Utusan Online - Hiburan |
Berakhirnya perjalanan Nur Amina, Adam Posted: Berakhirnya perjalanan Nur Amina, AdamOleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
LAKONAN bukanlah hanya sekadar menonjolkan rupa paras yang cantik di hadapan kamera ataupun kekuatan sesebuah skrip semata-mata. Naskhah yang baik merangkumi kekuatan skrip, plot, penceritaan dan yang paling peting adalah lakonan yang ditonjolkan mampu merunjam jiwa penonton. Mendekati dua watak utama drama bersiri Nur Kasih yang dipanjangkan ke layar perak Tiz Zaqyah dan Remy Ishak mengakui aura Nur Kasih meninggalkan impak yang sangat kuat. Keperitan dan ketabahan yang dilalui Nur Amina (Tiz Zaqyah) dalam drama berkenaan berjaya menarik penonton untuk turut sama berkongsi rasa berkenaan. Bagi memenuhi permintaan pengikut setia drama bersiri 26 episod itu, kesinambungannya diteruskan dengan penghasilan Nur Kasih The Movie (NKTM) yang akan mula menjengah pawagam 19 Mei ini. "NKTM adalah penamat bagi perjalanan hidup Nur Amina dan Adam. Liku-liku penuh duri yang dilalui oleh Amina akan berakhir bersama dengan NKTM. "Namun, NKTM mempunyai sedikit perbezaan dengan siri Nur Kasih di mana cabaran dan dugaan yang ditempuhi oleh Nur Amina dan Adam lebih kuat dalam usaha mempertahankan rumah tangga mereka," ujar Tiz Zaqyah lembut yang ditemui baru-baru ini. Melalui siri Nur Kasih, penonton disajikan dengan watak Nur Amina yang sentiasa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis namun dalam NKTM watak Nur Amina sedikit tersasar. Dalam NKTM, Nur Amina menjadi lebih matang dan cuba untuk melawan ketentuan yang telah tersurat demi diri, keluarga dan suaminya. Sementara itu, pendukung watak Adam, Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak turut berkongsi rasa yang sama. Baginya perbezaan antara Adam dalam drama dan filem adalah kematangan watak berkenaan. "Walaupun matang sikap memberontak itu tetap ada dalam diri Adam untuk mencari kebenaran tentang apa yang berlaku pada diri dan keluarganya," jelas aktor kelahiran Negeri Sembilan itu. Bagaimana pun, jelas aktor yang pernah bergandingan dengan Maya Karin dalam filem Cun itu, dia tiada masalah untuk menjiwai semula karakter Adam. Bekerjasama dengan team produksi yang dan gandingan pelakon yang sama membuatkan kerjanya menjadi mudah. Selain itu cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka adalah masalah komunikasi dan cuaca ketika proses penggambaran di Jordan. "Ada suatu masa kami diberikan amaran berkenaan dengan ribut pasir yang akan melanda dan diminta untuk meninggalkan lokasi penggambaran. "Tetapi Kabir Bathia (pengarah) mahu kekal dan kami terpaksa bersama namun akhirnya hasil yang diperolehi adalah gambar yang sangat cantik," jelas Tiz yang akan menginjak 23 tahun pada 25 Oktober depan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Peminat rindu lagu FranOleh KHADIJAH IBRAHIM
SUARA Francissca Peter sejak dulu hingga kini tidak pernah berubah, malah lagu-lagunya masih digemari dan tidak jemu didengar. Berdasarkan faktor itulah, setiap kali Francissca atau Fran mengadakan persembahan pasti ada pengikut setia kerana mereka mahu mendengar penyanyi itu menyanyi secara langsung. Mungkin ketika penyanyi yang nama sebenarnya, Luciana Francissca Peter mengadakan Konsert 33 Tahun Keunggulan Francissca Peter di Istana Budaya, Februari lalu, mereka tidak berkesempatan untuk hadir. Sebagai pengubat rindu, mereka memilih untuk menonton persembahan Fran sempena minggu setiausaha di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, Khamis lalu. Keterujaan peminat- peminatnya bermula pada pukul 1.45 petang, apabila Fran muncul dengan mendendangkan lagu Fireworks dan Ku Ke Udara Lagi sambil diiring oleh empat penari. Selepas itu, penyanyi yang mula aktif dalam bidang seni sejak 1979 memilih lagu rancak, Oh La La Tropika. Ternyata Fran yang diiringi oleh empat pemuzik itu mampu mengajak penonton untuk turut serta dalam persembahannya. Selepas itu, penonton terus dibuai dengan lagu-lagu popular Fran seperti Kerna Terpaksa, Kau Lilin Cintaku, Siapa Dia Sebelum Daku dan Kehebatan Cinta secara medley. Ramai yang beranggapan sepanjang persembahan yang berakhir pukul 3.20 petang itu akan dipenuhi dengan lagu-lagu popular penyanyi berkenaan. Malangnya, semua itu tidak kesampaian kerana Fran lebih banyak mendendangkan lagu-lagu luar dari lagu-lagu daripada albumnya. "Lagu-lagu saya banyak yang balada. Betulkah anda semua tidak mahu lagu rancak agar kita boleh menari bersama. "Memandangkan hari ini adalah hari anda, jadi saya akan turut kemahuan anda. Cuba teka lagu apa, kalau anda betul-betul peminat saya," katanya memberi albumnya kepada penonton sebelum mendendangkan lagu Sekadar Di Pinggiran. Sebagai duta Oganisasi Kebajikan Antarabangsa World Vision di Malaysia (International Aid Organisation World Vision) selama enam tahun 2006-2011, Fran turut mendendangkan lagu tema, Tomorrow. Memandangkan penonton yang hadir terdiri daripada berbilang kaum, Fran turut mendendangkan dua lagu bahasa Cina. Ketika menyampakani lagu Soley Soley, Fran turut mengajak penonton berdiri di atas kerusi sambil menggoyang tangan masing-masing. Lagu lain yang turut didendangkan oleh Fran adalah Wo Yau Ni T,i Hound Dog, How Will I Know, So Emotional dan I Wanna Dance With Somebody. Meskipun peminat terubat mendengar suara Fran namun masih terselit perasaan kecewa kerana impian untuk mendengar lagu-lagu nostalgia yang mengangkat nama penyanyi itu tidak kesampaian. Sebaik sahaja Fran berundur, Harith Iskander tampil membuat persembahan dan majlis pada petang itu dikendalikan oleh model dan juga pengacara terkenal Xandria Ooi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |