Adsense

Jumaat, 17 Disember 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Watak baru The Dark Knight Rises

Posted:

Watak baru The Dark Knight Rises

Watak baru The Dark Knight Rises



PENGARAH hebat, Christopher Nolan seboleh-bolehnya mahu merahsiakan plot dan watak dalam filem susulan Batman terbaru, The Dark Knight Rises.

Walaupun sudah diasak berkali-kali oleh pihak media untuk berkongsi cerita tentang filem yang cukup dinanti-nantikan, Nolan tetap dengan pendiriannya untuk terus mengunci mulut.

Namun, sampai bila rahsia itu akan tersimpan rapi kerana akhirnya ia akan terbongkar jua.

Baru-baru ini, skrip tulisan Nolan untuk filem tersebut telah dibocorkan oleh pihak tertentu sekali gus menjawab segala spekulasi yang berlegar selama ini.

Seperti mana yang tercatat dalam skrip tersebut, Nolan sudah pun menyenaraikan empat watak antagonis yang pastinya menjadikan The Dark Knight Rises sebuah filem hebat.

Watak-watak antagonis yang akan ditampilkan dalam filem itu adalah Dr. Hugo Strange, Black Mask, Talia al Ghul dan Killer Croc.

"Bukan itu sahaja, dua watak baru juga akan muncul dalam filem itu nanti iaitu Sarah Essen dan Harvey Bullock. Watak antagonis utama ialah Dr. Hugo Strange.

"Black Mask pula akan menggantikan Salvatore Ramoni yang kemudiannya mengupah Killer Croc menjadi pembantunya untuk menghancurkan Batman.

"Sementara itu Thalia al Ghul pula mahu membalas dendam terhadap Bruce Wayne," demikian catatan yang terkandung dalam skrip tersebut.

Setakat ini, hanya seorang aktor sahaja yang telah disebut-sebut akan membawakan watak Black Mask iaitu Tom Hardy yang sebelum ini membintangi filem Inception juga arahan Nolan.

The Dark Knight Rises akan menemui penonton pada 20 Julai 2012 dengan mengekalkan Christian Bale sebagai Batman dan Bruce Wayne.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Konsert percuma buat penyokong Astro Ria

Posted:

Konsert percuma buat penyokong Astro Ria

Konsert percuma buat penyokong Astro Ria

TAHUN 2010 bakal melabuhkan tirainya dan pelbagai suka dan duka terjadi dalam industri hiburan kita. Tahun Harimau ini menyaksikan pelbagai pencapaian dan kegemilangan Astro Ria sebagai sebuah saluran hiburan nombor satu di Malaysia.

Menutup tirai untuk tahun ini, Astro ingin memberikan penghargaan kepada penonton sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun ini dengan mengadakan konsert khas buat penyokng Astro Ria.

Konsert Ria 2010 akan diadakan esok (19 Disember) bermula pada pukul 6 petang di I-City, Shah Alam, Selangor menampilkan barisan penyanyi dari Malaysia dan Indonesia bergabung di atas satu pentas.

Mereka terdiri daripada Ahmad Dhani dengan penampilan khas kumpulan T.R.I.A.D & The Lucky Laki serta penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Anuar Zain, M. Nasir, Datuk David Arumugam dan Misha Omar.

Aizat, Black, Meet Uncle Hussein, Project Pistol, Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee juga turut menceriakan pentas Konsert Ria 2010 nanti.

Turut membuat persembahan ialah bintang Akademi Fantasia kesayangan ramai seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril, Shahir dan Adira.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, penganjuran Konsert Ria 2010 merupakan platform terbaik bagi Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) dan Astro Ria khususnya sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu para penonton setia kami selama ini.

"Sokongan yang tidak berbelah-bahagi inilah yang menjadi inspirasi dan menambahkan semangat kami untuk terus mengorak langkah secara berterusan dalam menghidangkan program-program terbaik.

"Menerusi konsert ini juga, kami cuba mengembalikan kenangan penonton terhadap kegemilangan program-program terbaik yang diterbitkan pada tahun ini.

Turut diadakan persembahan dari program yang menerima maklum balas yang amat positif seperti Akademi Fantasia 8, Kau dan Aku musim kedua, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan tidak ketinggalan Kamilah Bintang.

"Ia juga merupakan peluang keemasan untuk bertemu dengan lebih dekat para selebriti kesayangan mereka terutamanya bintang-bintang yang pernah diundi sewaktu program-program realiti ini berlangsung," jelas Azlin menerusi satu kenyataan akhbar di sini, baru-baru ini.

Konsert percuma ini akan dimulakan dengan persembahan istimewa peserta Kamilah Bintang, finalis Mari Menari, bintang-bintang Kau dan Aku dan Nabil yang akan menguji orang ramai dalam permainan Anda Ada 60 Saat.

Konsert ini turut dimeriahkan dengan kehadiran krew Era FM, Sinar FM, THR Gegar dan XFM yang juga merupakan radio rasmi Konsert Ria 2010.

Pelbagai permainan dan hadiah istimewa disediakan untuk dimenangi para pengunjung.

Pada konsert itu Astro Ria memperkenalkan program-program baru yang akan ditayangkan untuk tahun depan termasuklah Astana, 1.2..3..Tukar dan Serasi Bersama.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.