Adsense

Ahad, 14 November 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Mizz Nina & Noh Sah Bertunang

Posted: 13 Nov 2010 03:46 PM PST


PETALING JAYA: Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman sah bertunang pada 6 November lalu.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.

"Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor.

"Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput.


Noh Salleh
"Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perbincangan yang dibuat antara kedua-dua belah pihak.

"Cuma mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan," kata sumber itu kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Tambahnya, Mizz Nina dan Noh akan mengumumkan pertunangan mereka pada sebuah sidang media khas yang akan berlangsung pada 16 November ini di restoran Sri Melayu.

Mereka akan menjelaskan segala persoalan yang berbangkit berkenaan dengan hubungan mereka itu.

Mizz Nina dan Noh dikatakan mula bercinta ketika mereka bekerjasama dalam projek album penyanyi wanita itu, What Are You Waiting For.

Dalam album tersebut mereka turut berduet menerusi lagu Kurnia yang kini sedang hangat dimainkan di stesen-stesen radio.

google: noh hujan dan mizz nina, gambar noh hujan dan mizz nina, foto noh hujan dan mizz nina, terkini noh hujan dan mizz nina, terbaru noh hujan dan mizz nina, gosip noh hujan dan mizz nina, skandal noh hujan dan mizz nina, kisah noh hujan dan mizz nina, noh hujan dan mizz nina tunang,  gambar pertunangan noh hujan dan mizz nina, foto majlis tunang noh hujan dan mizz nina, berita noh hujan dan mizz nina, cerita noh hujan dan mizz nina, jodoh noh hujan dan mizz nina, kahwin noh hujan dan mizz nina, noh hujan dan mizz nina nikah, noh hujan dan mizz nina kahwin, noh hujan dan mizz nina bercinta, noh hujan dan mizz nina berkasih

Keajaiban Besar Perkahwinan Raja Farah-Megat Bashirun

Posted: 13 Nov 2010 03:44 PM PST


BUKIT JELUTONG: Bagaikan suatu keajaiban yang besar dirasai oleh pasangan pengantin baru, Raja Farah Raja Aziz, 22, dan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 25, setelah selesai diijabkabulkan.

Pasangan ini dinikahkan pada 12 November 2011, Jumaat, di Tropika, di sini. Sebelah malamnya, keluarga pengantin perempuan mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan puteri tunggal daripada empat beradik itu.

Biarpun semuanya dilalui dalam masa yang singkat, namun majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

Bayangkan, perkenalan Farah dan Megat bermula pada Februari tahun ini dan selepas lapan bulan pasangan ini mengambil keputusan untuk diijabkabulkan. Lantas mereka terus membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Puasa lalu.

Walaupun terburu-buru, Farah agak bernasib baik kerana mendapat banyak tajaan daripada beberapa pihak seperti pelamin, dekorasi dan gubahan hantaran daripada Reka Teemor, Photo Signature (gambar), Inai, Daya Warisan Collection (kain batik untuk pengiring hantaran) dan Syahrir Nurdin (pakaian akad nikah dan majlis kesyukuran).


Farah dan Megat mengenakan dua persalinan iaitu berkonsepkan tradisional Melayu dan Inggeris moden.
"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah. Tarikh perkahwinan ini juga seperti telah ditetapkan oleh-Nya. Selain itu kami memilih hari ini sebagai simbolik urutan nombor yang begitu cantik iaitu 12/11/10.

"Seperti yang diketahui, kami juga mengejar hari sebelum tiba Hari Raya Haji kerana Megat berniat untuk membawa saya pulang ke kampungnya di Pasir Mas, Kelantan pada perayaan itu nanti," kata Farah yang mengambil cuti selama tiga hingga empat hari pada Hari Raya Haji ini.

Farah dan Megat memilih untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada awal tahun depan bagi kedua-dua belah pihak di Kuala Lumpur.

Selepas berkahwin, Farah dan Megat akan tinggal di rumah keluarga Farah di Tropika, di sini, buat sementara waktu mereka mencari rumah sendiri.

"Saya masih belajar untuk menjadi seorang isteri daripada ibu seperti memasak dan cara menjaga hati suami," kata Farah.

Menyentuh tentang karier, Farah akan meneruskan karier seninya seperti biasa tetapi lebih merujuk watak lakonannya kepada suami.



Mempelai bersama-sama keluarga Farah.
"Saya akan kurangkan watak antagonis seperti perempuan gedik. Kalau ada pihak yang menawarkan suami saya berlakon sama-sama, kami akan pertimbangkan. Jika bersesuaian dengan skrip, apa salahnya. Tetapi buat masa ini, biar saya sahaja yang menceburi bidang ini.

"Pada masa akan datang, kita belum tahu jadi saya tak berani nak cakap bagaimana," ulas Farah yang akan menyambung semula penggambaran drama rantaian Kau & Aku 2 pada 14 November ini.

Sementara Megat menganggap perkahwinan di usia muda bukan menjadi suatu isu besar buat mereka kerana apabila sudah sampai jodoh, lebih baik ia dipercepatkan.

"Keserasian antara satu sama lain menguatkan perasaan kami untuk cepat-cepat berkahwin. Mungkin orang kata kami belum cukup mengenali hati budi masing-masing, tetapi terus-terang, kami bersedia untuk menempuhi apa sahaja dugaan yang akan dilalui selepas ini," ujar Megat.

Siapa sangka, rupa-rupanya dalam diam Megat sebenarnya amat meminati lakonan Farah terutama menerusi drama Intan Asmara.

"Saya memang minat Farah sebab dia boleh lakonkan watak yang membuatkan orang benci kepadanya. Apabila saya mengenalinya, saya dapati dia berlainan daripada lakonannya. Kiranya dia benar-benar pandai berlakon.


Giliran bergambar dengan keluarga Megat.

"Selain itu, saya tertarik dengan sikapnya yang manja, penyayang, senang dengar kata, bertanggungjawab dan memiliki sifat seorang isteri yang saya inginkan," tutur anak sulung daripada tujuh beradik ini yang bekerja dalam perniagaan melibatkan bidang korporat milik bapanya, Datuk Zakaria Ibrahim.

Sementara Farah pula menyenangi sikap romantik, kuat agama, penyayang dan memahami yang dimiliki oleh Megat.

Pasangan yang pernah dilanda gosip hamil anak luar nikah ini merancang untuk berbulan madu di Pulau Sipadan, Sabah dan Pulau Raja Ampat, Indonesia.

Mereka menyerahkan kepada kuasa Allah untuk menetapkan rezeki anak dan sebolehnya mereka merancang memiliki tidak lebih daripada empat orang anak. Kebetulan Farah juga mempunyai empat adik-beradik dan dia merupakan anak ketiga.

google: raja farah dan megat bashirun qhuyum, perkahwinan raja farah dan megat bashirun qhuyum, pernikahan raja farah dan megat bashirun qhuyum, persandingan raja farah dan megat bashirun qhuyum, foto  kahwin raja farah dan megat bashirun qhuyum, foto nikah raja farah dan megat bashirun qhuyum, raja farah kahwin, raja farah nikah, raja farah mengandung, raja farah hamil, raja farah dan isteri, raja farah dan kelaurga

Badan Maiza Susut Setelah Hamil Hampir Tiga Bulan

Posted: 13 Nov 2010 03:40 PM PST


PETALING JAYA: Berlainan berbanding sesetengah wanita, model Maizawati Zainal (gambar) akui badannya susut sedikit setelah hamil hampir tiga bulan.

Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza, 35, ini berkata badannya susut kerana kurang selera makan sebaliknya banyak mengamalkan minum susu untuk ketahanan badan.

Paling mengejutkan, Maiza turut mengalami masalah pendarahan baru-baru ini tetapi setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan perkara itu biasa berlaku kepada mana-mana wanita hamil pada peringkat permulaan.

"Mungkin kerana saya ni jenis suka bergerak aktif jadi sebab itu berlaku sedikit pendarahan. Tetapi alhamdulillah, doktor beritahu bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Dia juga memberikan vitamin untuk menambah darah.

"Jadi, sekarang ini doktor nasihatkan saya tidak banyak bergerak dan mengurangkan aktiviti luar. Selepas kandungan sudah besar, mungkin saya boleh memulakan semula kerja. Suami banyak membantu menjaga saya dan anak-anak selain menguruskan perniagaan sendiri," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Dalam masa yang sama, Maiza turut meuar-uarkan tentang perniagaan katering mini secara dalam talian yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur.

"Sekarang saya, suami dan kawan sedang membuat bisnes nasi ayam pandan, nasi jagung ayam pandan dan kuih bakar istimewa. Apabila ada tempahan, kami akan turun ke Kuala Lumpur.

"Biasanya, peniagaan ini menjadi tumpuan mereka yang membuat majlis rumah terbuka dan hari jadi," ujarnya.

Maiza dan pasangannya, Mohd Yassin Ben@Abd. Rahim,23, bernikah pada 9 Ogos lalu di Ipoh, Perak.

Pemenang Anugerah Fotogenik dalam pertandingan Mrs Beauty Malaysia 2010 ini sedang hamil anaknya ketujuh selepas mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada pada 15 Julai tahun lalu.

Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan.

google: maizawati, maizawati mengandung, maizawati pregnant, maizawati hamil, maizawati bersalin, maizawati dan anak, maizawati suami baru, terkini maizawati, terbaru maizawati, kisah maizawati

Normah Damanhuri Tidak Pilih Bulu

Posted: 13 Nov 2010 03:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Normah Damanhuri, 57, tidak pernah mengamalkan sikap memilih atau selektif terhadap sebarang tawaran lakonan yang diterimanya, tidak kiralah di bawah arahan pengarah baru ataupun yang berpengalaman.

Jelas Normah, dia tidak pernah memandang rendah kebolehan mana-mana pengarah baru termasuk pengarah filem terbarunya ... Dalam Botol iaitu Khir Rahman walaupun sudah berlakon lebih 30 tahun dan sering bekerja dengan pengarah-pengarah hebat sebelum ini.

Normah yang begitu sinonim dengan filem-filem arahan pengarah berkaliber U-Wei Hj Shaari seperti Jogho, Perempuan, Isteri dan ...? dan terbaru Hanyut, menyangkal dakwaan yang melabelnya sebagai pelakon yang bersikap pilih bulu dan hanya ingin bekerja dengan pengarah dan naskhah yang hebat saja.

"Saya begitu menghormati mana-mana pengarah filem atau drama yang pernah saya bintangi. Walaupun sudah berpengalaman dalam bidang lakonan lebih 30 tahun, saya tiada masalah untuk menerima arahan daripada pengarah atau produksi baru.

"Apabila menerima tawaran tidak kiralah besar atau kecil sekalipun peranannya, saya akan buat kerja sedaya upaya agar lakonan yang dipersembahkan itu meninggalkan impak kepada penonton," katanya yang ditemui pada sesi pratonton filem ... Dalam Botol di Studio Digital Mixstage Finas di Kompleks Merdeka, Hulu Kelang, baru-baru ini.

Mengulas tentang pertanyaan selama mana akan terus berlakon, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2008 ini berkata, lakonan bagaikan sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya dan tidak pernah terfikir untuk bersara selagi khidmatnya masih diperlukan.

Walaupun mengakui sering kepenatan ekoran faktor usia yang kian meningkat, Normah memperolehi kekuatan dan motivasi untuk terus bekerja kerana minat yang terlalu mendalam terhadap bidang itu.

"Kalau diikutkan memang saya penat kerana masih aktif berlakon pada usia begini. Namun, minat dan cinta yang mendalam terhadap bidang lakonan adalah kekuatan dan motivasi saya untuk terus bekerja.

"Walau letih sekalipun, saya seronok dengan kerja ini dan akan terus berlakon selagi diperlukan," katanya yang baru saja selesai penggambaran filem Songlap bersama produksi Red Films.

google: normah damanhuri, normah damanhuri facebook, normah damanhuri blog, normah damanhuri twitter, normah damanhuri myspace, normah damanhuri 2010, normah damanhuri wiki, normah damanhuri biodata, normah damanhuri biography, normah damanhuri seksi, normah damanhuri hot, normah damanhuri dan keluarga, normah damanhuri dan anak, normah damanhuri dan suami,

MUH Tiada Masalah, Kimmy Mahu Repot Polis

Posted: 13 Nov 2010 03:37 PM PST


PETALING JAYA: Pengurus Meet Uncle Hussein (MUH) Kimmy, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kumpulan tersebut.

Katahnya, dakwaan sebuah blog tentang kenyataannya di Facebook kononnya dia sedang berhadapan dengan masalah adalah adalah tidak benar.

Menurut Kimmy, dakwaan itu adalah fitnah pihak tertentu yang menyamar sebagai dirinya.

"Akaun Facebook itu bukan milik saya dan tak mungkin saya meletakkan status yang memburukkan nama MUH.

"Saya rasa ada orang yang rapat dengan kami cuba menjatuh dan memalukan kami. Apa lagi, MUH kini dalam persiapan ke separuh akhir Muzik-Muzik 25 minggu hadapan.


Inilah keratan daripada Facebook yang menyamar jadi Kimmy.
"Setakat ini mereka tidak ada apa-apa masalah antara satu sama lain," kata Kimmy yang dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Dalam status Facebook tersebut, Kimmy kononnya membuat kenyataan dengan mengatakan dia dan salah seorang anggota MUH iaitu Taja sudah bosan dengan ahli-ahli MUH yang dikatakan kaki perempuan, kaki mabuk dan penagih dadah.

Tambah Kimmy, dia mungkin akan membuat laporan polis dan sedang berbincang dengan ahli-ahli MUH untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Saya akan mengambil tindakan dan setakat ini saya dan MUH sedang berbincang menganai hal ini. Bagi saya ia agak melampau dengan menyamar jadi saya.

"Mengejutkan lagi, penyamar itu menyiarkan nombor telefon yang baru saya beli di mana nombor itu hanya untuk kegunaan peribadi sahaja dan tidak ramai yang tahu nombor tersebut," kata tunang ketua kumpulan MUH, Taja itu.

Shamrin Tidak Sempat Beli Barangan Bayi

Posted: 13 Nov 2010 03:37 PM PST


BERITA kematian penyanyi kumpulan Fotograf, Shamrin atau nama sebenarnya Mohd Shamrin Abdul Samad, 45, mengejutkan ramai pihak yang mengenalinya.

Sebelum ini penyanyi yang terkenal menerusi lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an ini tidak pernah menunjukkan tanda-tanda mengalami penyakit serius.



Antara ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat Shamrin yang menghadiri upacara pengebumian.
Tiba-tiba sahaja, pada petang Khamis lalu Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya setelah rebah di padang bola ketika bermain bola sepak persahabatan dengan sebuah syarikat insurans di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Doktor mengesahkan Shamrin meninggal dunia akibat sakit jantung.

Mungkin, sudah tiba ajalnya dan Tuhan lebih menyayangi Allahyarham yang disifatkan oleh rakan-rakan artis sebagai seorang yang periang dan penyabar.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya, Selangor selepas solat Jumaat.



Ahli keluarga dan rakan Allahyarham ketika menunggu giliran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah di Masjid Al-Falah USJ 9.
Shamrin yang berasal dari Kajang, Selangor telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.

Setelah kejayaan album itu mereka menghasilkan lima buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.



Antara ahli keluarga dan rakan artis yang menunggu di perkarangan masjid.
Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Nafas Kekasih , Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan dan Luka Seribu Rindu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Jazriatul Akma Abu Saman,29, bersama tiga orang anak iaitu Akmal Danish,5, Akmal Shamim, 18 bulan dan Siti Najwa,17, iaitu anak daripada perkahwinan terdahulu.



Jazriatul Akma Abu Saman sekarang ini sarat mengandung sembilan bulan.


Jazriatul tabah dan tenang walaupun menghadapi kematian suaminya dalam keadaan sedang sarat sembilan bulan.
Shamrin bawa anak beli mainan

Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami tersayang, namun riak wajah balunya, Jazriatul tampak tenang. Biarpun sedang sarat mengandung, wanita ini kelihatan tabah dan menerima kenyataan bahawa suaminya sudah tiada lagi.

Bagaimanapun dia tidak pasti bagaimana hendak menerangkan kepada anak keduanya, Shamim yang rapat dengan Allahyarham suaminya.

Malah, anak sulungnya juga seakan tidak menunjukkan apa-apa reaksi apabila memberitahu bahawa bapanya sudah tiada lagi.

"Allahyarham kelihatan seperti biasa sahaja sepanjang seminggu lalu. Namun, kelmarin sebelum kali terakhir kami anak-beranak berjumpa, dia nampak lain sangat.

"Saya berasa hairan kerana sebelum ini biasanya dia tidak membawa anak-anak membeli alat permainan tetapi sebelum kejadian itu, dia sempat membawa anak-anak keluar jalan-jalan.

"Dia juga tidak sempat membelikan barangan bayi yang akan saya lahirkan dan hanya meninggalkan duit untuk saya membeli sendiri kerana terlalu sibuk dengan kerjanya.

"Insya-Allah, saya dijangka akan bersalin pada awal Disember ini di Hospital Serdang, Selangor," katanya selepas selesai upacara mandi dan solat jenazah Shamrin di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Jumaat.


Noreda memberikan sokongan kepada Jazriatul.
Memandangkan Jazriatul dijangka akan melahirkan bayi lelaki, dia akan menamakan anak itu sempena nama Shamrin.

Bekas Isteri Pertama Beri Sokongan Kepada Jazriatul



Anak pertama Allahyarham dengan bekas isteri pertamanya, Siti Najwa.
Dalam pada itu, bekas isteri pertama Shamrin, Noreda Mohd Ramli, 45, turut hadir melawat jenazah dan memberikan sokongan kepada Jazriatul.

Kelihatan riak wajah Noreda turut menyimpan perasaan sedih dan bersimpati dengan nasib balu bekas suaminya itu.

Noreda turut ditemani oleh anaknya, Siti Najwa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

"Saya tahu anak saya sangat sedih setelah menerima berita kematian ayahnya tetapi saya cuba memberi kekuatan kerana dia bakal menempuhi SPM nanti.

"Kami sangat terkejut kerana dia masih muda dan tidak mempunyai sebarang penyakit. Minggu lepas, Allahyarham ada menghubungi Najwa untuk mengucapkan semoga berjaya dalam SPM dan berjanji untuk membawa bercuti bersama-sama selepas SPM," katanya.

Sementara rakan artis yang turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah penyanyi Nash (Lefthanded), Lah Ahmad, Nasser Wahab, Aris Ariwatan, Zura (The Girls), Hairi (Kool), Ali (Mpire), Zamani (Slam), pelakon Ayu Raudhah, Accapan, Abon dan bekas pemain bass Fotograf, Amran Abu Sidek.



Hairi (Kool).
Apa kata rakan-rakan artis:

Hairi (Kool)

"Semasa Shamrin meninggal dunia, saya dan beberapa rakan artis lain berada bersamanya. Sejak tumpang tidur di rumah Riot semalam, dia sudah nampak letih dan tak cukup tidur.

"Riot ada bercerita kepada saya, semasa Allahyarham di rumahnya semalam, Riot menyuruhnya berehat terlebih dahulu kerana Allahyarham kelihatan letih.



Amran Abu Sidek (bekas pemain bass Fotograf).
"Namun Allahyarham menjawab tak boleh tidur, bahaya, nanti tidur terus."

Amran Abu Sidek (bekas pemain bass Fotograf)

"Minggu lepas, saya ada berborak dengan dia, merancang untuk memperjuangkan band tempatan yang dipinggirkan.

"Kami mahu lakukan bukan sebab duit semata-mata tetapi mahu tegakkan hak anggota band seperti kami. Selepas dia tiada, saya rasa tidak akan teruskan perancangan ini.



Opie (Bloodshed).
"Mengenali Allahyarham, dia merupakan seorang yang sangat berbakat dan sudah dilahirkan untuk bergelar penyanyi. Saya berani katakan yang dia merupakan penyanyi paling terbaik dalam industri hiburan ini."

Opie (Bloodshed)

"Saya rapat dengan dia sejak zaman sekolah lagi. Saya pernah menerbitkan album Fotograf berjudul Fokus dan Juara Mimpi.


Shamsul Bahrin (bekas pengurus Fotograf).
"Minggu lepas, saya mengajak Allahyarham pergi buat show di Melaka dan dia beria-ia untuk menyanyi. Jadi, saya rasa terkejut kerana sepanjang mengenalinya, dia tidak pernah sakit dan aktif bermain bola sepak."

Shamsul Bahrin (bekas pengurus Fotograf)

"Sebagai kawan, Allahyarham sangat prihatin dengan Ringgo (Fotograf) yang kini di tahan di penjara di Venezuela. Dia sanggup menunggu Ringgo pulang ke Malaysia untuk menerbitkan album terbaru tetapi nampaknya niat itu tidak kesampaian."

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Jamal Seru Artis Jangan Hisap Dadah

Posted: 13 Nov 2010 03:33 PM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah menasihatkan artis-artis serta anak muda supaya tidak sesekali terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Katanya, penagih dadah menghadapi banyak masalah termasuklah kewangan, kerjaya yang terumbang-ambing serta hubungan renggang dengan keluarga dan masyarakat.

"Isu yang lebih besar ialah macam mana sukarnya untuk berhenti daripada menjadi seorang penagih.

"Dengan apa yang saya lalui, saya mahu semua pihak dan para artis janganlah sesekali mencuba kenikmatan yang singkat ini," katanya pada sidang akhbar 'Sepetang Di Pengasih Bersama Media' di Rumah Pengasih di sini, Jumaat.

Rumah Pengasih ialah pusat rawatan dan pemulihan dadah yang diwartakan kerajaan dan mula beroperasi pada 1993.


Sidang akhbar 'Sepetang Di Pengasih Bersama Media' di Rumah Pengasih, Kuala Lumpur, Jumaat. - Foto THE STAR Oleh ART CHEN
Penyanyi yang terkenal dengan album Kekasih Awal Dan Akhir itu turut melahirkan kebimbangan seseorang yang menjalani rawatan pemulihan akan kembali menagih dadah sekiranya tidak mendapat sokongan masyarakat serta longgar pegangan agama.

"Tetapi kalau kita buka mata serta hati kita, kita boleh sama-sama kongsi pandangan bagi mengatasi gejala penyalahgunaan dadah.

"Kita nampak kerajaan telah menghasilkan banyak idea untuk menanganinya. Saya sebagai rakyat negara ini ingin menyumbangkan tenaga dan fikiran untuk membantu," katanya.

google: jamal abdillah, jamal abdillah hisap dadah, jamal abdillah polis, jamal abdillah penjara, jamal abdillah jail, jamal abdillah dan anak, jamal abdillah dan isteri, jamal abdillah hisap ganja, jamal abdillah ditangkap, jamal abdillah diberkas

Siri Upin & Ipin Muncul 30 Minit Mulai Mac 2011

Posted: 13 Nov 2010 03:31 PM PST


SHAH ALAM: Siri Upin & Ipin bakal disiarkan selama 30 minit mulai Mac tahun depan berbanding tujuh minit sebelum ini di TV9.

Purata rating slot tujuh minit siri Upin & Ipin sebelum ini mencatat jumlah penonton sebanyak dua juta orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Setelah memerhatikan rating siri Upin & Ipin yang disiarkan selama tujuh minit, kami menganggap permintaan terhadap siri ini sangat tinggi.


Feisal Abdul Malik (dua dari kanan) semasa sidang media Karnival Upin & Ipin di Pusat Konvensyen Shah Alam. - Foto oleh AZMAN GHANI
"Jadi, sebab itu kami mengambil keputusan untuk menyiarkan musim terbaru Upin & Ipin selama 30 minit bermula Mac 2011.

"Kami akan turut menyiarkan siri terdahulu dengan menggabungkan slot tujuh minit kepada 30 minit," kata Ketua Pengurusan Penjenamaan TV9, Feisal Abdul Malik, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini.

Selain itu, TV9 akan menyiarkan program Kelab Upin & Ipin yang mempunyai pelbagai segmen mulai Jun 2011.

google: upin dan ipin, upin dan ipin the movie, siri upin dan ipin, poster upin dan ipin, gambar upin dan ipin, foto upin dan ipin, upin dan ipin games, upin dan ipin wallpaper, upin dan ipin youtube, upin dan ipin download, upin dan ipin cd, upin dan ipin wallpaper, upin dan ipin setahun, upin dan ipin raya, upin dan ipin download, upin dan ipin baru, upin dan ipin