Berita Harian: Hip |
Posted: 03 Nov 2010 05:47 PM PDT Hip SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, nama Kenchana Devi bukan lagi asing kepada peminat dunia seni hiburan tempatan. Biarpun pada hakikatnya pembabitan wanita keturunan India ini dalam seni hiburan hampir menjangkau dua dekad, hanya sejak beberapa tahun lalu popularitinya di kalangan masyarakat penonton Melayu makin memuncak. Semuanya gara-gara siri komedi Puteri arahan Aziz M Osman yang ditayangkan TV3 sekitar 2005. Dalam siri popular yang bersiaran selama sembilan musim terbabit, dia beraksi di samping pelakon popular lain seperti Nora Danish, Intan Ladyana dan Beego. Drama Seputih Qaseh Ramadan yang disiarkan empat tahun lalu mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri hiburan. Padahal, Kenchana mula berlakon sejak 1996 lagi. Drama pertama lakonannya ialah Robin Thamby terbitan Nizarman (M) Sdn. Bhd., sebelum muncul dalam drama seperti Kelas Malam, Atas Nama Cinta dan Mat Despatch. Sehingga kini, ratusan judul sudah dibintanginya, membuatkan wanita yang dilahirkan pada 1974 ini antara artis paling sibuk di Malaysia.Sejak tiga tahun lalu juga, namanya tidak pernah ketinggalan dicalonkan sama dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dalam kategori Artis Komedi Wanita. Walaupun belum pernah menjulang trofi rebutan ramai itu, namun pencalonannya ke peringkat akhir sudah membuktikan populariti yang dikecapi Kenchana bukan calang-calang. Selepas sekian lama mencipta nama dalam lakonan, pelakon Spa Q ini mengorak langkah lebih panjang apabila meningkatkan statusnya kepada seorang penerbit. Menerusi syarikatnya, Kanchana Shakti Production Sdn Bhd, wanita yang juga ibu kepada tiga anak ini menguji kemampuan diri sebagai produser menerusi telefilem Cahaya Deepavali yang akan disiarkan TV3, jam 9 pagi ini. Manakala program kedua terbitannya, telemuzikal Jodoh Deepavali pula akan menemui penonton di saluran sama pada jam 6 petang.
Bukan sekadar menerbit, anak bongsu daripada empat adik-beradik ini turut berlakon dalam kedua-dua penerbitan berkenaan. Jika Cahaya Deepavali arahan C Kumaresan menggandingkan dirinya dengan dua anaknya, Mishaalin dan Tashveti Devi, selain Sheela Pravena, Abiraman, Louisa Chong, Audrey Lee dan Kumaresan sendiri, Jodoh Deepavali yang diarahkan Chellian pula menyaksikan Kenchana beraksi di sisi Shashi Tharan, Sathiya, Ropie, A Logithavani, Tingkaran dan ramai lagi pelakon lain. Katanya, Cahaya Deepavali mengetengahkan kisah benar seorang budak perempuan bernama Devi, yang berusaha keras untuk mencapai impian dengan bantuan ibu dan adik-beradiknya yang lain. "Idea, skrip dan konsep telefilem muzikal ini datang daripada saya sendiri, yang tertarik dengan kisah kesungguhan seorang anak kecil untuk menggapai impiannya, dengan sokongan keluarga. Ia sebuah kisah keluarga yang cukup indah, yang tidak harus dilepaskan penonton. Apatah lagi apabila ia dihiasi dengan lima lagu menghiburkan," katanya. Telefilem itu menggunakan 60 peratus dialog berbahasa Melayu, manakala selebihnya bahasa Tamil. Manakala Jodoh Deepavali yang menemukan dirinya dengan pelakon filem Estet itu berkisar mengenai gelagat dua pengacara yang tidak serasi sehingga menimbulkan banyak masalah kepada pihak penerbitan setiap kali mereka berada di depan kamera. "Masing-masing tebal dengan sikap ego dan tidak mahu bertolak ansur, sehingga memeningkan kepala pengarah (Sathiya). Keadaan bertambah hangat apabila dua pengacara itu berperang mulut setiap kali pengarah menyebut "cut!"," kata Kenchana. Menyentuh soal sambutan perayaan Deepavali, ujar wanita yang mempunyai kemahiran menari tarian klasik India ini, tentunya saat bersama keluarga tercinta paling dihargai pada hari yang penuh cahaya terbabit. Selain Mishaalin dan Tashveti Devi, Kenchana juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, G Patkieswaran, hasil perkongsian hidup bersama suami, P.Gunasegaran yang dikahwini kira-kira 18 tahun lalu. Ketiga-tiga anaknya itu turut mengikut jejak langkah si ibu apabila berjinak-jinak dalam lakonan, sama ada drama mahupun iklan komersial. Mereka sekeluarga menyambut perayaan berkenaan di ibu kota saja, secara bersederhana. Filem lakonan Kenchana:
Solekan: Abby & Theresa (TV3) |
Posted: 03 Nov 2010 05:37 PM PDT Hip PERSELISIHAN antara Pengarah Urusan Bruang Filem Sdn Bhd, Burhanuddin Radzi yang juga penerbit filem Zaiton Ceritaku dengan pengarah filem itu, Fauziah Nawi masih belum berakhir.Kedua-duanya sudah pun membuat kenyataan pembelaan masing-masing di dalam akhbar. Fauziah dalam kenyataannya dilihat seakan-akan merelakan Burhanuddin mengkritiknya atau 'berbuat apa saja' kerana sebagai orang yang sudah berada lama dalam industri seni, dia faham penerbit itu mengeluarkan wang yang banyak untuk menghasilkan filem berkenaan. Burhanuddin pula dilihat begitu lantang meluahkan rasa hampanya terhadap Fauziah, iaitu seorang pelakon yang penuh karakter. Dalam kenyataannya, Burhanuddin sanggup melabelkan Fauziah sebagai pemalas dan degil.Fauziah dikatakan tidak mengendahkan kualiti visual dan audio dan bersikap lepas tangan. Pengarah itu juga dikatakan tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ada orang yang cuba mencampuri kerjanya. Kelantangan Burhanuddin itu sedikit sebanyak mempengaruhi reputasi baik yang selama ini dipertahankan Fauziah. Sebagai orang lama, reputasi serta kredibiliti pelakon itu boleh terjejas gara-gara pendedahan Burhanuddin. Dalam hal ini, wajarkah 100 peratus kesalahan diletakkan kepada Fauziah seorang? Adakah dia juga harus dipersalahkan apabila gangguan audio berlaku? Bukankah itu tanggungjawab juruaudio atau penata bunyi? Ahmad berkata, dia memang ada menerima surat daripada Bruang Filem Sdn Bhd, menjelaskan mengenai masalah yang berlaku antara syarikat berkenaan dengan Fauziah. Bagaimanapun, surat yang diterima minggu lalu bukanlah surat tindakan yang mahu diambil Bruang Filem ke atas pengarah itu, sebaliknya lebih kepada penjelasan mengenai krisis yang berlaku. Sebagai presiden FDAM, beliau menjalankan tugas mendapatkan anak buahnya itu untuk mengetahui cerita di pihaknya. Namun Fauziah enggan memanjangkan lagi kisah itu mereka sambil menyerahkan semuanya kepada takdir. "Saya ada menghubungi Fauziah tetapi dia menyerahkan perkara itu di tangan Tuhan. Persatuan tak boleh masuk campur jika ahli tidak mahu mengambil tindakan, lagipun surat yang dikirimkan Beruang Filem hanyalah sekadar hendak memberitahu kami apa yang berlaku antara mereka dengan Fauziah Nawi," katanya. Ditanya adakah Burhanuddin wajar mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan maruah Fauziah, Ahmad menjelaskan memang produser itu berhak untuk bersuara tetapi seelok-eloknya kedua belah pihak perlu bertemu serta berbincang dengan baik. Bagaimanapun dia tetap berpendapat, kesalahan tidak sewajarnya diletakkan ke atas bahu Fauziah seorang. Masalah itu, katanya, tidak akan wujud jika dicetuskan oleh sebelah pihak saja, sebaliknya ia akan timbul jika kedua-dua belah pihak bermasalah. "Seelok-eloknya hentikan tuduh menuduh antara satu sama lain. Tentu ada sebab kenapa Fauziah buat begitu. Mungkin dia melihat kelemahan pihak produser. Dan produser juga tentu ada sebab kenapa mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana mereka juga melihat kekurangan di pihak Fauziah," katanya lagi. Masalah audio bukan salah pengarah AHMAD juga mengakui tindakan penerbit meletakkan gangguan audio juga di bahu Fauziah sebagai tidak wajar. Ini kerana bahagian audio sepatutnya ditangani oleh juru audio bukannya pengarah kerana tugas sebagai pengarah adalah memastikan gerak kerja kamera, susunan dialog, tekanan suara dan aspek naratif berjalan lancar. "Gangguan audio bukan salah pengarah, tetapi itu masalah juru audio. Mereka yang sepatutnya mengesan gangguan yang berlaku kepada audio kemudian dimaklumkan kepada pengarah kerana pengarah ada banyak lagi kerja lain. "Dalam hal ini mungkin Fauziah tidak mahu masuk campur kerja juru audio kerana menganggap mereka profesional. Lagipun pengarah tak boleh sangsi kepada anak-anak buahnya kerana perkara itu hanya akan melambatkan kerja. "Tetapi jika juru audio menjalankan kerja mereka dan sudah pun memaklumkan kepada pengarah mengenai gangguan yang berlaku kepada audio, tetapi pengarah buat tidak tahu. Barulah kita boleh menyalahkan pengarah," katanya. Sementara itu diminta menjelaskan pula mengenai proses suntingan, presiden FDAM itu berkata, pengarah juga seharusnya duduk bersama-sama dengan penyunting untuk memberikan sentuhan terakhir kepada sesebuah filem. Katanya, sekiranya penyunting tidak memahami apa yang diingini oleh pengarah, dua perkara saja boleh timbul iaitu sama ada filem itu menjadi cantik atau sebaliknya. "Sebelum pergi kepada adunan akhir, pengarah perlu hadir untuk melihat bahagian mana yang perlu dipotong, ditambah dan diperhalusi untuk melihat pergerakan filem itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |