kebahagiaan Farah dalam menempuhi alam rumah tangga selepas ini," ujarnya.

Gambar neelofa seksi dan menggoda

Posted: 07 Jun 2011 06:32 AM PDT



Kredit gambar DISINI

google: neelofa, neelofa 2011, neelofa seksi, neelofa putih, buah dada neelofa, gambar seksi neelofa, gambar terbaru seksi neelofa, neelofa separuh bogel, neelofa pictures, neelofa images, neelofa skandal vip, berita gosip neelofa skandal vip, neelofa terkini terbaru neelofa, gambar panas neelofa, neelofa panas

Feeya: Laris mengacara program

Posted: 07 Jun 2011 03:30 AM PDT


LEBIH setahun menimba pengalaman sebagai penyampai radio, banyak memberi pendedahan pada Nor Shafiza Iskandar Azizan atau Feeya memahami tugas mengendalikan segmen bersama pendengar.

Dia yang pernah menyertai program realiti Anak Wayang dua tahun lalu mengakui pengalaman ditimba bersama stesen radio popular, Era FM mengajarnya lebih peka melayan pendengar agar setia bersama stesen itu.

Menjadi anggota bongsu dalam keluarga stesen milik AMP Radio Networks itu, Feeya mengakui dia tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan penyampai senior.

Malah, dia terbuka menerima tunjuk ajar daripada penyampai berpengalaman seperti Aznil Nawawi dan Reza Mohd sambil berkongsi pandangan dalam usaha menaikkan rating stesen itu terus berada di hati pendengar.


"Sehingga kini, saya bersyukur dengan respons positif diberikan pendengar terhadap saya mahupun stesen ini secara keseluruhan. Berdasarkan kajian yang dilakukan baru-baru ini menandakan jumlah pendengar sebenarnya meningkat dari siaran jam 10 pagi.


"Dulu saya pernah bersiaran jam 10 pagi tetapi kini beralih mengendalikan segmen Muzik Hits Bertubi-Tubi dari jam 1 hingga 4 petang, setiap Isnin hingga Jumaat manakala segmen Hello Era, setiap Ahad, 2 hingga 6 petang.

"Saya fikir kejayaan menjadi stesen kegemaran ramai adalah usaha gigih semua penyampai dengan meletakkan Era FM sebagai juara di hati pendengar.

"Saya gembira apabila pendengar suka dengan celoteh saya dan ini juga atas kepercayaan bos yang mahu saya terus berkhidmat di stesen ini," katanya.

Tidak mahu mendabik dada de�ngan pencapaian diraih, Feeya menyatakan penyampai perlu bijak mengawal situasi dan sentiasa berusaha mencari idea baru tarik perhatian pendengar.

"Ada yang kata, suara saya manja membuatkan pende�ngar suka tetapi sama ada
di konti atau di luar, suara saya sama saja. Mungkin saya anak kedua daripada dua beradik lelaki membuatkan saya bersikap begitu.

"Saya percaya suara komersial memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas penyampai radio. Atas kelebihan suara juga, saya bertuah bila mendapat tawaran mengacara," katanya.

Dalam kesibukan di konti, Feeya menyatakan dia tidak keberatan melakukan tugas luar apabila diberi kepercayaan mengacara sesuatu program atau majlis tertentu.

Katanya, dia memang suka bercakap dan menghiburkan khalayak dengan celotehnya. Selepas cemerlang bersama Tuah Zoqarnain (Tyzo) mengendalikan acara Konsert Mini Candat Sotong Harian Metro di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada 1 Mei lalu, Feeya terus laris mengacara program Hari Sejuta Belia selama tiga hari di Putrajaya, baru-baru ini.

"Saya tidak terlalu kisah sangat de�ngan tawaran yang datang. Selain mengacara, saya juga sebenarnya masih terima tawaran menyanyi.

"Saya pernah menyanyi menerusi satu program Astro, Glamor Raya tahun lalu dan berjaya meraih naib johan. Mungkin dari situ, orang nampak bakat saya dan beri peluang pada saya agar terus menyanyi.

"Sebelum menjadi pe�nyampai radio, saya juga pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Sampai sekarang, ada juga tawaran menyanyi pada majlis orang kahwin dan saya tidak kisah untuk terima.

"Minat menyanyi memang ada dalam diri tetapi saya perlu kerja keras jika mahu serius dalam bidang ini," katanya yang akan mengacara program Battle Of The Band pada �17 Jun nanti.

Terus mengembang bakat seni dalam diri, Feeya tidak lupa dengan impiannya ketika sertai Anak Wayang, mahu menjadi pelakon berjaya.

Kata gadis berusia 22 tahun ini, dia masih mencintai bidang lakonan dan berusaha mencari peluang untuk mencuba nasib membintangi drama atau filem.

"Terbaru, saya gembira mendapat dua tawaran berlakon drama, Kasih Alia dan Jamilah I Love You. Kiranya dua drama ini mengubat rindu saya kembali berlakon.

"Bekerjasama dengan Sheila Rusly dan Azman Yahya (Jinggo) sebagai pengarah drama Kasih Alia memang cukup mencabar dan menyeronokkan.

"Drama untuk TV3 dijangka tayangan Ramadan nanti menyaksikan saya membawa watak antagonis sebagai Intan. Saya perlu hayati karakter gadis syok sendiri dan gedik.

"Memberi cabaran, saya terbabit dalam satu adegan diragut mengakibatkan saya ditumbuk hingga kepala berdarah. Ia adalah pengalaman pertama saya bawa watak sebegitu walaupun sebenarnya saya tidaklah cedera pada masa itu tetapi dibantu solekan untuk efek darah," katanya.

Tambah gadis murah senyuman ini, dia perlu serius ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia ambil positif terhadap teguran yang diberikan pengarah mahupun pelakon lain dalam memperbaiki mutu lakonan sendiri agar lebih baik.

"Saya hormati Kak Sheila apabila dia tunjuk cara berlakon dengan penghayatan. Walaupun dia nampak garang, sebenarnya baik terhadap saya.

"Dalam drama Jamilah I Love You pula, watak saya tidak terlalu sukar kerana saya menjadi diri sendiri sebagai penyampai radio. Drama genre komedi ini akan ditayangkan di Astro Ria turut menampilkan pelakon Qazem Nor dan Miera Liyana.

"Tiada beza antara saya dengan watak dalam drama ini. Keduanya suka bercakap dan ia tidak memberi masalah pada saya berlakon.

"Matlamat saya selepas ini mahu teruskan empat bidang seni yang saya buat ketika ini. Soal cinta tolak ketepi dulu kerana apa yang penting, saya mahu stabilkan karier dan kumpul duit demi masa depan sendiri dan keluarga," katanya.


PROFIL

NAMA: Nor Shafiza Iskandar Azizan
NAMA KOMERSIAL: Feeya
TARIKH LAHIR: 5 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Gudang, Johor
STATUS: Bujang
KARIER: Penyampai radio, penyanyi, pelakon dan pengacara
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Seni, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
PENGALAMAN SENI: Program Anak Wayang (Astro)
PROGRAM TV: Glamor Raya dan Itu Dia (Astro)
DRAMA: Kasih Alia dan Jamilah I Love You

google: feeya era fm, profile feeya era fm, facebook feeya era fm, twitter feeya era fm, feeya era fm seksi, feeya era fm bogel, feeya era fm putih, buah dada feeya era fm, feeya era fm 2011, bio feeya era fm, feeya era fm terbaru terkini, biodata feeya era fm, cerita feeya era fm, terkini terbaru feeya era fm, kekasih feeya era fm, boyfriend feeya era fm

Kembali Ukay’s menjadi

Posted: 07 Jun 2011 03:28 AM PDT


KEMUNCULAN mereka pada awal 90-an, mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat muzik rock. Lagu Terasa, Kembali Mencari dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, bukan saja menjadi siulan ramai pada ketika itu, malah lagu-lagu tersebut turut menduduki carta teratas stesen radio.

Ukay's yang ditubuhkan pada 1989, bukanlah nama baru dalam persada seni tanah air. Mereka mempunyai pengikut tersendiri yang sentiasa menyokong muzik yang mereka perjuangkan sejak awal kemunculan.
Kumpulan ini juga cukup sinonim dengan kemantapan vokal Amir yang pernah menjadi vokalis mereka selama beberapa tahun. Tidak dinafikan, suaranya yang lunak itu cukup digilai oleh peminat.

Pada mulanya, Ukay's dianggotai Amir (vokal), Mohd Komanwel (gitar utama), Din (gitar bass), Ali (drum), dan Amy (gitar kedua) tetapi kumpulan ini terpaksa akur dengan perpecahan pada 1996 dan sejak itu, populariti mereka seolah-olah merudum.


Setelah sekian lama menyepi, Ukay's kembali ke gelanggang seni dengan mempertaruhkan vokalis baru, Jefri atau Epy, 25, yang dicungkil melalui satu pertandingan yang mereka anjurkan.


Selain itu, mereka turut menambah seorang ahli baru, Eddie, 36, sebagai pemain keyboard, sekali gus pelengkap kumpulan ini yang kini dianggotai Epy (vokal), Amy (gitar utama), Amirul (dram), Eddie (keyboard) dan Denil (gitar bass).

Amy berkata, mereka mengambil masa yang lama untuk melengkapkan kumpulan ini dan menempuh pelbagai rintangan untuk membuat 'comeback'.

"Bertahun-tahun lamanya kami mencari vokalis yang mempunyai suara mirip Amir, tetapi sering kali hampa. Maka, tercetuslah idea untuk menganjurkan pertandingan Pencarian Superstar Ukay's di PPR Pudu Ulu, Cheras. Di situlah kami menemui Epy yang kebetulan sangat menepati kriteria vokalis yang kami cari kerana suaranya mirip Amir.

"Berkat usaha dan kerja keras, akhirnya pada 16 Mei 2010, album kami berjaya disiapkan memuatkan 10 lagu dan empat daripadanya adalah rakaman semula lagu-lagu lama Ukay's.

"Album baru ini mengekalkan konsep sama dan enam lagu baru itu adalah hasil ciptaan saya. Lagu-lagu dalam album itu sudah mula diputarkan di radio sejak tahun lalu. Sangat mengejutkan kerana beberapa lagu seperti Lepaskanmu Kerana Terpaksa mendapat sambutan luar biasa.

"Malah, saya tidak pernah mengetahui lagu Aku Jatuh Cinta yang dinyanyikan secara duet dengan pengarah filem muda Norliana Samsudin, sedang hit di radio Era," katanya.

Mengenai jualan album, kata Amy, mereka mengambil lang�kah bijak 'turun padang' untuk memasarkan sendiri album tersebut. Tiada lagi khidmat daripada syarikat rakaman kerana album dihasilkan sepenuhnya melalui produksi UK'S Records.

"Kebiasaannya, cakera padat akan diedarkan di kedai-kedai kaset untuk tujuan penjualan. Tapi saya mengambil langkah untuk menjual sendiri album kami di tempat-tempat tumpuan umum seperti pasar malam dan semua ini adalah untuk memastikan peminat mendapat cakera padat yang tulen.

"Syukur kerana setakat ini, album kami bebas daripada mangsa cetak rompak dan permintaan terhadap album juga semakin tinggi. Malah, peminat dari jauh seperti Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura turut menghubungi kami bertanyakan cara untuk mendapatkan album tersebut.

"Saya sangat terharu dengan sambutan ini. Nampaknya, usaha serta kerja keras selama ini membuahkan hasil walaupun menempuh waktu sukar untuk menyiapkannya. Kami masing-masing mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai masa yang sangat terhad untuk berkumpul," katanya.

Mereka kini dalam siri jelajah bertemu peminat di setiap negeri dan tumpuan lebih terarah kepada peminat di luar bandar kerana sedar kehadiran mereka lebih dinantikan peminat di tempat seperti itu. Setakat ini jualan album sudah mencecah 2,000 unit dan mereka mensasarkan untuk mencapai jualan 30,000 unit.

Dengan kemunculan kembali ini, Amy mengakui jadual mereka padat dengan undangan menyanyi termasuklah menjayakan konsert di Himpunan Sejuta Belia 2011. Mereka tidak sesekali bersikap memilih dan mengalu-alukan tawaran membuat persembahan daripada semua pihak dan akan berentap dalam Muzik Muzik 2011.

Kini, peminat boleh mengubat kerinduan serta berhubung dengan ahli kumpulan mereka melalui laman sosial Facebook iaitu Amy Ukays, Epy Ukays atau Uk's records entertainment. Selain itu, peminat juga boleh berinteraksi dengan mereka melalui laman sosial Twitter yang menggunakan akaun @Ukays2010 atau @Amyuks. Pembelian album juga boleh dibuat secara online melalui blog mereka di http://ukrecords.blogspot.com.

google: ukays, ukays baru, ukays 2011, album baru ukays 2011, penyanyi baru ukays, single terbaru terkini ukays, mp3 ukays, lirik lagu ukays, ukays album, pelancaran album ukays 2011

Zakiah, Azizah tak gila ‘glam’

Posted: 07 Jun 2011 03:26 AM PDT




KREDIBILITI TV3 bukan saja terletak pada kandungan penyiarannya malahan juga berupaya melahirkan ramai personaliti dalam bidang pengacaraan mahupun penyampaian berita.

Ramai nama besar hari ini pernah menggilap bakat dan menimba pengalaman seperti Datuk Mahadzir Lokman, Suhaimi Sulaiman, Anne Raj, Abdul Razak Abdullah, Ezzah Aziz Fawzi, Wan Zaleha Radzi, Christine Ling, Datin Normala Samsudin, Ras Adiba Radzi dan Yusanani Yushak.
Ada antara mereka sudah lama meninggalkan bidang pengacaraan mahupun penyampaian berita atas alasan mahu bebas, membina empayar bisnes sendiri selain menumpukan perhatian kepada rumah tangga.

Walaupun tidak lagi bersama TV3 barisan personaliti yang dinyatakan itu tetap diingati. Kehebatan mereka selaku penyampai berita mahupun pengacaraan masih menjadi contoh kepada penyampai angkatan muda sekarang.


Dua nama yang masih setia berbakti kepada TV3 sejak dulu adalah Zakiah Anas, 45, dan Azizah Ariffin, 42. Kata orang, semakin matang buah kelapa, semakin pekat perahan santannya.


Kemunculan mereka berdua sentiasa meyakinkan dan program yang dikendalikan mampu meraih jumlah penonton tinggi.

Mengambil contoh Zakiah, dia pernah mengendalikan rancangan 999 selama sembilan tahun sehingga jumlah 'rating' mencecah lebih dua juta penonton.

Bukan itu saja, rancangan yang dikendalikan Zakiah turut menjadi perhatian stesen TV lain sehingga muncul rancangan yang konsepnya lebih kurang sama.

Menceritakan pengalamannya selama bertugas di TV3, Zakiah puas kerana apa yang diimpikan tercapai. Bermula sebagai wartawan penyiaran pada Februari, 1991, Zakiah kemudian ditempatkan ke Buletin Utama pada tahun berikutnya.

"Sejak itu saya tidak lagi pandang ke belakang. Saya sangat selesa bekerja dengan TV3. Dulu sewaktu mula-mula bertugas, penyampai harus membuat semua perkara bermula daripada mencari berita, menulis dan melaporkannya untuk penonton. Penyampai dulu juga rapat antara satu sama lain. Perasaan dengki tidak pernah wujud kerana kami bersaing secara sihat," katanya.

Sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam dunia penyiaran Zakiah sudah menjayakan pelbagai program bercorak ekonomi, kemasyarakatan, kewanitaan dan jenayah. Dia nyata serba boleh.

"Secara peribadi program yang paling dekat dan berjaya pernah saya kendalikan adalah 999. Saya bangga dengan pencapaian diperoleh program itu.

"Terlalu lama mengendalikan 999 menyebabkan pelbagai gelaran diberikan kepada saya seperti perempuan polis atau perempuan pistol. Mengenangkan perkara itu kadang-kadang saya ketawa sendiri," katanya.

Apabila sudah popular mulalah Zakiah dikejar kontroversi lalu membuatkan ibu empat anak ini kurang selesa.

"Ingin saya tegaskan di sini, tugas mengacara sebenarnya sama dengan bidang kerja lain. Saya ini bukanlah artis kerana saya kerja makan gaji. Atas alasan ini juga saya berasakan tidak perlulah cerita peribadi saya dijaja atau menjadi bahan tatapan orang. Apa yang membezakan saya dengan orang di luar sana adalah kerja saya memerlukan saya bekerja di hadapan kamera," katanya.

Bagi Azizah pula, jika sesuatu tugas yang dilaksanakan itu jujur dan bagus, ia pasti akan diingati ramai. Katanya mereka berdua tidak pernah gila glamor atau 'glam'.

"Berbeza dengan kebanyakan personaliti atau pengacara sekarang, kebanyakan mereka bertugas kerana mahu mengejar 'glam'. Mereka tahu perkara itu dapat memberikan mereka macam-macam. Atas alasan itu juga kebanyakan pengacara sekarang datang dan pergi dan yang tinggal adalah mereka yang memang mencintai bidang ini," katanya yang juga duta Slim World.

Begitu pun hampir 18 tahun berkecimpung dalam bidang penyiaran Azizah sudah melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Namun setiap daripadanya diambil wanita berasal dari Ayer Itam, Pulau Pinang ini sebagai pengalaman menyeronokkan.

"Selepas habis pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan saya terus memilih untuk mencuba nasib menjadi penyampai berita. Saya masih ingat waktu itu uji bakat dibuat di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sejak dulu inilah cita-cita saya. Memang kalau hendak diikutkan bidang yang saya pelajari boleh mendatangkan kelebihan daripada sudut pendapatan tetapi bukan itu yang saya cari.

Saya mahukan kepuasan.

"Saya bukanlah jenis manusia yang boleh duduk dalam pejabat dan bekerja bermula jam sembilan pagi hingga lima petang. Saya sukakan cabaran dan bertemu dengan orang ramai. Kerjaya sebagai wartawan penyiaran dan pengacara memberikan peluang itu dan ini adalah diri dan hidup saya," katanya.

Sepanjang bertugas di TV3, Azizah tidak menafikan paling mencabar sepanjang bergelar pengacara apabila dia menerima kritikan daripada penonton setia satu-satu rancangan dikendalikan seperti Nona.

"Pernah orang memban�dingkan saya dengan pengacara sebelum ini. Pelbagai
komen diberikan. Saya menerima setiap komen itu dari sudut positif dan sentiasa cuba memperbaiki diri.

Alhamdulillah, lama kelamaan orang boleh terima. Begitu juga apabila saya mengendalikan Wanita Hari Ini (WHI).

"Pada saya apa yang penting adalah pengisian sesebuah rancangan dikendalikan. Sekiranya pengisian bagus dan pengacaranya juga membuat penyelidikan untuk memantapkan penyampaian, pasti ia akan dipandang tinggi oleh penonton. Itu jugalah rahsia saya sepanjang bekerja bagi memastikan rancangan dikendalikan mendapat tempat di hati penonton setia TV3," katanya.