Adsense

Jumaat, 29 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Saling berharap

Posted:

Saling berharap

Saling berharap



KEBERKESANAN lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah di dalam drama bersiri Nur Kasih sebagai Adam dan Nur Amina telah mencuri hati penonton apabila mereka berganding sebagai pasangan suami isteri yang menghadapi pelbagai liku.

Kejayaan mereka menghidupkan tanggungjawab masing-masing di layar kaca telah membuat ramai penonton yang mahukan pasangan tersebut bergandingan di dalam dunia realiti kerana mereka dilihat sebagai pasangan ideal apabila bersama.

Satu ketika semasa Nur Kasih sedang rancak dipertontonkan di kaca televisyen, telah tersebar luas gosip yang mengatakan dua orang pelakon muda ini sedang benar-benar berpacaran.

Namun, seperti angin yang bertiup, ia hilang begitu sahaja ditelan masa. Namun, apabila mereka mula digandingkan semula di dalam filem Nur Kasih The Movie, persoalan timbul semula bahawa pasangan ini memang sedang dilamun cinta.

Bagi Tiz, perkara ini (gosip bercinta) tidak akan pernah berhenti setiap kali mereka digandingkan bersama. Akan tetapi, ia merupakan satu perkara elok bagi dirinya sebagai seorang pelakon kerana mengganggap 'kepercayaan' tersebut adalah kejayaan bagi kariernya.

"Ia adalah perkara baik bagi karier saya kerana mereka percaya apa yang saya lakonkan bermakna lakonan saya menjadi. Namun, orang sentiasa akan bertanya dan bercakap tentang perkara ini.

"Kami tidak pernah terbawa-bawa watak Nur Amina dan Adam sehingga ke luar set," ujar Tiz yang sentiasa tersenyum dan ketawa menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya.

Ia sekali gus sebagai tanda bahawa Tiz menafikan dia dan Remy adalah satu pasangan.

Tambahnya lagi, hubungannya bersama Remy adalah seperti rakan sekerja yang lain dan sentiasa berfikiran profesional apabila menyentuh hal-hal kerja.

Berbeza dengan jawapan yang diberikan Remy, bicaranya jujur, dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Ini kerana sejak kecil, dia telah dididik oleh orang tuanya supaya sentiasa hormati orang lain.

Jika mahu dihitung semula, Remy sering dikaitkan bercinta dengan heroin yang bergandingan bersamanya di dalam filem mahupun drama.

Bukan sahaja dengan Tiz malah bersama pelakon jelita Maya Karin yang berpasangan bersamanya di dalam filem Cun.


REMY dan Tiz adalah dua nama besar dalam industri lakonan tempatan saat ini.


"Semua ini adalah cerita untuk mewarnai rencah di dalam industri seni. Namun, bagi saya, setiap orang berhak memberi penilaian mereka terhadap apa jua perkara kerana itu adalah hak mereka.

"Perkara sama akan terjadi jika telah berkahwin mahupun bujang kerana jika mereka mahu bercakap, mereka akan tetap bercakap mengenainya juga. Janji saya tahu batasan serta tujuan saya. Itu sudah memadai," jelasnya tentang gosip percintaan dengan Tiz.

Menambah jawapan kepada persoalan tersebut, Remy memberitahu dengan nada tenang bahawa kadang kala perkara ini meletihkan. Namun, segalanya diterima dengan reda dan sabar kerana ia adalah hak masing-masing untuk meluahkan apa jua perkara.

Tiada Lagi Nur Kasih

Setelah lebih kurang dua setengah tahun berehat dari watak Adam dan Amina, kini menerusi Nur Kasih The Movie, Remy dan Tiz sekali lagi diberi cabaran mendukung watak itu.

Mempunyai pendapat yang agak sama, kedua-duanya mengakui merindukan watak Adam dan Nur Amina serta fenomena yang telah diwujudkan melalui drama tersebut.

Namun menrusi versi filem, ia menampilkan watak Adam dan Nur Amina lebih matang dalam mengharungi kisah hidup mereka.

"Ia merupakan sambungan penceritaan selepas beberapa tahun dari penghujung bagi drama bersiri Nur Kasih. Jadi Adam kini berfikiran agak matang dan hubungan cinta bersama isterinya Nur Amina serta keluarganya juga matang.

"Terdapat perbezaan konflik yang mana Adam mengalami karma di dalam kehidupannya yang mendapat ketentuan Tuhan terhadap apa yang dilakukannya sebelum ini," bicara Remy mengenai wataknya sebagai Adam.

Menurutnya, apa yang cuba mahu ditonjolkan dalam Nur Kasih The Movie adalah mengenai ketentuan Illahi. Watak mereka itu dibesarkan di dalam persoalan serta pencarian dengan menghadapi cabaran-cabaran daripada Tuhan dan bukan lagi konflik di dalam percintaan dan keluarga seperti mana yang ditonjolkan dalam drama Nur Kasih.

Bagi Remy, penceritaan dan pembawakan watak dalam Nur Kasih The Movie lebih berat kerana ia berskala lebih besar, permainan dalaman dan penceritaannya lebih menarik.

Oleh itu, dengan fenomena yang telah dicetuskan semasa penyiarannya di kaca televisyen, penonton akan meletak harapan yang tinggi terhadap filem ini.

"Saya tidak nafikan jangkaan penonton terhadap Nur Kasih The Movie memang tinggi. Saya sebagai pelakon sendiri sememangnya mahu berikan yang terbaik begitu juga pelakon dan krew-krew Nur Kasih yang lain.

"Secara jujur memang kami semua sudah lakukan yang terbaik dan kami berharap penonton berpuas hati dengannya kelak," ujar Remy yang memberitahu dirinya masih gugup walapun telah lima tahun berkecimpung di dalam dunia hiburan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Permainan' Maharaja Lawak

Posted:

'Permainan' Maharaja Lawak

'Permainan' Maharaja Lawak

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


AMIR membawa watak seorang superhero.


GELANGGANG Maharaja Lawak bakal berdepan dengan kejutan pada minggu keenam nanti. Kejutan itu bagaimanapun tidak akan dapat dijangka oleh penonton.

"Format dan rancangan sudah ada. Semuanya telah dirancang sejak awal lagi. Kejutan itu bakal disaksikan penonton pada minggu keenam atau ketujuh gelanggang Maharaja Lawak nanti," kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani ketika ditemui selepas pertandingan minggu keempat program tersebut di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor.

Katanya lagi, juri juga mempunyai satu imuniti yang bakal diberikan kepada peserta yang terkeluar.

"Imuniti ini hanya boleh digunakan sekali sahaja oleh juri. Malah, ketiga-tiga juri harus sebulat suara memilih peserta yang terkeluar untuk dimasukkan semula ke gelanggang Maharaja Lawak," katanya mengenai strategi program tersebut.

Pada minggu keempat program tersebut menyaksikan Alex disingkirkan kerana persembahannya gagal memikat hati juri dan penonton.

Alex atau nama sebenarnya Alexander Ahat, 30, merupakan peserta yang menerima jumlah undian paling rendah daripada juri dan penonton di gelanggang Maharaja Lawak yang berlangsung di Finas, Jumaat lalu.

Ternyata Alex yang juga finalis Raja Lawak musim keempat itu akur dan menerima keputusan penyingkiran tersebut.

Saat diajukan soalan mengenai penyingkiran tersebut, Alex yang berasal dari Papar, Sabah itu mengaku yang dia bukan seorang pelawak tetapi teringin menjadi pelawak. Malah, dia turut memberitahu lebih selesa membuat lawak di sebalik tabir.

"Terus-terang saya sudah lama sedar saya bukannya pelawak sebenar dan tidak pandai melawak tetapi disebabkan sokongan kuat oleh penonton dan peminat, akhirnya saya berjaya sampai ke tahap ini.

"Saya lebih suka membuat lawak di sebalik tabir. Saya juga sedar bakat dan minat saya lebih kepada penulisan skrip untuk persembahan atau cerita lawak. Jadi mungkin jika diberi peluang selepas ini saya mahu menjadi orang di sebalik tabir," katanya jujur.

Katanya, peluang menyertai Maharaja Lawak memberi satu penghormatan kepadanya.

"Pihak Astro mengubah keyakinan diri saya. Mereka telah berjaya mengubah budak gemuk macam saya jadi orang yang terkenal.

"Selain mahu berterima kasih kepada pihak Astro yang telah memberi peluang kepada saya untuk dikenali, saya juga ingin berterima kasih kepada pengundi dan peminat yang selama ini tak henti menyokong dan mengundi saya," katanya lagi.

Selepas Alex tersingkir, barisan Maharaja Lawak kini hanya tinggal Jozan, Nabil, Jambu, Balas , Amir, Man dan Jihan.

Pada minggu keempat ini, kesemua peserta telah melakukan persembahan dengan baik dan menarik.

Paling tidak disangka-sangka adalah Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 23. Mendapat banyak kritikan juri dan penonton melalui persembahan-persembahannya yang terdahulu, ramai yang menjangkakan Amir terkeluar pada malam itu.

Ternyata, persembahannya pada malam itu berjaya mendapat tepukan penonton malah pujian daripada juri, Mamat Khalid.

"Terus terang pada mulanya saya berpendapat Amir yang akan terkeluar malam ini (Jumaat lalu). Daripada semangat sifar (kosong) dia berjaya mengubah perasaan penonton dan juri melalui persembahannya," kata Mamat Khalid.

Ulasnya, persembahan Amir memang tidak boleh dibandingkan dengan persembahan peserta-peserta berpengalaman dalam Maharaja Lawak, tetapi dia mampu melakukan persembahan di luar jangkaan.

"Dia berani mempermainkan juri dengan topik yang dibawanya dan itu menyebabkan saya kata dia bagus,' katanya.

Amir membawa watak seorang superhero yang mencari pekerja. Berpandukan karikatur ketiga-tiga juri Maharaja Lawak, Amir berjaya mempermainkan juri-juri tersebut melalui persembahannya.

Selain Mamat, barisan juri pengkritik Maharaja Lawak turut dibarisi oleh pengarah, Ahmad Idham dan pelawak, Saiful Apek.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pattinson digantung sekolah

Posted:

Pattinson digantung sekolah

Pattinson digantung sekolah


ROBERT PATTINSON pernah membela siput sewaktu kecil.


AKTOR Robert Pattinson ketika ini memang sedang popular. Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui tentang dirinya yang pernah digantung sekolah hanya kerana seekor siput.

"Pada masa itu saya berusia enam tahun dan di sekolah ramai yang suka membaling siput. Kemudian saya berusaha untuk menyelamatkannya, namun saya berdepan pula dengan masalah digantung sekolah.

"Lagipun pada masa itu saya memang obses dengan siput dan turut membelanya di belakang sekolah yang saya namakannya Snail Land. Kalau tidak silap, ada sekitar lebih kurang 400 ekor yang saya bela," ujarnya ketika muncul sebagai tetamu dalam program bual bicara The Ellen DeGeneres Show kelolaan Ellen DeGeneres.

Selain digantung, koleksi kad Top Trumps miliknya yang cukup berharga dirampas oleh gurunya, manakala siput yang dibelanya pula telah dibuang di tong sampah.

Tambahnya: "Sudah tentu sama sekali saya tidak akan memaafkan guru tersebut."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.