- Blog Hanz - |
- (GAMBAR) Monyet Bersantai di Tepi Pantai
- (GAMBAR) Tsunami di Mentawai: Hanya masjid terselamat
- TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG
- (Gambar) Lukisan bogel dilelong RM213 juta
(GAMBAR) Monyet Bersantai di Tepi Pantai Posted: 03 Nov 2010 05:45 PM PDT |
(GAMBAR) Tsunami di Mentawai: Hanya masjid terselamat Posted: 03 Nov 2010 05:43 PM PDT KEPULAUAN MENTAWAI: Kuasa Allah, itu yang hanya mampu dilafaz apabila sebuah masjid di perkampungan Pasapuat, Pulau Pagai Utara, di sini, masih teguh berdiri meskipun kawasan rumah sekitarnya hancur akibat dilanda tsunami. Ketika kejadian malam Isnin itu, tiga keluarga berlindung dalam masjid yang gelap selepas bekalan elektrik terputus dan mereka hanya mengalami cedera ringan. Masjid berkenaan yang sudah berusia 31 tahun tidak dimasuki air seolah-olah air mengelak sebaik tiba di pagar masjid itu sebaliknya hanya melalui tepi kiri dan kanan dindingnya. Ombak setinggi pokok kelapa ketika tsunami itu juga menghancurkan kawasan perumahan sejauh 100 meter dari pantai berkenaan, namun tidak mengorbankan nyawa 321 penduduk yang menghuni kampung berkenaan. Tinjauan mendapati semua mereka masih menghuni kawasan dalam masjid itu sementara yang lain menghuni khemah yang dibina di atas bukit berhampiran. Seorang penduduk, Idris, 35, berkata, ketika kejadian itu mereka merasa gegaran kuat sebelum beberapa bahagian rumah runtuh dan selepas itu mereka mula melarikan diri ke arah bukit. -- H.Metro |
TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG Posted: 03 Nov 2010 05:41 PM PDT 100 hari sebelum kematian: Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. 40 hari sebelum kematian: Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 7 hari sebelum kematian: Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan. 3 hari sebelum kematian: Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan. 1 hari sebelum kematian: Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir sebelum kematian: Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali. 1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam. 3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya. sumber : Tausyiahislamiyyah |
(Gambar) Lukisan bogel dilelong RM213 juta Posted: 03 Nov 2010 05:37 PM PDT LUKISAN seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani di New York kelmarin. NEW YORK - Satu lukisan seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani dilelong di sini pada harga AS$68.9 juta (RM213 juta) kelmarin. Rumah Lelongan Sotheby's menyatakan lima pembida bersaing untuk membeli lukisan yang berjudul La Belle Romaine itu. Lukisan itu pada awalnya dilelong pada harga AS$40 juta (RM123 juta). Pembeli lukisan baru itu tidak didedahkan. Pelukis lukisan itu hidup di antara 1884 hingga 1920. Pada mulanya, pelukis itu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja mengukir tetapi mengubah untuk melukis kerana masalah kesihatan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |