Adsense

Jumaat, 17 Disember 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


(Gambar) SM Nasarudin & Marion Telah Selamat Diijabkabul

Posted: 17 Dec 2010 12:03 AM PST

Salam,

Ok korang kenal siapa SM Nasarudin. Tak kenal??? Memang korang ni baru keluar dari gua kot. Dia la tauke kumpulan kereta NAZA. Alaaa yang menjual kereta kereta branded tuh. Yang mahal mahal tuh. Hehehe. Ok korang kenal siapa marion caunter?? Tak kenal jugak. Aper la korang nie, elok g duduk pulau la. Hahaha. Marion ni terkenal dengan bidang pengacaraan. Korang google la yea.

Mereka berdua ni dah selamat di ijabkabulkan. Jadi dah selamat menjadi suami isteri kan. Untung si marion, dapat suami yang kayo. Hehehe. Rezeki dia jugak la kan. Frust menonggeng la gadis gadis melayu yang lain. Rugi la korang. Hahahaha.

Ni ada gambar sekeping majlis pernikahan dia orang. Kredit gambar di ambil di SINI.



google: sm nasarudin dan marion caunter, majlis pernikahan sm nasarudin dan marion caunter, sm nasarudin dan marion caunter di ijabkabulkan, gambar pernikahan perkahwinan persandingan sm nasarudin dan marion caunter, foto perkahwinan pernikahan persandingan sm nasarudin dan marion caunter, photo perkahwinan pernikahan persandingan sm nasarudin dan marion caunter, solemnization sm nasarudin dan marion caunter, picture sm nasarudin dan marion caunter solemnization, terkini terbaru berita pernikahan perkahwinan persandingan sm nasarudin dan marion caunter, hantaran kahwin sm nasarudin dan marion caunter, bulan madu sm nasarudin dan marion caunter, berita pernikahan perkahwinan persandingan sm nasarudin dan marion caunter, majlis resepsi sm nasarudin dan marion caunter, gambar resepsi sm nasarudin dan marion caunter, foto resepsi sm nasarudin dan marion caunter, photo resepsi sm nasarudin dan marion caunter

Perkahwinan Retak, Jimmy & Isteri Tidak Tinggal Sebumbung

Posted: 16 Dec 2010 04:32 PM PST


PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.

Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.

"Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu," kata sumber berkenaan, Rabu.

Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.

Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.

Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.

Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.

"Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.

"Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan," katanya.

Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.

Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

google: jimmy shanley dan isteri, masalah keluarga jimmy shanley, jimmy shanley dan isteri tidak tinggal sebumbung, jimmy shanley dan isteri gaduh, punca masalah keluarga jimmy shanley dan isteri, gambar jimmy shanley dan isteri, foto jimmy shanley dan isteri, gosip jimmy shanley  dan isteri, kontroversi jimmy shanley dan isteri

'Anak Ikan', Filem Gay Terbaru Raja Azmi

Posted: 16 Dec 2010 04:30 PM PST


PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kontroversi menghasilkan filem ...Dalam Botol, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman,50, masih tidak serik-serik apabila mahu menerbitkan sebuah lagi filem gay berjudul Anak Ikan.

Kata Raja Azmi kepada mStar Online, filem itu mempunyai tema serupa seperti ...Dalam Botol tetapi kali ini ia lebih menonjolkan bagaimana senario kehidupan lelaki gay yang sudah berumur tetapi menjalin hubungan cinta dengan lelaki muda.

"Saya dalam perancangan untuk menerbitkan filem terbaru yang berjudul Anak Ikan. Filem ini saya jangkakan akan mencetuskan kontroversi lagi selepas ...Dalam Botol kerana ia tetap berkisah mengenai kehidupan gay.

"Bagi golongan gay, istilah 'anak ikan' membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.

"Saya sedang meneliti skrip tersebut dan ia memerlukan beberapa pindaan. Selepas ini, saya akan mula mencari lelaki muda yang kacak pula untuk memainkan watak 'anak ikan' itu," katanya berseloroh.

Ditanya mengenai keterujaan untuk menerbitkan sebuah lagi filem yang bakal mencetuskan kontroversi, Raja Azmi berkata, filem terbaru itu dihasilkan bukan untuk mencari publisiti murahan atau kontroversi.

Sebaliknya, ia adalah paparan realiti kehidupan yang membelenggu golongan homoseksual serta turut mempunyai mesej yang baik di sebalik apa yang ingin dipaparkan.

"Saya bukan suka-suka buat filem sebegini untuk cari publisiti atau kontroversi. Sebaliknya, ada mesej yang ingin saya kongsi bersama penonton tentang senario hidup golongan itu.

"Ini adalah realiti sebenar kehidupan selain saya ingin cuba menyuntik kesedaran kepada penonton," katanya yang ditemui pada pratonton filem Damping Malam di sini, Rabu.

Tunda ...Dalam Botol

Sementara itu, Raja Azmi turut memberitahu filem ...Dalam Botol yang dijadualkan menjengah pawagam pada 10 Februari depan telah ditunda ke tarikh baru pada Mac 2011 ekoran kelewatannya melunaskan baki bayaran proses akhir filem itu di Studio Digital Mixstage di Finas baru-baru ini.

"Saya terpaksa akur dengan anjakan tarikh untuk filem ...Dalam Botol kerana baru saja melunaskan baki bayaran kos proses akhir filem itu sebanyak RM96,000 di Finas baru-baru ini.

"Oleh kerana saya lambat bayar, Skim Wajib Tayang harus memberikan keutamaan pada filem lain yang sudah lengkap sepenuhnya berbanding filem saya.

"Bagaimanapun, saya berharap perubahan tarikh tayangan filem itu tidak akan memberi sebarang kesan untuk menarik penonton ke pawagam apabila ditayangkan nanti," katanya.

google: anak ikan, filem baru anak ikan, anak ikan trailer, pengarah anak ikan, penerbit anak ikan, sinopsis anak ikan, anak ikan review, poster anak ikan, anak ikan ost, lagu tema anak ikan, tarikh tayangan anak ikan, pawagam tayangan anak ikan

Loque Perkenal Isteri Dalam 'Serasi Bersama'

Posted: 16 Dec 2010 04:28 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Kekanda Adinda, Loque, 33, bersedia memperkenalkan isterinya, Dahlia Nadia Johari, 25, kepada umum apabila menyertai sebuah program terbitan Astro, Serasi Bersama.

Menurutnya, dengan menyertai program tersebut ia dapat merapatkan lagi hubungan mereka memandangkan selama ini peluang bersama di rumah agak terhad.

"Saya anggap program ini sebagai bulan madu kami, memandangkan saya agak sibuk dengan aktiviti seni sejak kebelakangan ini.

"Dia juga sebelum ini tidak mahu dikenali dan mendapat mendedahan di media. Tapi kami berfikiran positif dan menganggap program ini sebagai peluang untuk bersama," katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Program Serasi Bersama terbitan Astro Ria.

Tambah Loque, biarpun Dahlia berkerja bukan dari industri hiburan, namun dia yang memberi sokongan kepadanya.

"Dia memahami kerjaya saya, walaupun bekerja dalam bidang perbankan namun dia tidak pernah ketinggalan untuk memberi sokongan kepada saya pada setiap persembahan.

"Malah dia juga yang memperkenalkan saya kepada Atilia yang juga rakan baiknya. Jadi tidak timbul isu untuk dia berasa cemburu apabila banyak persembahan saya bersama Atilia," katanya.

Ketika ditanya dengan trend program yang melibatkan pasangan selebriti yang sering dikaitkan berakhir dengan penceraian, Loque memberitahu dia turut bimbang dengan keadaan tersebut.

"Ketika kami ditawarkan kami mengkaji dulu bagaimana program ini. Kami lihat ia sebuah program yang menyeronokkan.

"Jika ia seperti Sehati Berdansa mungkin kami tidak terima sebab akan mengambil masa agak lama dan komitmen yang tinggi," katanya.

Bercerita tentang perancangan keluarga dan cahaya mata, Loque memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

"Kami hanya merancang tapi Tuhan menentukan segalanya. Kami tidak pernah menolak rezeki itu dan berharap tahun depan merupakan masa yang paling sesuai untuk menambah bilangan keluarga," ujarnya.

google: loque, loque facebook, loque  blog, loque twitter, loque myspace, loque dan isteri, gambar loque dan isteri, loque lagu baru, album baru loque, single terbaru loque, download mp3 lagu baru loque,

AJL25 : Faizal Tahir Guna Susunan Muzik Asal

Posted: 16 Dec 2010 04:26 PM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir mengambil pendekatan tidak akan mengubah susunan muzik terhadap dua lagu nyanyiannya yang akan dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) pada 9 Januari ini.

Dia yang berjaya ke AJL25 dengan lagu Hanyut dan Selamat Malam mahu menyanyikan lagu tersebut dengan susunan muzik asal tanpa membuat sebarang perubahan.

"Saya akan menyanyikan kedua-dua lagu tersebut seperti biasa dan tidak akan mengubah susunan muzik asal untuk AJL25 ini. Saya suka susunan asal kedua-dua lagu tersebut.

"Lagi pula orang dah biasa dengar lagu tersebut dengan muzik itu dan lebih mudah bagi saya untuk membawanya. Namun begitu untuk malam tersebut saya akan beri persembahan berbeza dan ia masih dalam perancangan," ujarnya.

Dalam pada itu, Faizal turut mengakui bimbang dengan angka giliran yang agak rapat antara kedua-dua lagu tersebut.

"Selepas cabutan angka giliran, saya mula rasa risau kerana persembahan saya agak rapat. Lagu Selamat Malam berada pada kedudukan tempat kelapan manakala Hanyut pada kedudukan ke 12.

"Risau takut tak sempat buat persiapan, ini akan menguji tahap profesional saya sebagai penghibur yang bukan sekadar menyanyi tapi dari segi mental. Kalau persembahan biasa ia tiada masalah dan kurang tekanan berbanding dengan pertandingan," katanya.

Pada tahun lalu Faizal mencipta kontroversi apabila memohon kepada pihak TV3 untuk menukar giliran persembahannya dengan Tomok daripada tempat ke 9 kepada tempat ke 14.

Dalam pada itu Faizal berharap kesihatan tidak terganggu menjelang acara berprestij tersebut nanti.

"Saya bimbang tentang kesihatan sahaja sekarang. Saya pula mudah dapat penyakit. Apa yang penting ialah untuk jaga kesihatan sehingga hari pertandingan tersebut," katanya.

Sementara itu, AJL25 kali ini menyenaraikan 14 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh 13 finalis solo dan berkumpulan.

Lagu yang akan bertanding ialah Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali).

Turut terpilih Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan).