Adsense

Khamis, 20 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Fazura kembali ke Mekah

Posted:

Fazura kembali ke Mekah

Fazura kembali ke Mekah



RUPA paras jelita yang dimiliki aktres Nur Fazura Sharifuddin serta profil sebagai pelakon yang berjaya menjadikan Fazura buruan ramai lelaki termasuk mereka yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.

Desas-desus kononnya bintang filem Gol dan Gincu itu sedang bercinta dengan seorang anak orang kenamaan di selatan tanah air enggan dijawabnya ketika ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia sekadar membiarkan persoalan itu tergantung dengan jawapan: "No comment."

Bagaimanapun, akui Fazura hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya. Cinta yang wujud menyebabkan dia melalui hari-harinya dengan indah.

"Sekarang saya gembira dengan kerja dan kehidupan. Cinta menjadikan saya bahagia dan berada di puncak kehidupan. Saya memang sedang bahagia dengan seseorang tetapi saya belum ada sebarang pengumuman penting untuk dibuat," ujarnya

Aktres berusia 27 tahun itu menegaskan meskipun dia mempunyai hubungan yang serius tetapi belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin. Tambahnya, dia seorang yang tidak memilih jodoh, semuanya terpulang kepada ketentuan Ilahi.

"Kalau ada jodoh saya kahwin, siapa yang tidak mahu kahwin dan jadi anak dara tua. Saya bukan jenis memilih orang kaya atau berstatus, cukuplah orang itu suka saya seadanya kerana jodoh itu kerja Allah.

"Ada juga orang yang kahwin tetapi tidak gembira ataupun kahwin tidak lama kemudian bercerai. Saya tidak mahu jadi sebegitu atau berkahwin kerana paksaan orang sekeliling. Kalau saya berkahwin dengan lelaki kaya sekali pun saya akan menyediakan diri dengan memiliki empayar perniagaan sendiri sebelum berkahwin.

"Jadi orang tidak boleh cakap yang saya makan duit suami sahaja kerana saya juga boleh buat duit dengan usaha sendiri walaupun tugas suami menyediakan semua keperluan isteri. Saya sudah biasa berdikari kerana telah bekerja sejak berusia 17 tahun, saya tidak mahu bergantung kepada lelaki seratus peratus," kata anak kelahiran Pekan, Pahang ini lagi.

Tegasnya, dia telah meletakkan had dalam kerjaya. Andai dia menjadi isteri, secara automatik dia akan bersara daripada dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada keluarga. Itu juga janji yang dibuat kepada ibunya.


TERUJAuntuk ke Mekah buat kali kedua pada Februari depan.


"Saya telah berjanji dengan ibu, bila saya berkahwin, saya akan berhenti berlakon dan memberi fokus membesarkan anak dan jaga suami sahaja. Tetapi bukan dalam masa terdekat kerana sekarang saya masih gila untuk bekerja. Jadi sebelum sampainya waktu itu, saya mahu berlakon sepuas-puasnya," jawabnya lagi.

Tahajud, kitab cinta

Disebabkan itu, tahun 2011 mahu dijadikan tahun yang paling sibuk dan berjaya dalam hidupnya. Sepi 2010 digantikan dengan kerja tanpa henti pada tahun 2011. Hilang sebentar daripada dunia seni kerana katanya tiada tawaran yang berjaya menambat hati.

Tahun ini, Fazura lebih memilih dan hanya melakonkan watak yang berbeza daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Bakal muncul dengan dua filem, salah satunya daripada produksi Red Communications Sdn. Bhd. dan dua drama arahan pengarah Erma Fatima.

Menariknya dua drama arahan Erma yang berjudul Tahajud Cinta dan Kitab Cinta itu akan menjalani penggambaran selama dua minggu di Mekah pada bulan depan, dan buat pertama kalinya Fazura akan muncul di layar kaca dengan imej bertudung.

"Saya setuju berlakon drama di bawah arahan Kak Erma sebab sebelum ini saya tidak pernah berlakon pakai tudung. Saya juga kagum dengan hasil kerjanya yang berkualiti. Tentang Mekah pula, sebenarnya saya sudah lama memasang niat untuk pergi ke sana.

"Kali terakhir saya pergi ke Mekah kerana melakukan umrah semasa umur 12 tahun.

"Saya memang ingin pergi lagi, masa Umie Aida bernikah di Mekah dia ada ajak saya tetapi tidak ada rezeki sebab masa itu saya tengah sibuk dengan penggambaran filem Pisau Cukur. Walaupun saya pergi kerana kerja saya bersyukur kerana awal tahun saya dimulakan dengan pergi ke Mekah," balasnya.


FAZURA bijak menyimpan rapi kisah cintanya.


Bercakap tentang tudung, meskipun kali pertama berlakon dengan imej wanita bertudung, Fazura tidak ada sebarang masalah mengenainya, malah dia juga memasang niat untuk bertudung suatu hari nanti.

"Saya memang ada niat untuk bertudung tetapi bukan masa terdekat, kalau ia terjadi biarlah perubahan itu berlaku secara semula jadi dengan niat yang ikhlas tanpa paksaan daripada mana-mana pihak," luah anak ketiga daripada empat beradik itu lagi.

Ucapnya lagi, tahun 2011 hanya ingin difokus kepada dirinya dan bukannya untuk orang lain. Hatinya juga semakin tenang kerana tidak perlu memikirkan apa kata orang terhadapnya.

"Sebelum ini saya ambil pusing apa pandangan orang kepada saya, secara tidak langsung ia membuatkan saya tertekan dan sentiasa berfikiran negatif. Tetapi sekarang saya tidak kisah orang mahu bercakap apa sekalipun, asalkan saya bahagia dan gembira dengan kehidupan saya. Saya hanya mahu fikir tentang diri sendiri sahaja," bicaranya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Farid tidak cemburukan Diana, Syamsul

Posted:

Farid tidak cemburukan Diana, Syamsul

Farid tidak cemburukan Diana, Syamsul

Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my


FARID KAMIL


MENYAKSIKAN beberapa keping foto kemesraan, Diana Danielle, 20, bersama bekas teman lelaki, Syamsul Yusof, 27, yang sempat dirakam pada majlis anjuran Lord's Tailor di ibu negara baru-baru ini, hakikatnya, tidak membuatkan Farid Kamil terbakar emosi cemburu.

Melatah atau melenting tidak tentu fasal, itu bukan sebenar Farid, 30. Apa yang pasti, dia dalam nada tenang, meluah sikap profesional menjadi pihak pemerhati dua insan – Diana dan Syamsul berbaik semula sebagai sahabat selepas hubungan cinta dibina putus di pertengahan jalan.

Syamsul dilihat memimpin tangan Diana sewaktu berjalan menuju ke pentas utama. Sama situasinya apabila pengarah filem Evolusi KL Drift itu sekali lagi menghulurkan tangan bagi memastikan bekas kekasihnya tidak tersadung atau terjatuh tatkala menuruni pentas.

"Saya tidak cemburu jika ditakdir Syamsul dan Diana berbaik semula sebagai sahabat baik. Lagipun, saya lihat sikap profesional mereka ini penting dalam kerjaya tambahan pula bidang seni bersifat kecil saja. Pusing kanan atau toleh kiri, kita tetap bersua di mana-mana majlis hiburan.

"Pendapat saya, ini semua hak masing-masing sama ada hendak berkenalan atau berbaik semula. Tiada apa perlu dipersoal kerana ia adalah hubungan antara insan," akui Farid ketika ditemui pada majlis pratonton drama 7 Lagu di Cathay Cineplexes, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.

Mengulas dakwaan kononnya Farid sering cemburu buta dan gemar mengongkong buah hatinya mencakupi soal memilih kawan serta bermacam lagi syarat dikenakan sehingga menyebabkan Diana harus tunduk, ini jawapan pemuda tinggi lampai itu dalam nada lembut:

"Dalam kerjaya seni, saya meletak sepenuh kepercayaan terhadap apa yang Diana lakukan. Terus terang, saya tidak tahu dari mana timbul isu mengongkong tambahan pula tiada sebarang rungutan atau kata-kata keluar daripada mulutnya sendiri sebelum ini."


PERNAH dihimpit kontroversi, Syamsul dan Diana bagaimanapun tetap menunjukkan sikap saling menghormati antara satu sama lain.


"Paling penting, saya rasa sangat okey dan gembira apabila karier seni Diana semakin meningkat. Sudah tentu ia membanggakan saya sebagai antara individu yang rapat dengannya," akui Farid tentang progres positif kekasihnya dalam melewati lapangan seni lakon.

Farid akui kelancangan

Umum tahu, pergeseran berlaku antara Farid dan Syamsul selepas berakhir Festival Filem Malaysia 23 (FFM23) beberapa bulan lalu. Ironinya, Farid memberi kenyataan seperti mempertikai kemenangan Syamsul sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem garapannya, Evolusi KL Drift.

"Cerita tentang pergolakan saya dan Syamsul seperti digembar-gembur dalam surat khabar dianggap berada di luar pemikiran saya. Tetapi, saya akui kelancangan mulut sendiri sehingga menyebabkan ada pihak terasa hati sekali gus manipulasi berlaku pada waktu sama.

"Sejujurnya, saya kenal Syamsul tidak lebih seperti pelakon dan pengarah. Lantaran itu, apabila timbul cerita saya merupakan kawan baiknya, saya jadi terkejut. Tidak terkecuali, saya tertanya kepada diri, apakah saya benar-benar sudah melupakan kawan.

"Tetapi, teman-teman baik saya terdiri daripada individu-individu dikenali sewaktu berada di sekolah rendah dan menengah saja. Saya akui tidak rapat dengan kawan artis melainkan Maya Karin dan Bront Palarae," akhiri Farid.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiket konsert Big Bang laris

Posted:

Tiket konsert Big Bang laris

Tiket konsert Big Bang laris


BIG BANG kekal popular di Korea.


KUMPULAN popular Korea, Big Bang nampaknya berjaya mengekalkan pengaruh apabila tiket konsert mereka yang dinamakan 2011 Big Show habis dijual dalam masa lima minit sahaja.

Tiket konsert yang mula dijual sejak 18 Januari lalu di sebuah laman web di Internet menyebabkan laman web tersebut dikunjungi 150,000 pelawat. Penjualan tiket konsert Big Bang itu terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan oleh kesesakan yang melampau dalam sistem pelayan laman web tersebut.

Konsert yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 25, 26 dan 27 Februari itu hanya dapat memuatkan seramai 14,000 penonton pada setiap konsert menyebabkan peminat sukar untuk mendapatkan tiket.

Konsert 2011 Big Show mendapat respons yang tinggi daripada peminat berbanding konsert mereka sebelum ini. Fenomena Big Bang yang kembali memuncak ini menandakan kemunculan mereka secara rasmi dalam industri muzik Korea selepas setiap anggota Big Bang berjaya dengan album solo mereka sebelum ini.

Wakil penganjur konsert berkenaan memberitahu: "Kami mengharapkan peminat yang gagal mendapatkan tiket konsert pada hari pertama tidak kecewa kerana masih ada konsert tiket yang dijual untuk konsert hari berikutnya.

"Kami akan pastikan, konsert 2011 Big Show menjadi sebuah konsert terhebat untuk membalas jasa peminat yang tidak henti memberikan sokongan kepada Big Bang."

Big Bang kini sedang bersedia untuk melancarkan album terbaru mereka yang dijadualkan berada di pasaran pada 24 Februari depan, kemudian diikuti dengan konsert 2011 Big Show yang akan berlangsung selama tiga hari.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.