Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Luahan sesal NabilNAIK lagi nama anak muda ini sekarang. Selain penebaran bakatnya di atmosfera seni sedang berleluasa, begitu juga cerita panas dan hitam seorang bernama Nabil Ahmad. Umum sudah larut dengan cerita 'tidak sengaja'nya satu ketika dahulu. Ketika dia sedang mahu menjejakkan kaki ke pentas yang meningkatkan tahap dan kredibilitinya sebagai seorang anak seni, di pentas Anugerah Bintang Popular (2008) itu juga dia terpeluk kekasihnya atau tepat dipanggil bekas kekasih kini, Irma Hasmie. Kecoh dan panas kerana momen itu berlaku di depan mata, di sebuah acara yang dilakukan secara langsung. Jejaka 27 tahun itu memohon ampun dan maaf atas keterujaannya yang tidak dapat diselindung. Khalayak seakan-akan mengerti dan dia sudah seakan-akan bebas daripada terhukum. Kontroversi Lebih Panas Kini setelah dia berjaya menaikkan tahap kredibiliti seorang pelawak muda di mata umum dan kemudian diangkat lagi selepas muncul unggul sebagai penggeletek hati dalam teater sulungnya, Cuci The Musical Musim Kedua, dia diuji.. Secara harfiahnya, tangga demi tangga yang dinaiki melarutkan jiwa dan rasional seorang Nabil. Dia diduga lagi, diberi hantukan lebih keras di kepalanya. Foto ciuman persis Nabil dan 'kekasih barunya' Nik Zarith Uqasya Senrose Nik Sen, 18, disebarkan di laman internet, sebuah laman yang kalau salah penggunaan, boleh mendatangkan keburukan yang bukan sedikit buat mangsa.
"Nampak macam teknik super impose tak?" tanya Nabil kepada saya. Saya tidak menjawab kerana berkehendakkan jawapan daripada mulut Juara Raja Lawak musim kedua ini. Kemarin dia sudah membuat penafian bahawa gambar itu adalah dirinya. Semalam dia menafikan juga sekeras-kerasnya. Bukan dia orangnya yang berada dalam foto ciuman tersebut. "Saya ditunjukkan gambar itu oleh seorang wartawan. Terus saya diselubungi rasa malu walau pun bukan gambar saya. Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang yang terbabit dalam foto tersebut bukan saya. Mungkin ada yang boleh terima kenyataan saya dan juga sebaliknya. Terpulang tetapi saya tahu ini adalah satu kesedaran buat saya. Satu ketukan untuk membuatkan saya tidak lebih lama lalai dalam kehidupan saya yang sedang dijalani sekarang,"luahnya bebas dan menganggap ini adalah balasan Tuhan buat dirinya. Ujian Paling Berat "Langit tidak selalu cerah, saya sedar hakikat itu. Saya rasa malu. Dulu saya hanya tengok aksi-aksi begitu yang melibatkan orang lain atau rakan-rakan dalam dunia seni. Tapi kali ini melibatkan saya sebagai 'pelakon' foto tersebut. Saya juga malu kepada ibu bapa saya. Dulu saya buat mereka bangga dengan kejayaan dan pencapaian saya. Pada mereka saya anak yang baik dan telah buat mereka bangga. Tetapi hari ini?", ujarnya dengan nada separa lemah. Dengan hanya sekeping gambar, kepercayaan keluarga boleh longlai jika tidak diterangkan dengan baik. Nasibnya baik kerana kepercayaan itu masih utuh dan dia dinasihatkan keluarga agar lebih berhati-hati dalam menggerakkan langkah kaki. Enggan menuding jari atau menyalahkan sesiapa, Nabil meletakkan kekhilafan ini di bahunya. Dia sedar dia larut dalam kemewahan dan kejayaan yang sedang diturunkan Tuhan buat dirinya di awal usia. Dia sedang berhadapan dengan ujian demi ujian dalam masa yang terdekat. Putus cinta dengan wanita yang amat baik di matanya, kemudian dia dihimpit dengan musibah kononnya berfoto ciuman dengan wanita baru. Bukan hanya memikirkan hati dan perasaan yang ditanggung oleh kedua permata hatinya yang berada di Negeri Sembilan, Nabil turut merenung dan menyelami jiwa kanak-kanak yang sering memberi perhatian terhadap kerjanya. FOTO Nabil dan Qasha menjadi buah mulut khalayak. Bagaimanapun jejaka ini enggan meletakkan status pada perkenalan tersebut dan mahu bergelar solo. "Itu yang turut mengganggu saya. Apa yang saya boleh katakan bahawa Abang Nabil ini adalah seorang manusia dan bukan malaikat. Abang Nabil yang mereka tonton di TV atau berjumpa adalah seorang lelaki yang sedang lalai. Yang baik ambil buat teladan dan yang buruk itu dijauhkan,"ujarnya yang sedih jika dia menyinggung hati kanak-kanak yang mungkin mengangkatnya sebagai ikon. Acap kali dia menyebut perkataan lalai. Seolah-olah itu kesalahan paling berat yang dilakukan kini. Saya bertanya agar dia menjuruskan lagi maksud yang cuba dibawanya. "Saya lalai dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni. Saya juga leka dalam meneliti dan memahami hati seorang wanita. Saya lukakan hati orang. Itu kelalaian saya. "Saya sudah buat kesilapan dan saya terima akibatnya. Cuma satu pinta saya, janganlah nama Irma dikait-kaitkan dengan apa jua kesalahan saya. Biar saya tanggung sendiri," pintanya ikhlas.
"Mungkin saya tidak tinggi diri atau sombong tetapi secara tidak nampak mungkin saya terlalu gembira dengan apa yang diberikan Tuhan sampai saya lalai. Suka sangat mahu berkawan dengan ramai orang hingga buatkan saya tidak sedar hati yang patut saya jaga," ujarnya berkias. Dalam hati terdalam, Nabil bersyukur kerana dia menerima ujian seberat ini pada awalan kehidupannya. Ini lebih membuatkan dirinya beringat-ingat agar tidak lepas laku dan terlalu bebas dalam pergaulan. "Ujian begini datang ketika saya masih sendiri. Bayangkan kalau ia datang ketika saya sudah berkahwin. Bayangkan juga kalau saya masih mahu curang ketika sudah kahwin, alangkah teruknya akibat itu nanti. Ketukan ini datang awal dan saya sangat bersyukur,"ujarnya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Bujang Terlajak dan Program 60 saat yang bakal ke udara di saluran Astro. | ||||
Hadiah amal Sheila, Zainal, Amy Posted: Hadiah amal Sheila, Zainal, AmyOleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
PENYANYI-PENYANYI legenda tanah air, Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid dan Amy Search bakal mengadakan persembahan amal di Hard Rock Cafe Penang, Pulau Pinang demi membantu kanak-kanak kurang bernasib rumah kebajikan Friends Of Kapar di Klang Selangor. Persembahan amal berdurasi dua jam yang bakal berlangsung pukul 8.30 malam pada 23 November ini turut dihadiri oleh 20 kanak kanak rumah tersebut. Pada malam acara yang diberi nama A Gift From Heart itu juga, tiga artis tersohor tersebut akan melelong barangan peribadi mereka dan hasil jualan yang diperolehi itu turut disalurkan sebagai sumbangan dana. Bagi Zainal Abidin, tujuan utama dia menganjurkan persembahan itu adalah untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik di rumah Friends of Kapar. Kata Zainal, apa yang akan pihaknya beri kepada kanak kanak berkenaan ketika hari tersebut adalah untuk membuatkan mereka berasa dihargai dan gembira. "Sebanyak 80 peratus daripada duit penjualan tiket itu nanti akan diberi kepada kanak-kanak tersebut. Selain itu, kami akan membawa kanak-kanak itu melawat pulau menggunakan kereta-kereta vintaj," katanya ketika sidang media program itu di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambahnya, setiap tiket untuk malam itu akan dijual pada kadar harga RM50 dan 80 peratus daripada penjualannya akan disumbangkan kepada rumah tersebut. "Program ini juga merupakan percutian sambil belajar kepada kanak-kanak itu bersama saya di Hard Rock Cafe Penang," katanya. Sementara buat Sheila pula, dia gembira kerana dapat menjadi sebahagian dalam program itu. "Zainal membuat tawaran dan saya bersetuju kerana kami harus membantu mereka. Siapa sangka antara mereka juga mungkin akan menjadi perdana menteri suatu hari nanti. "Saya berharap orang ramai dapat datang menyaksikan persembahan itu dan semua pengunjung pada malam itu akan terhibur," jelasnya. Kata Amy pula, dia menganggap amal ini adalah tanggungjawab. DARI kiri: Amy Search, Datuk Sheila Majid dan Zainal Abidin beramal untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik. "Apa yang penting, kanak-kanak itu akan gembira," katanya. Untuk tempahan tiket pada malam amal itu boleh menghubungi Hard Rock Cafe, Pulau Pinang di talian 04-8811711 atau e-mel kepada info.penang@hardrockhotels.net. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |