Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Portal Murai Posted: 06 Oct 2010 04:56 PM PDT Pada 1 Oktober 2010 Jumaat lalu, Budiey sempat untuk menghadiri Rumah Terbuka Portal Murai yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya & Spa @ IOI Resort. Sungguh meriah juga dengan kehadiran ramai selebriti yang menggayakan baju raya. Turut diraikan ialah anak-anak yatim dari semua badan kebajikan yang terlibat dengan program Yok Sahur anjuran portal nombor satu Malaysia ini yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. Penganjuran rumah terbuka ini ditaja oleh Hotel Marriot Putrajaya, Maggi, Taman Budaya, Rafflesia, Loreal, syarikat rakaman SRC, Life Records, FMC serta Event Plus Sdn Bhd. Selain persembahan artis ternama, majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah. Along Raja Lawak dan Didie Alias ditugaskan sebagai pengacara. Memang diorang akan membuatkan hadirin tak kering gusi dengan lawak selamba yang melucukan. Kata editor Portal Murai, pengajuran Yok Sahur dan Rumah Terbuka Raya Murai sememangnya menjadi acara tahunan bagi portal hiburan ini. Dijemput juga artis-artis yang pernah terlibat dengan Yok Sahur untuk turut hadir di Open House ini. Jom kita tengok fesyen dan gaya selebriti yang hadir… Aurora, pendatang baru ayu dengan berkebaya moden Wartawan ruangan Stailista, Ayie kelihatan maskulin dengan baju Melayu merah jambu. Along Raja Lawak bersama isterinya. Peluk-peluk macam ni barulah romantik, kan? Didie Alias maintan seksi dengan kebaya moden Satu-satunya band baru yang hadir. Nama grup mereka Ke Langit. Ada idea nak buat nama grup Ke Bumi tak? Gaya seorang peniup seruling Diddy tampil kacak walaupun tak bersongkok Dafi Rozita Che Wan antara fesyen yang paling cantik dipakainya pada malam itu Kalau tak kenal, inilah Ilyka. Kenal ? Farawahida… hitam itu elegan. Fazli Zainal Pereka fesyen ternama, Amir Loqman Amir, Rizman Ruzaini & Zerry Zambri Azwan Ali dengan imej jubah Ifa Raziah, demam-demam pun tetap nak datang. Gigihnya, akak! Sabhi Saddi berjubah Arab Shila OIAM. Cantik…mmm patutlah hadir pun dengan kekasih hati… Shahir AF8 suka dengan warna hijau. Budiey ingat nak pilih warna hijau macam ni untuk Parti Ulangtahun Ke-4 Budiey.com pada 9 Januari 2011 nanti. Setuju? Adira selesa berbaju kurung Ema, dah tak kaku untuk bergaya. Baca artikel lain yang berkaitan: |
Faizal Tahir Kemalangan di Lebuhraya Penchala Link Posted: 06 Oct 2010 10:26 AM PDT PETALING JAYA: Penyanyi popular, Faizal Tahir luka dan bengkak pada kakinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di lebuhraya Penchala Link menghala ke Damansara dekat sini pada pukul 3 pagi, Isnin. Menurut pihak pengurusan Monkeybone, Helmi Hamdan, kereta Honda Civic Type-R yang dipandu sendiri oleh Faizal berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu melanggar tembok. "Setakat ini, Faizal berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat di rumah, tiada kecederaan serius. Cuma dia mengalami demam teruk disebabkan terkena hujan pada hari kejadian. "Kakinya yang baru lepas pembedahan pula luka dan bengkak disebabkan terkena papan pemuka (dash board). "Menurut Faizal menerusi SMS yang dihantar kepada saya, ketika kejadian, dia merasakan seperti ada minyak pada permukaan jalan raya menyebabkan keretanya terbabas," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Helmi pula tidak dimaklumkan secara terperinci mengenai kejadian itu. itu. Selain Faizal, turut berada dalam kereta berkenaan ialah adiknya tetapi dia tidak mengalami kecederaan. Tambah Helmi, buat masa ini, segala aktiviti seni yang berlangsung pada bulan Oktober ini terpaksa dibatalkan dan Faizal akan kembali bergantung kepada tahap kesihatannya. Faizal pula gagal dihubungi untuk menceritakan insiden berkenaan.-Mstar Online Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |