Adsense

Ahad, 14 November 2010

Celebrity News

Celebrity News


Komen Mak Farah Gossip Hamil Sebelum Bernikah

Posted: 14 Nov 2010 07:59 AM PST

Tak taulah apalah yang mereka tak suka dengan Farah ni, baru menaiki pelamin indah sudah timbul desas desus mengenai Farrah hamil sebelum naik pelamin. IKuti luahan seorang ibu mengenai anak kesayangan beliau.Apa-apa pun Zoom sentiasa mendoakan semoga pasangan ini kekal hingga ke akhrir hayat...dan apa kata anda mengenai si penabur fitnah tersebut.


Farah tidak tinggal bersama-sama keluarga sebaliknya menyewa bersama rakannya, namun Farizah sentiasa memerhatikan dan mengambil berat tentang anak perempuan tunggalnya itu.
"Saya selalu perhatikan Farah setiap hari, memang badannya naik mendadak bermula Mac lalu kerana dia seorang yang berselera makan.
"Tak sangka pula orang boleh tohmah dia seperti itu. Sebagai seorang ibu, apabila badan dia berisi saya tengok perutnya tiada pula apa-apa perubahan," ujarnya kepadamStar Online ketika majlis kesyukuran dan doa selamat sempena pernikahan Farah dan Megat pada 12 November lalu di Tropika, Bukit Jelutong di sini.
Tambahnya: "Mentang-mentanglah kita buat perbincangan perkahwinan senyap-senyap, terus orang buat cerita seperti itu. Semasa perbincangan dibuat, hanya keluarga dan jiran tetangga yang tahu.
"Biar apa pun orang katakan, Farah sangat cekal. Tetapi sebelah pihak lelaki mesti berasa malu. Bonda Megat ada mengatakan fitnah yang dilakukan itu merupakan suatu dosa besar berbanding membunuh. Jadi, siapa yang melakukan fitnah itu kena tebus semula dosa yang dilakukan."
Info : Mstar

Cerita Lawak : Buku Perpustakaan Yang Pelik

Posted: 14 Nov 2010 04:48 AM PST

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang
 pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata, "Saya mahu 
komplain!""Ada apa, Cik?" petugas perpustakaan bertanya.
"Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan
 ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!" jelas Noni.
"Kenapa pula Cik?""Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang 
di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya
hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling
 menyedihkan, buku itu sama sekali tidak 
menceritakan apapun padahal ada banyak 
nama orang di dalamnya!"Petugas perpustakaan 
itu langsung terbeliak dan berkata, "Aha ….
 Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon
 kami yang hilang minggu lalu!"

[STORY] Diam Ketika Maka

Posted: 14 Nov 2010 04:43 AM PST

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"

Sinopsis dan Trailer Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Arahan Mamat Khalid.

Posted: 13 Nov 2010 09:43 PM PST

Satu lagi filem MAMAT KHALID, kesinambungan filem 'Zombi Kampung Pisang' bakal diteruskan dengan 'Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah'. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan. Pelakon yang membintangi filem ini adalah Awie, Johan Raja Lawak, Delimawati, Ummi Nazeera, Avaa Vanja, Nadia Mustafar, Shy8, Zami Ismail, Man Kadir, Pekin, Dewa, Shoffi Jikan, Kamarul Yusoff, Zainuri Berita Harian dan Azwan.


Akan berada dipawagam pada 9 Disember 2010. Jom saksikan trailer filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. 


Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam 'Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah'

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sinopsis dan Trailer Filem NGANGKUNG (U) Pada 25 November 2010

Posted: 13 Nov 2010 08:55 PM PST

Directed by:Ismail Bob Hasim. Cast:Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Azlee Jaafar, Eira Syazira, Mazlan Ahmad, Putri Mardiana. Film Synopsis: "Ngangkung" tells the story of a lorry driver Azim who lives a moderate lifestyle with his wife Suri and his daughter.
Tasnim and Wan are Azim's closest friends and they start influencing Azim to bet on the lottery. Things take a turn when the number acquired by Tasnim by the way of 'ngangkung' is successful and it changes things completely as Azim starts to enjoy indulging in the activity.





Zoom : Lawak juga cerita ni, pengajaran kepada kaki nombor ekor.. :) 

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Iklan Deepavali 2010 FINAS , satu paparan realiti mayarakat Malaysia

Posted: 13 Nov 2010 08:41 PM PST

Penerbitan Iklan Deepavali 2010 terbitan FINAS bertujuan untuk memaparkan realiti kehidupan masyarakat Malaysia dengan memberi fokus kepada perkahwinan campur antara perempuan muslim dengan seorang lelaki India yang telah memeluk agama islam.

Promo ini adalah kesinambungan kepada iklan Raya Aidilfitri 2010 yang juga terbitan FINAS. Di dalam iklan tersebut, ia menceritakan mengenai Rina , seorang gadis muslim Sarawak yang telah berkahwin dengan Muthu, seorang lelaki India yang telah memeluk agama islam. Ini telah menunjukkan bahawa bapa Muthu tetap menerima Muthu dan Rina sebagai keluarganya walaupun berlainan agama atas dasar kekeluargaan.

Penerbitan Iklan Deepavali 2010 dihasilkan adalah dengan tujuan:-

1. Memupuk semangat Satu Malaysia.

2. Paparan ini bukan bermakna FINAS menggalakkan perkahwinan campur tetapi adalah sebagai gambaran kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum walaupun berlainan agama. Dalam situasi ini, Rina dan Muthu adalah suami isteri dan bapa Muthu telah menerima mereka dalam keluarganya. Ini menunjukkan bahawa 'biarpun berlainan agama, kita tetap satu keluarga'.

3. Penerbitan promo ini juga menggambarkan toleransi kita rakyat Malaysia dalam satu negara. Keprihatinan kita dalam kehidupan bermasyarakat yang berbilang kaum, dapat disaksikan melalui watak Rina yang cuba memahami budaya India ( dengan memasak muruku dan memakai pakaian tradisi kaum India ) walaupun adik Muthu pada mulanya tidak bersalam dengan mereka, ( mungkin kerana perbalahan lain dan tiada kena mengena dengan bertukar agama ) namun atas dasar kekeluargaan dan kasih sayang maka Muthu bersama Rina diterima dengan seadanya.

4. Lakaran penceritaan dalam iklan ini lebih menjurus kepada adegan dramatik filem-filem Bollywood di mana konflik kekeluargaan menjadi teras utama kepada unsur kasih sayang di mana pengakhiran cerita adalah kepada adegan gembira dan kesepakatan.

5. Semangat kekeluargaan dan kasih sayang antara dua budaya bukan penghalang kepada kehidupan harmoni masyarakat Malaysia. Walaupun telah memeluk agama islam, Muthu tidak melupakan keluarga dan agama asalnya, bahkan kehidupan baru Muthu amat di hargai bapanya.

6. Dalam iklan ini juga digambarkan bahawa Rina pada mulanya tidak menjamah makanan bukan bermakna beliau merasakan makanan itu tidak halal semata-mata tetapi keadaan Rina yang sarat mengandung menyebabkannya dia tidak selera makan. Ini terbukti kerana selepas itu beliau terus melahirkan anak.

7. Penerbitan iklan ini sebenarnya bukan bertujuan untuk memaparkan perbezaan agama sesuatu kaum tetapi penerbitannya adalah menjurus kepada ikatan kekeluargaan, kasih sayang, dan budaya hormat menghormati antara satu sama lain.

Nota
- Kenyataan rasmi ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kontroversi yang berlaku mengenai Iklan Deepavali 2010. Pelbagai polimek tercetus oleh beberapa individu yang tidak puas hati..

Laporan dari Malaysia Kini

Zoom : Sekadar berkongsi dengan pembaca di ZoOmartis, semoga ia akan dapat menyatukan masyarakat kita di Malaysia yang berbilang kaum.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now