Celebrity News |
- [STORY] KFC Pendang.. the Unknown Story, read to belip..
- Salih Yaccob Buat Album Selepas 16 tahun
- Keputusan Pilihanraya DUN Galas dan Dun Batu Sapi
- ( Tutorial ) Website Download Templete Blog Secara Percuma
- Sazzy Falak Dah Mengandung !!
[STORY] KFC Pendang.. the Unknown Story, read to belip.. Posted: 04 Nov 2010 09:35 AM PDT Semoga korang ceria membaca lawak jenaka baru nie…pening gak kepala si cashier melayan karenah pakcik sorang nie……….. ke pintu setiap masa setiap hari sejak dibuka..perghhh..pernah tengok kfc kat tempat lain camni?kalau pernah anda dikira beruntung..aku tak pernah tengok lagi..ni fes time tengok..mula mula aku tengok keadaan ngeri ni time cuti raya haritu terus dalam minda terdetik.."fenomena celaka apakah ini??shait!"..ya laa…selalu duk makan ikan puyu,pucuk selom,jantung pisang rebus.ikan lampan perkasam..sesekali ada kedai jual ayam goreng salut tepung rangup..semua rakyat pakat celapak biawak la.."sebenarnya dah lama aku nak cereta pasal kewujudan KFC kat sebuah daerah paling maju di negara kedah,pendang…gila kentang sungguh..sejak dibuka sampai harini..KFC pendang dah mencapai tahap jualan tertinggi diantara banyak banyak kfc kat negara kita.see..betapa orang pendang lapar ayam..3 kaunter full berbaris hingga aku sebagai wartasawan yang ditugaskan oleh diri sendiri menerjah selaju cahaya ketempat kejadian..takdak kasi can..menyakar taya kereta pi ke lokasi terbabit untuk lihat dengan mata kepala seniri lalu menemubual beberapa kastemer kat KFC itu..tapi temubual perkara biasa..masuk ja aku terus gelak..haremmm..macam kami duk bincang dulu..mesti cleaner lagi ramai dari cashier..btol..mana tak ramainya..balik dari memukat masuk kfc.balik dari bawa kobota masuk kfc.yang pi kutip skrap pon singgah kfc sebelum balik..jenuh cuci lantai la..kalini aku port btoi2 depan cahsier..pura2 amik straw tapi curi2 dengar perbualan antara kastemer dengan cashier.. cashier : assalamualaikum pakcik.. pakcik : walekumsalam..err.err. cashier : makan sini ka bawa balik? pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini.. cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik? pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus. cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana? pakcik : yang setsi ada tak?? cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla.. pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok.. cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah. pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi. cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja.. pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa. cashier : pakcik ada berapa orang kat umah? pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang.. cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka? pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka? cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka? pakcik : huu?natang apa tu? cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi. pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih.. cashier : err…ok ok..(segan layan) cashier : semua sekali RM 34.50.. pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq) cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi.. pakcik : tak kelapaq mai dah. huuu..aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung.baguih gak..depa kena sekali camtu..lama lama kFC tu semakin berkurang la..huu..tu tak buka McD,Pizza,Kenny Roger apa lagi..kalau tak lagi teruk..aku rasa..si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org..kalau hampa tak caya keadaan ni..hampa pi la pendang tengok..sampai sekarang tak surut..dan dengar cereta..coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau..manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan |
Salih Yaccob Buat Album Selepas 16 tahun Posted: 04 Nov 2010 09:23 AM PDT Tahniah Abang Salih...nampaknya beliau maju setapak lagi dalam arena hiburan di Malaysia. Tanggungjawap sebagai ketua keluarga sudah tentu menjadi keutamaan abang salih. Kami di Zoomartis sentiasa mendoakan kejayaan abang Salih. Berikut "Statement" yang sempat ZoOm petik dari akhbar online. Seiring dengan usianya selama 30 tahun dalam industri seni ini, Salih menantikan kemunculan album edaran Luncai Emas yang melibatkan lima komposer tersohor termasuk Adnan Abu Hassan, M. Nasir dan A. Ali. "Saya akan melancarkan album terbaru ini pada bulan Disember tahun ini. Lagu-lagu tersebut akan dirakamkan pada bulan ini," katanya. |
Keputusan Pilihanraya DUN Galas dan Dun Batu Sapi Posted: 04 Nov 2010 09:03 AM PDT Untuk pengetahuan anda BN menang dikedua-dua DUN Batu Sapi dan DUN Galas, berikut laporan terkini daripada utusan online : GUA MUSANG 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas calonnya Abdul Aziz Yusoff memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini. Abdul Aziz menang dengan majoriti 1,190 undi selepas memperoleh 5,324 undi untuk menewaskan calon Pas, Dr. Zulkefli Mohamad yang memperoleh 4,134 undi. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima (Pas) akibat kanser usus, akhir September lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Che Hashim menewaskan calon BN, Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi. - Utusan dan di Batu Sapi.... SANDAKAN 4 Nov. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi apabila calonnya Datin Linda Tsen Thau Lin menang dengan majoriti 6,359 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini. Linda yang bertanding di kerusi yang dikosongkan mendiang suaminya Datuk Edmond Chong memperoleh 9,773 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dan calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee. Ansari memperoleh 3,414 undi manakala Teck Lee pula memperoleh 2,031 sementara undi rosak adalah sebanayk 372 undi. - Utusan |
( Tutorial ) Website Download Templete Blog Secara Percuma Posted: 04 Nov 2010 08:54 AM PDT Sites terbaik untuk download template blog Selain daripada template yang disediakan oleh blogger.com ataupun yang terdapat di template designer, anda juga boleh menggunakan template yang menarik dan percuma. Jika anda ingin mendapatkan template-template blog yang menarik dan tidak tahu di mana untuk mendapatkannya, di bawah ini tersenarai 12 sites yang menyediakan template blog secara percuma. Anda boleh memilih template mana yang di rasakan menarik dan sesuai mengikut citarasa anda sendiri. http://www.bietemplates.com http://www.finalsense.com http://btemplates.com http://www.dantearaujo.net/search/label/Free%20Template http://www.ourblogtemplates.com http://www.mytemplatebox.com http://www.forfreebloggertemplates.com http://www.bloggertemplatesfree.com http://www.eblogtemplates.com/templates/blogger-templates http://www.deluxetemplates.net http://www.bloggerblogtemplates.com http://www.chethstudios.net/2009/01/roundup-of-best-blogger-templates.html Tambahan: http://www.bloggerstyles.com/ http://lenatoewsdesigns.blogspot.com/ http://www.bloggerthemes.net/ http://leelou-freelayouts.blogspot.com |
Posted: 03 Nov 2010 06:49 PM PDT Taniah Sazzy Falak, Welcome to Ibu Clubs :) berikut statement daripada akhbar mengenai Sazzy KETIKA kawan-kawannya, Ashraf Sinclair, Dynas Mokhtar serta Aisyah Sinclair masing-masing sudah menimang cahaya mata sendiri, ramai yang tertanya-tanya bilakah pengacara dan pelakon comel, Sazzy Falak akan bergelar ibu. Agak-agaknya, adakah 'sindrom' kehamilan sudah berjangkit atau belum ke perut Sazzy memandangkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, jarang benar Diva terserempak dengan Sazzy. Itu sangka Diva. Hendak dijadikan cerita, seorang kenalan Diva, yang suka melepak di kedai kopi sudah terdengar satu berita pasal isteri Nazril Idrus itu. "Va, aku dengar Sazzy sekarang sedang hamil. Pasti anaknya nanti comel macam maknya juga kan. Kalau setakat cerita dalam Internet aku tak hairan, ini cerita yang keluar daripada mulut Sazzy sendiri. Lagi satu, sejak mengandung, doktor dah nasihat Sazzy supaya jangan ambil tawaran kerja yang berat-berat. Manja-manja bolehlah," beria-ria beritahunya kepada Diva. Sudah berapa bulan usia kandungan Sazzy tidaklah Diva mahu menyibuk, tunggulah tuan punya perut yang buat pengumuman. Diva ucapkan tahniah dan doa yang baik-baik untuk Sazzy dan Nazril. Diva:Alangkah bagusnya kalau kerja kerajaan, dapatlah merasa cuti bersalin 90 hari. (Kredit:Kosmo) |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |