Adsense

Ahad, 14 November 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(GAMBAR) Aksi panas Nabil RL dan Qasha?

Posted: 14 Nov 2010 01:12 AM PST

Memang sukar untuk dipercayai, apabila tersebarnya gambar 'misteri' diantara Nabil dan Qasha sedang bercium yang dipetik daripada sebuah majalah tempatan. (Qasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)) Tapi gambar ini didakwa Nabil RL adalah 'buatan orang' (superimpose) untuk menjatuhkan dirinya. Maklumlah orang dah makin naik nama, mesti ada sahaja dugaan menimpa. Tak tahulah nak kata apa samaada betul atau tidak betul benda ini terjadi, Lu Pikirlah Sendiri!



Petikan BPop: Difahamkan, sekumpulan wartawan hiburan TV yang sedang bersiar-siar di sepanjang Bangla Road, sekitar Pantai Patong kira-kira jam 10 malam, terserempak dengan Nabil yang kebetulan sedang berjalan-jalan di situ sambil berpimpin tangan dengan Uqasha! Khabarnya, selain Nabil dan 'teman tapi mesranya' itu, turut bersama mereka ialah seorang wanita lain dipercayai ahli keluarga Uqasha. Menurut sumber, wanita berkenaan berjalan di belakang Nabil dan Uqasha.

Khabarnya, sebaik menyedari gelagat romantik beliau menjadi perhatian sekumpulan teman wartawan, Nabil terus melepaskan tangan Uqasha, sekali gus air mukanya berubah dan kelihatan cuak! Berdasarkan maklumat sumber, dia masih ingat kata-kata Nabil sebaik terpandang wajah teman wartawan: "Hei, korang buat apa kat sini?" Difahamkan, Nabil sempat bersembang sekejap dengan seorang teman wartawan yang juga kawan rapatnya.

Mizz Nina, Noh Hujan sah bertunang!

Posted: 14 Nov 2010 01:10 AM PST

Pasangan yang dikatakan sedang hangat bercinta, Noh Salleh atau Noh Hujan dan juga penyanyi jelita, Mizz Nina atau Shazrina Azman sah bertunang pada 6 November 2010 yang lalu. Menurut sumber yang boleh dipercayai dan tepat, majlis pertunangan tersebut diadakan secara ringkas dengan dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja. Kata sumber itu lagi... 


"Alhamdulillah, majlis itu berjalan dengan lancar di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Selangor. Tidak sampai 150 orang tetamu yang hadir kerana hanya keluarga rapat sahaja yang dijemput. Setakat ini saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perbincangan yang dibuat antara kedua-dua belah pihak. Cuma mereka akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan," kata sumber itu. -mStar

Gambar perkahwinan Raja Farah

Posted: 14 Nov 2010 01:08 AM PST

Pelakon Raja Farah Raja Ariz telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Megat Bashirun Qayyum bin Dato' Zakaria kira-kira jam 11 pagi, 12 November 2010. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Raja Aziz Raja Ngah dengan mas kahwin RM888 tunai. Pengantin lelaki memberikan hantaran sebanyak tujuh dulang, manakala pengantin perempuan membalas sebanyak sembilan dulang. Tahniah diucapkan. -Gua



(GAMBAR) Aksi Rempit Yang Terlampau

Posted: 13 Nov 2010 03:49 PM PST