Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Cabaran tiga aktres NatrahTRAGEDI tragis Natrah serta liku-liku kehidupan gadis Belanda ini bukan lagi perkara baru bagi masyarakat Malaysia. Kisah hidup Natrah atau Huberdina Maria Hertogh ini telah dipentaskan di Istana Budaya di bawah arahan Erma Fatima untuk tatapan masyarakat. Jika menerusi versi teater, watak itu dilakonkan oleh Maya Karin, kini drama bersirinya pula diterajui oleh gadis manis berwajah kacukan Inggeris-Melayu, Juliana Evans. Selain Juliana, dua lagi aktres yang turut ditampilkan menerusi drama yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra menerusi slot Suatu Ketika itu ialah Sherie Merlis dan Natasha Hudson. Sherie menggalas tanggungjawab untuk menghidupakn watak ibu angkat Natrah, Che Aminah, manakala karakter ibu kandung Natrah, Adeline Hertogh diserahkan kepada Natasha Hudson. Drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang dijadualkan untuk tayangan menjelang Januari tahun depan itu turut dibintangi Fikree Bakar sebagai suami Natrah, Mansor Adabi. Memikul tanggungjawab paling berat sudah tentulah pemilik nama penuh Juliana Sophie Johari Evans. Sebagai pelakon yang diberi kepercayaan melakonkan watak teraju drama bersiri itu, Juliana mengakui karakter Natrah adalah cabaran terbesar yang pernah dibawanya berbanding lakonan sebelumnya. Ia juga dianggap Juliana sebagai watak yang sangat berat untuk dipikulnya sebagai pelakon yang masih setahun jagung dalam industri hiburan tempatan. NATRAH versi layar kaca menampilkan gandingan Juliana Evans bersama Fikree Bakar. "Walaupun diberi tanggungjawab yang berat untuk melakonkan watak Natrah, pada masa yang sama saya berasa gembira menerima tawaran oleh Wan Haslilza kepada saya," ujar aktres yang pernah popular menerusi drama bersiri Kami itu. Sepanjang menceburi bidang lakonan, sehingga kini, jelitawan berumur 21 tahun itu mengakui watak Natrah adalah karakter yang pertama kalinya menguji kewibawaannya sebagai pelakon sepanjang empat tahun berkecimpung dalam bidang ini. "Watak ini memerlukan saya menangis dan menjadi seorang gadis berumur 13 tahun sedangkan pada hakikatnya saya sudah berusia 26 yahun. Ia memang berbeza daripada apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini, kerana ia bukan di dalam situasi moden," jelasnya lagi. Selain itu, babak yang sedikit mencabar dirinya adalah semasa penggambaran yang mana Natrah dihadapkan ke mahkamah dan dipisahkan daripada ibu angkatnya Che Aminah serta semasa rusuhan berlaku. Penghayatan Juliana bagi watak tersebut dimulakan dengan penyelidikan melalui buku mengenai Natrah untuk mengkaji tentang kisah hidupnya. Melalui pengkajian itu telah mendorong Juliana untuk lakonkan watak ini dengan lebih berkesan. Antara cabaran Juliana dalam memegang watak Natrah ialah mengharuskan dia mahir dialek Terengganu dan berbahasa Indonesia. "Bertutur bahasa Indonesia tidak sukar bagi saya kerana ia hampir sama dengan bahasa Melayu," ucapnya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama itu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Anak bongsu daripada tiga beradik itu menyatakan hasratnya ingin menceburkan diri ke dalam bidang teater jika diberi peluang oleh mana-mana pihak. "Saya tidak menafikan lakonan teater memerlukan penghayatan yang lebih mendalam berbanding lakonan di dalam drama mahupun filem." KOLABORASI. Barisan tenaga lakonan utama drama bersiri empat episod, Natrah (dari kiri), Natasha, Juliana, Sherie dan Fikree. Nama Sherie Merlis seakan semakin sepi di dalam dunia hiburan tanah air sejak kebelakangan ini. Namun, setelah beberapa lama menyepi, kemunculannya menerusi Natrah itu mengembalikan semula dirinya dalam dunia lakonan tempatan. Sherie bertutur empat bahasa. Wanita yang masih lagi menawan walaupun sudah berumur 39 tahun itu mengakui bahawa mempelajari empat dialek dan bahasa tidaklah terlalu sukar. Namun, bagi mengaplikasikan kesemuanya dalam satu babak agak mencabar. Tambahnya, watak Che Aminah yang dipikulnya ialah seorang penterjemah bahasa. Jadi dia secara tidak langsung Sherie harus mempelajari dialek dan bahasa tersebut. Ia termasuk bahasa Melayu dialek dahulu kala, bahasa Indonesia, dialek Terengganu dan juga bahasa Inggeris. Berbicara mengenai watak Che Aminah yang dilakonkannya, aktres kecil molek ini berkata bahawa kejayaan membawa watak ini dianggap satu pencapaian besar dalam kariernya sebagai pelakon selama ini. Memandangkan ini adalah watak yang agak mencabar dirinya sebagai pelakon yang telah lama menapak di industri seni tanah air. "Untuk bercakap di dalam empat bahasa di dalam satu babak, adalah perkara yang agak sukar bagi saya kerana jika gagal, lakonan akan kelihatan kaku," katanya serius tatkala bersuara mengenai lakonannya dalam drama Natrah. Sambil melemparkan senyuman manis di bibir, Sherie menjelaskan banyak lakonan yang diterima adalah berdasarkan kesesuaian dengan dirinya sendiri. Watak yang dipilihnya juga akan diteliti kerana ingin membawa kelainan di dalam lakonannya. "Adakalanya saya akan memilih watak yang belum pernah dibawa oleh saya dalam mana-mana lakonan. Jika dua tiga bulan saya melakonkan watak yang hampir sama, kebiasaannya saya akan menolak dan berikan diri saya masa untuk berehat," jelasnya sambil ketawa kecil. Walau bagaimanapun, watak Che Aminah adalah satu watak yang dinantikan olehnya kerana watak Che Aminah adalah seperti menjadi kayu ukur kejayaannya sebagai seorang aktres wanita yang telah lama berkecimpung di dalam bidang seni tanah air. Sebagai Che Aminah, aktres bertubuh kecil molek itu terpaksa membuat penyelidikan mengenai latar belakang karakter lakonannya memandangkan ia merupakan figura seorang wanita Melayu zaman silam yang bijaksana. WAN HASLIZA (tengah) di set penggambaran drama, Natrah di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Selain bahan ilmiah dan laman web, latihan juga menjadi sebahagian rutin Sherie sebelum melakonkan watak tersebut. "Selain membuat penyelidikan mengenai Che Aminah menerusi buku-buku dan juga Internet, saya juga membuat latihan bersama pelakon lain selama tiga minggu sebelum penggambaran Natrah ini bermula," ujarnya. Sherie menjelaskan sebagai pelakon, apa sahaja watak yang diberi harus dihayati dan perlu juga setiap pembawa watak tersebut menganggap dirinya berada dalam situasi karakter yang dimainkan. Menurutnya lagi, ada juga babak yang dilakonkan dalam drama ini, pernah dialaminya sendiri, justeru itu membuatkan dia lebih menghayati dan menghampirkan dirinya kepada realiti wanita bernama Che Aminah itu. Menyentuh mengenai aktiviti lain, Sherie berkata: "Saya baru selesai menjalani penggambaran drama berjudul, Tujuh Lagu arahan Khabir Bhatia yang juga akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada Januari depan." | ||
Posted: Mislina dan kepala botaknya
BARU-BARU ini Marilyn terserempak dengan pelakon hebat, Mislina Mustaffa. Senyum panjang Marilyn melihat imej barunya itu. Rambut di kepalanya begitu pendek dan boleh dikatakan dia kini berimej botak. Semuanya gara-gara filem Zaiton Ceritaku yang diambil daripada kisah hidup penyanyi Zaiton Sameon yang mana Mislina diperlukan untuk membotakkan kepalanya untuk adegan pembedahan selepas mengalami kemalangan jalan raya. Apa yang menarik hati Marilyn, meskipun tampil dengan imej sebegitu dan kelihatan sungguh berbeza, namun dia kelihatan lebih anggun dan bergaya. Kata Mislina, rezekinya semakin mencurah-curah sejak dia tampil dengan imej barunya itu. "Selesai penggambaran filem Zaiton Ceritaku, sekarang saya bakal menjalani penggambaran filem baru. Saya pun terkejut apabila rambut saya botak, banyak pula tawaran yang datang," katanya. Itu namanya rezeki. Kalau bab lakonan, sudah tentu bakat Mislina tidak perlu dipertikaikan lagi. Sah-sahlah bakat lakonannya memang hebat cuma belum terima anugerah sahaja lagi walaupun tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini. Marilyn: Tak terfikir untuk botakkan rambutku yang panjang mengurai ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |