Harian Metro: Rap |
Posted: 16 Dec 2010 05:29 AM PST MENYEBUT nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, pasti ramai peminat menggelengkan kepala kerana tidak mengenalinya. Namun, jika sebut Ana Dahlia, peminat pasti terbayang aksi berani bekas peserta Pilih Kasih ini yang mendedahkan bahagian atas belakang tubuhnya dalam filem Mantra terbitan Metrowealth Movies Production (MMP). Melihatkan keberanian dan lakonan ditunjukkan, mungkin ada beranggapan gadis berusia 27 tahun dari Taiping, Perak ini akan menjadi pilihan untuk muncul dalam filem MMP seterusnya.
"Saya tandatangan kontrak bersama mereka pada 23 November tahun lalu dan genap 23 November tahun ini kontrak tamat dan bebas bergerak sendirian dan mencuba peluang menguruskan karier sendiri. David Teo tidak menghalang saya keluar dari MMP, tapi dia suruh saya fikir masak-masak sebelum buat keputusan ini.
"Saya takkan lupakan jasa David memperkenalkan saya menerusi filemnya. Bukan mudah buat orang baru macam saya untuk berlakon filem. Saya akan gunakan nasihat David untuk terus maju dalam karier seni. Sebenarnya, ketika menjadi artis MMP, David seorang bos yang begitu mengambil berat terutama pada jadual dan skop kerja kita.
"Pada saya mudah saja, biarlah mereka berlumba-lumba untuk mendapat peluang menjadi pelakon dan artis MMP. Ia bagus untuk mengembangkan lagi dunia seni tanah air. Saya amat menghargai peluang dan pengalaman dikutip sepanjang diuruskan mereka," katanya yang mahu terus bekerjasama dengan MMP jika diberi peluang.
Profil |
Posted: 16 Dec 2010 05:21 AM PST BERMULA tahun depan, syarikat penerbitan dan pengedaran filem milik penuh konglomerat media, Media Prima berhad, Primeworks Studios akan membuka ruang kepada pengarah dan penulis skrip berbakat mengikuti program khas Layar Baru dan bekerjasama menghasilkan filem berkualiti, inovatif dan dapat memenuhi kehendak masyarakat. Ketika menghadiri majlis sidang akhbar Layar Baru bagi memperkenalkan tiga filem baru yang diarahkan pengarah muda berbakat, di Panggung Cathay, The Curve, Damansara, Pengarah Urusan Primeworks Studios Sdn Bhd, Ahmad Puad Onah berkata, antara syarat ditetapkan bagi mereka yang berminat, karya bakal dihasilkan mereka harus menarik dan asli, kali pertama menghasilkan skrip atau mengarah filem dan mampu berkarya dengan modal RM500,000.
"Ada pengkarya muda yang tamat pengajian di universiti sering memberitahu kami, mereka mampu menghasilkan sebuah filem dengan modal RM50,000. Justeru, dengan kreativiti dimiliki bakal pengarah yang akan dipilih bekerjasama dengan Primeworks Studios, sebanyak RM500,000 bakal dibekalkan adalah satu jumlah cukup besar," katanya.
"Setakat ini, ada beberapa pengkarya muda sudah pun kita ambil untuk bekerja. Tiga filem ini kini sedang menjalani proses akhir. Insyaallah sekiranya proses berjalan lancar ia akan mula ditayangkan bermula Mac depan," katanya.
Bagaimana pengarah baru ini berkarya dalam berdepan dengan syarat ditetapkan pihak LPF dan adakah pihak Primeworks Studios sendiri campur tangan sepanjang proses penggambaran dijalankan? Mengulas mengenai perkara terbabit, tambah Ahmad Puad, Primeworks Studios percaya pihak LPF sudah semakin terbuka dan klasifikasi filem memudahkan mereka untuk menjalankan tugas.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |