Adsense

Selasa, 16 November 2010

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Anjoulie Lavocah atau Zarina An Julie Bukan Lagi Simbol Seks !!!?

Posted: 16 Nov 2010 04:13 AM PST

Tampil dengan imej seorang wanita bertudung juga menjadi konterversi di laman-laman blog utama di Malaysia Khasnya. Walaupun diserang bertubi-tubi anak seni ini tetap tabah mengharungi segala dugaan, namun bagi ZoOM niat sahaja tidak memadai jika tidak ada tindakan dari diri sendiri untuk menepis segala tomahan oleh masyarakat disekeliling.

Artis ini mengaku beliau memakai tudung hanya kerana sekadar memperagakan busana muslim daripada syarikat penaja.

I

Apa kata anda ?


Aman Shah Dan Janda Anak Dua Mengaku Tidak Bersalah Ditangkap Khalwat

Posted: 16 Nov 2010 03:53 AM PST

Ini gossip dan cerita yang ZoOm dapat daripada satu laman blog mengenai artis veteran zaman 80an yang ditangkap khalwat sebelum ini adalah Aman Shah.


Beliau yang sebelum ini popular dengan lagu Cinta Tak Seindah Yang diucapkan telah ditangkap khalwat bersama pasangannya janda anak dua di Putrajaya.



Dan menurut gossip tersebut beliau tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.


Zoom : No KOmen !!! Anda ??

Wajib bayar balik hutang PTPTN selepas enam bulan tamat pengajian !!!!

Posted: 15 Nov 2010 08:51 PM PST

Wahai si Peminjam PTPTN berita terbaru untuk anda....bacalah sebagai peringatan jika sudah berkerja. :)
KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) wajib memulakan pembayaran hutang tersebut selepas enam bulan mereka menamatkan pengajian.

Pegawai Perhubungan Awam PTPTN, Rina Rahman berkata, jika mereka tidak mampu membuat bayaran mengikut jadual yang ditetapkan, rayuan penangguhan hendaklah dikemukakan kepada PTPTN.
Menurutnya, jika peminjam gagal berbuat demikian, PTPTN akan menghantar notis peringatan pertama disusuli yang kedua selepas sebulan notis peringatan pertama dikeluarkan.

''Penghantaran notis peringatan ketiga dilakukan selepas enam hingga 12 bulan notis peringatan kedua dikeluarkan. Seterusnya, panel peguam PTPTN akan menghantar notis tuntutan (LOD) dalam tempoh dua bulan selepas notis peringatan ketiga.

''Tindakan saman dalam tempoh tiga hingga 12 bulan selepas LOD dan penghakiman oleh mahkamah iaitu kos pentadbiran atas amaun tuntutan kebiasaannya ditetapkan oleh mahkamah tidak melebihi lapan peratus setahun,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan seorang pembaca dalam ruangan Forum akhbar ini pada 12 November lalu bahawa isterinya yang menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM21,000 disenaraihitamkan kerana tidak membayar pinjaman sejak tamat pengajian pada 2005.
Tambah Rina, oleh kerana maklumat yang kurang lengkap berkaitan kes itu, PTPTN mengandaikan kesemua proses penguatkuasaan telah diuruskan dan isteri pengadu telah dikenakan kos pentadbiran lapan peratus setahun.

''Mengikut prosedur tahun lepas, mereka yang terlibat dikehendaki membayar keseluruhan amaun tunggakan dengan kos pentadbiran sebanyak lapan peratus setahun,'' jelasnya.

Bagaimanapun menurutnya, mulai tahun ini PTPTN bersedia mengadakan rundingan bagi kes-kes seumpama itu dan peminjam yang mempunyai masalah dinasihatkan berkunjung ke pejabat PTPTN bagi mengadakan rundingan lanjut mengenai kaedah bayaran balik yang bersesuaian.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 03-20982317/2318 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Kumpulan May Buat Pinjaman Untuk Buat Album

Posted: 15 Nov 2010 06:20 PM PST

ZoOm tabik dengan kumpulan May ni kerana penglibatan mereka hampir 25 tahun di persada seni di Malaysia khasnya.Walaupun ramai anak seni diluar sana tidak berani mengeluarkan duit sendiri untuk merakam dan mempromosikan album sendiri namun tidak bagi kumpulan May yang diketuai oleh saudara Mus atau nama sebenarnya Mustafa Din. Berikut kata-kata daripada ketua kumpulan ini di utusan; 


"Album terbaru MAY ini yang berjudul MAY 25th. Anniversary amat penting kerana ia adalah ulang tahun kami yang ke-25 pada tahun depan. Proses rakaman sedang dijalankan dan album ini akan berada di pasaran tahun depan.

"Sebab itu, kami tetap berusaha termasuklah mendapatkan pinjaman RM130,000 daripada Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta yang disediakan oleh kerajaan baru-baru ini. Apa cara pun album itu harus diterbitkan.






Sebastian Vettel Red Bull Team F1

Posted: 15 Nov 2010 06:01 PM PST

Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel ini mengakui dia tidak tahu apa yang berlaku sebelum dinobatkan selaku juara dunia pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini. 

Vettel memulakan perlumbaan terakhir pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi kelmarin dengan ketinggalan 15 mata di belakang pemandu Ferrari, Fernando Alonso.


Zoom fikir Alonso yang menang, iskk iskkk macam-macam F1 ni. Mana la pergi schumacher ku :)

Dunia Glamor Adalah Busuk , - Faezah Elai !!!?

Posted: 15 Nov 2010 04:56 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai berhasrat untuk bersara sebagai pelakon dalam tempoh empat tahun lagi kerana menganggap dunia glamor yang dilaluinya adalah "busuk".
Kata pelakon berusia 28 tahun ini, dia bosan dengan 'taktik kotor' yang digunakan oleh kebanyakan penerbit drama atau filem yang gemar 'dikipas' sebelum memberi peranan atau watak kepada pelakon dalam sesebuah terbitan mereka.


"Sepanjang tiga tahun saya berkecimpung dalam dunia lakonan, apa yang saya lihat, seseorang pelakon itu diberi peluang berlakon walaupun lakonan mereka tidak berkualiti dan tak sehebat mana.

"Mereka perlu mengipas para penerbit mahupun pengarah untuk mendapatkan sesebuah tawaran berlakon.
"Saya masih ingat lagi ketika awal-awal pembabitan saya dalam industri seni, pihak produksi mengugut saya untuk menjatuhkan karier saya jika tidak mengikut kata-kata mereka.

"Cukuplah dengan apa yang dilalui. Saya tak mungkin akan berlakon sampai bila-bila. Dunia glamor itu busuk," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Info : Mstar
Zoom : Memang dah agak dah akan ada artis yang memberontak dengan sikap sesetengah penerbit dan pengarah yang pilih bulu, ZoOm pun perasaan ada sesetengah pelakon utama tu sekadar memenuhkan ruang didalam sesebuah drama dan filem tempatan. Semoga ini akan membuka mata sesetengah orang seni terutamanya persatuan atau NGO yang berkaitan dengan industri hiburan kita, semoga ia dapat menyelamatkan industri ini dari malapetaka seperti yang dikhabarkan oleh Faezah ni.

Apa kata anda di ZoOmartis ???