Adsense

Ahad, 14 November 2010

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


PROTON SATRIA NEO S2000 IS THE BEST

Posted: 13 Nov 2010 11:46 PM PST

Salam Buat Semua, Seperti Yang Kita Sedia Maklum, Baru-baru Ini, PROTON Sekali Lagi Berjaya Menaikan Nama Malaysia Di Persada Sukan Rally Asia Apabila Berjaya Mendapat Tempat Ke-2 Di dalam kategori Manufacturer's Championship untuk Asia Pacific Rally Championship (APRC) Yang Di Adakan Di China Dengan Menggunakan Proton Satria Neo S2000 Sebagai "Pahlawan" Bagi Mengharumkan Nama Proton Dan Juga Nama Malaysia.


Setelah Berehat Hampir 5 Tahun, Tahun 2010 Ini Proton Kembali Aktif Dan Berjaya Memberikan Tentangan Hebat Kepada Jentera Lain Seperti Mitsubishi Evo 9,Subaru WRC Sti Dan Subaru Impreza Apabila Proton Satria Neo S2000 Yang Di Pandu Oleh Alister McRae Dan Chris Atkinson Berjaya Mendapat Tempat 1-2 Podium Di China Pada Minggu Lalu.. Hebatkan…!!!


Selain Daripada China, Pasukan Proton Malaysia Juga Turut Beraksi Di Malaysia, Japan, New Zealand, Australia Dan New Caledonia.


Jadi, Dengan Kemenangan Pasukan Proton Malaysia Di Asia Pacific Rally Championship (APRC) Ini Mungkin Bakal Menaikan Jenama Dan Permintaan Kereta Buatan Malaysia Di Seluruh Dunia. Kerana, Pengguna Kini Dapat Menilai Sendiri Keupayaan Dan Kekuatan Kereta Buatan Malaysia.Sebelum Ini,Pelumba Daripada Malaysia, Karamjit Singh, Yang Turut Menggunakan Jentera Proton Pernah Mendapat Kedudukan Yang Membanggakan Dalam Asia Pacific Rally Championship (APRC) Iaitu Pada Tahun 2001,2002 Dan 2004.




Sekali Lagi Diucapkan Tahniah Kepada Pasukan Proton DiAtas Kejayaan Mereka Di Asia Pacific Rally Championship (APRC) Untuk Tahun 2010 Ini.. Diharap, Pasukan Proton Akan Turut Muncul Sebagai Juara Di Asia Pacific Rally Championship (APRC)Yang Mendatang.Pusingan Pertama Asia Pacific Rally Championship 2011 Bakal Di Adakan Di Malaysia Pada 24th-25th April 2011. Jadi, Jangan Ketinggalan Untuk Menyaksiakan Kehebatan Jentera Hebat Buatan Malaysia Ini Pada Tahun Hadapan Okey.Untuk Perkembangan Lanjut, Korang Boleh La Ke Laman Facebook Proton Atau Ke Laman Website Rasmi Proton Neo S2000 Ni.. Akhir Kata.. Malaysia Boleh, Proton Boleh... Yeah...!!!!

P.s:Apa Pendapat Anda Sebagai Warganegara Malaysia Yang Menggunakan Kereta Proton ? Mungkin Ada Kebaikan Atau Keburukan Yang Dapat Kita Kongsi Bersama.

LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Bukti Bergambar Menunjukan Gambar Nabil RL Bercium Itu Asli

Posted: 13 Nov 2010 11:31 PM PST

Salam Buat Semua, Korang Mesti Dah Terbaca Tentang Luahan Hati Nabil Apabila Dia DiKaitkan Dengan Gambar Seorang Lelaki Yang Sedang Berciuman Dengan Seorang Perempuan. Katanya Gambar Itu SuperImpose.. Betul Ke Nabil?? Terbaru, Aku Terjumpa Gambar Ni Kat Blog KopiMilo.com.. Katanya Gambar Ini Memang Asli.. Tak Tau La Betul Ke Tak ? Korang Try Usha Tengok Gambar Kat Bawah Ni.. Read More...!!!



Macam Real Kan... Hehehe... Tapi, Zaman Moden Sekarang Ni, Macam2 Boleh Buat... Photoshop Kan Ade... Hehehe... Apapun, Gambar Ni Tak Semestinya Betul.. Sekadar Berkongsi Dengan Korang Je.. Untuk Gosip Berkaitan Ni, Sila Klik Buka..

Spoiler:

DUNIA hiburan gamat seketika apabila pelakon Irma Hasmie membuat pengakuan hubungannya dengan pelawak Nabil Ahmad telah menemui titik noktah.
Perpisahan tersebut dikatakan berlaku selepas Irma berjaya melihat kecurangan Nabil bersama wanita lain yang didakwa bekerja sebagai pramugari. Gambar-gambar kemesraan mereka dikatakan tersebar di Internet.


Bagaimanapun Nabil mahupun Irma mengelak untuk mengulas punca perpisahan tersebut tetapi hati Irma sebenarnya sudah tertutup untuk menerima Nabil sebagai kekasihnya lagi.

Dalam laporan mStar Online sebelum ini Nabil membuat pengakuan dia terpaksa menerima hakikat dengan perpisahan itu walaupun cintanya terhadap Irma masih belum pudar.

Ketika krisis hubungan itu diperkatakan, individu yang dikaitkan menjadi punca kehancuran cinta pasangan itu membuat pengakuan yang dia tiada kena-mengena dengan insiden yang didedahkan oleh Irma di dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu.
Nik Zaris Uqasha atau dikenali sebagai Qasha, 18, menjelaskan dia juga tidak pernah terlintas untuk merampas Nabil daripada Irma sebagaimana yang digambarkan.

Malah Qasha yang juga seorang pelakon baru turut memberitahu dia amat kesal kerana dikatakan menjadi penyebab hubungan Nabil dan Irma putus.

"Saya kesal dan kecewa apabila ramai pihak yang menuduh saya sebagai punca perpisahan Nabil dan Irma. Ramai yang menyangka saya adalah individu yang terlibat seperti yang diceritakan Irma dalam akhbar Ahad lalu.

"Di sini saya jelaskan, pramugari yang dikatakan memakai boxer di rumah Nabil seperti yang dilaporkan itu bukannya saya.
"Saya tidak pernah bekerja sebagai pramugari. Dakwaan itu sama sekali tidak benar. Saya harap semua masyarakat faham dan tidak membuat tuduhan membuta tuli terhadap saya," katanya secara ekklusif kepada Mingguan mStar baru-baru ini.

Qasha yang turut membintangi drama berjudul Sultan Alauddin Riayat Shah terbitan TV Al-Hijrah turut memberitahu bahawa dia tertekan apabila dijadikan subjek utama dalam insiden tersebut.

"Sebagai pendatang baru sudah tentu ia merupakan dugaan besar buat saya. Belum pun dikenali sebagai artis orang sudah memberi persepsi buruk kepada saya.

"Walhal hakikat sebenarnya tidak seperti yang mereka gambarkan. Saya sedih dan takut dengan pandangan masyarakat terutamanya peminat-peminat Irma dan Nabil," katanya.

Jelas Qasha dia sama sekali tidak mengenali pramugari yang didakwa menjadi punca masalah itu dan tidak mahu campur tangan dalam kemelut perpisahan kedua-dua pasangan tersebut.

Lebih menyedihkan gambar-gambar yang tersebar antara dia dan Nabil seolah-olah memperlihatkan Qasha adalah wanita yang dikaitkan dalam insiden Irma "menyerbu" ke rumah Nabil itu tetapi hakikatnya ia adalah satu insiden yang berlainan.

"Saya mengenali Nabil melalui kawan atas kawan. Itupun selepas sebulan dia berpisah dengan Irma. Perhubungan kami hanya seperti kawan biasa dan tiada hubungan istimewa. Gambar mesra yang tersebar itu juga ketika kami keluar beramai-ramai.

"Tentang pramugari seperti yang dilaporkan dalam akhbar minggu lalu itu, Nabil pun tidak menceritakan kepada saya. Bagi saya ia hal peribadi Nabil dan saya tidak masuk campur," katanya.

Selain itu, Qasha yang juga kakak kepada pelakon Zaris Nelydia ini turut menolak dakwaan kononnya dia terpasa melarikan diri bagi mengelak kontroversi ini terus meletus.

"Saya balik ke kampung saya di Kelantan sebab ingin menjenguk keluarga bukan disebabkan saya takut berjumpa dengan Irma. Ikutkan hati, saya mahu isu ini selesai dengan cara baik.

"Bukannya apa, saya berada di pihak yang benar dan tiada sebab saya perlu lari. Saya anggap ini adalah dugaan pertama saya dalam melangkah ke dunia lakonan," katanya yang ketika dihubungi berada di kampung halamannya.

Qasha berharap dengan penjelasan yang diberikan ini semua pihak mendapat gambaran sebenar dan tidak terus mengaitkannya sebagai punca perpisahan pasangan artis itu.



P.s:Yang Ni Pon Guna Superimpose Jugak Ke ? Lu Pikir La Sendiri...!!!







Gambar Nabil Raja Lawak Bercium dengan Qasha, Gambar Uncle Seekers Berpeluk, Gossip Cinta Bekas Permaisuri Agong, Uncle Seekers Dan Bekas Permaisuri Agong,Ah! BUKAN Nabil Raja Lawak Bercium dengan Qasha | KronologiHidupku,Gambar Nabil Raja Lawak Bercium VS Gambar Uncle Seekers Bermesra,Blog Syazni: Gambar Nabil Raja Lawak Bercium,NABIL RAJA LAWAK BERCIUM?LU PIKIRLAH SENDIRI!! « PANDANG-pandang,Nabil Raja Lawak Bercium? | MalaysiaSensasi.Net,Media Malaya - Nabil Raja Lawak kantol bercium mulut dengan Uqasha?,Nabil Raja Lawak dan Qasha bercium mulut dalam lif? | Gambarhehe,Benarkah gambar itu bukan gambar Nabil Raja Lawak bercium
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Kahwin Berwalikan Gambar Lukisan ? Boleh Ke ?

Posted: 13 Nov 2010 11:00 PM PST

Salam 1Malaysia, Korang Dah Baca Ke Harian Metro Hari Ni ?? Pelik Tapi Benar Kan.. Bernikah Berwalibandkan Gambar Lukisan..Inilah Akan Terjadi Apabila Seseorang Itu Terlalu Taksub Sangap Gile Nak Bernikah.. Da Tak Kenal Mana Satu Yang Betul Dan Yang Mana Satu Salah.. Menghalalkan Yang Haram.. Walaupun Niat Mereka Itu Bagus.. Read More...!!!



Kes Ni Terjadi Malam Kelmarin Di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Sepasan Pasangan Merpelai Yang Lengkap Berpakaian Pengantin Bersama 25 Saksi Yang Tahan Di Tahan Di Kawasan Rumah Setinggan Kawasan Ini. Nasib Baik Pihak JAWI Sempat, Kalau Tak, Kahwin Koboi La Jawabnya Pasangan Ni.. Walaubagaimanapun, Tok Kadi Palsu itu Berjaya Melarikan Diri.. Choiii...Kepada Yang Belum Membaca Berita Ni Kat Harian Metro, Korang Boleh Usha Kat Bawah Ni,, Klik Buka...

Spoiler:

KUALA LUMPUR: Satu lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.

Dikenali sebagai Ustaz Hashim, lelaki warga Indonesia terbabit mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang kononnya sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib.


Setakat ini, ustaz temberang itu dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan dalam bentuk poster itu ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu sebuah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, ketika lelaki itu hendak menikahkan satu pasangan, malam kelmarin.

Ketika serbuan pada kira-kira jam 8 malam, sepasang bakal mempelai yang lengkap berpakaian pengantin dicekup bersama dua wanita dan 21 lagi lelaki dipercayai rakan dan saudara pasangan berkenaan.


Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, berkata ketika serbuan semua yang ditahan berada di dalam rumah berkenaan dan menyaksikan upacara pernikahan yang dilakukan jurunikah haram itu.

"Bagaimanapun, jurunikah yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hashim itu melarikan diri dengan memanjat siling rumah. Pemeriksaan sekitar kawasan rumah gagal menemui jurunikah itu.

"Sehubungan itu, kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ustaz terbabit menghubungi Jawi," katanya.

Che Mat berkata, ketika disoal siasat 25 orang di dalam rumah berkenaan termasuk bakal pengantin pada mulanya memberi alasan mengadakan kenduri doa selamat.

Bagaimanapun, pasangan bakal mempelai itu tidak mampu berdalih apabila ditanya mengapa mereka lengkap berpakaian pengantin, lantas mengaku mereka mengadakan majlis pernikahan.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan Ustaz Hashim kepada mereka yang menggunakan khidmatnya adalah antara RM5,000 hingga RM 6,000.

"Siasatan awal juga mendapati kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmat ustaz palsu itu adalah mereka yang ingin berpoligami kerana tidak perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama.

"Selain itu, sijil nikah yang diberikan sekadar menggunakan kertas biasa yang ditulis tangan dan ditandatangani lelaki digelar Ustaz Hashim itu," katanya.

Che Mat berkata, pasangan bakal pengantin itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini manakala 23 yang lain dibebaskan selepas diambil keterangan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.


P.s:Ada Seorang Member Aku Cakap *Dan Dia Percaya*, Kalau Kita Letak @ Gantung Gambar Wali Songo Ni Dalam Rumah, Kompom Syaitan Tak Kan Masuk... Mmmm.... Korang Percaya Ke ?? Aku, Tidak Sama Sekali..

Video Bawah Ni Lagi La Aku Tak Percaya... Hehehe...






LABEL
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.