Zon Artis |
Isteri Zul 2 By 2, Isma AF7 Keguguran Posted: 01 May 2011 12:17 PM PDT Nampaknya belum rezeki Zul 2 by 2 dan isterinya, Isma AF7 untuk menimang cahaya mata ke-6 kerana Isma dilaporkan mengalami keguguran semasa kandungannya dalam usia lebih 2 bulan. Seperti yang dilaporkan di portal Murai, Isma mengalami pendarahan dengan banyak sekali secara tiba-tiba pada pagi Sabtu, 30 April lalu. Zul yang cemas melihat keadaan Isma ketika itu terus bergegas membawa Isma ke hospital. Apabila pemeriksaan dibuat, doktor mengesahkan yang kandungan Isma telah tiada dan dipercayai telah keguguran. Namun apakah punca yang menyebabkan Isma keguguran tidak pula diketahui. Kami pasti apa yang berlaku ini sangat menyedihkan Zul dan Isma. Kami harap Zul dan Isma tabah menghadapinya dan redha dengan apa yang berlaku. InsyaAllah kalau ada rezeki, dapat la anda menerima kehadiran cahaya mata ke-6 nanti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
(Gambar) Zahiril & Shera Selamat Bertunang, Nikah 20 November Nanti Posted: 01 May 2011 06:50 AM PDT Tahniah kami ucapkan kepada Zahiril Adzim dan Shera Aiyob kerana sudah selamat mengikat tali pertunangan pada pagi tadi. Mereka akan melangsungkan pernikahan pada 20 November nanti. Dalam majlis pertunangan tersebut, Zahiril memberi tujuh dulang hantaran dengan tema warna hijau manakala Shera membalas dengan 11 dulang hantaran berwarna merah jambu. Lagi gambar kat bawah ni.
|
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |